Monday, November 28, 2016

Diari seminggu :)

Assalam.
Cuti sekolah sudah bermula. Jalanraya pun macam lengang je kecuali hari minggu, takyah cakap memana pun jem. Uols dah plan ke nak ke mana cuti sekolah ni? Tambahan pula bulan ni ada banyak public holiday, jimatlah cuti uolss ..
I tengah fikir nak bawak Alya dan Aryan bercuti tapi seperti biasa memang last minute hehe :) dah tu hubby belum ada cuti since probation 6 months :(

Nantilah fikir, sementara tu kita jamu mata ngan segala mak nenek makanan. Kata nak kurus, kata diet tapi boleh makan ke? Yelah, takkan tak makan camne nak burn calories kan? So still boleh makan dengan kuantiti yang betul, makanan yang sihat ceewahhh :)
Lastweek Sushi King buat Bonanza segala mende RM3.18 so apalagi marilah berlenggang kangkung ke sana dengan my bff, Amalina si Landscape Architect yang kerjanya mengira pokok, menanam bunga :). Dia ni pun sama, diet tapi kemain eksyen ngap mocha, kek pastu tetiba upload tengah dinner kat boat noodles haiyooo :)

Nah, pilihan iolss .. bonanza day ni kena amik apa yang lalu kat conveyer tu aje, takleh order. so amik aje la apa yang melintas. sedap tak sedap belakang cerita hehe :)


Pastu hari Jumaat, lunch hour lama juga so marilah ke Sushi King again. Kali ni ngan officemate lain pulak. Diorang ni memang penggemar sushi so I selamatlah juga. Atleast benda ni kalau makan takdelah rasa bersalah hahaha :) kat SK i suka order Chicken Salad Namban. Sedap!


Jom I belanja selfie satu kaliii .. lama tak pakai Aidijuma. So marilah kita lilit dan belit ala shawl. Sape kata square series takleh gayakan seperti shawl? Boleh ajer janji pandai pusing-pusing-pusing taraaa siap .. :)


Pastu macam biasa I masak dinner. Nak cepat so menu ringkas ajerlah. Yang penting hubby dan Alya suka makan. Ikan bawal masak kicap dan kacang telur hancur. Salad dan tomato mak encek yang punyaaa .. :)


Then, hari Jumaat malam hubby balik lambat tapi still kena masak jugak untuk my princess. Gorengkan nasi kampung dan karipap kentang frozen kegemaran dia. Settle kerja mama so jom kayuh basikal hoyyehh :)


Saturday. Macam biasalah, berkemas rumah. Kain baju kena laundry 2-3 kali loading, pitam makk. Pastu nak kena lipat 2 bakul. Hehee buatlah mana terdaya, jangan stress-stress gitu. Ubat stress? I tukar cadar bilik dengan cadar baru beli di IKEA. Beli dah lama rasanya tapi malas nak pasang quilt tu so kali ni I nak cari mood yang ceria marilah pasang. Yeahhh I memang suka corak yang ni, rasa cool ajer. Bilik pun nampak cosy kan? Barulah romantik hahaa :)


Sunday. Seperti biasa memang I akan prepare for breakfast. Yelah hari ni je la boleh get together dengan hubby sebab Sabtu dia still bekerja. Pagi-pagi I dah masuk dapur, goreng bihun Singapura. Kali kedua buat sebab ada permintaan. Hubby suka rupanya so I berbesar hati goreng lagi. Happy sangat sebab bihun habis licin and sempatlah hulur sebekas kat jiran sebelah. Dan kebetulan ada 2 orang kawan singgah rumah pagi tu so marilah breakfast di rumah kakton :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...