Monday, November 7, 2016

Karangkraf SALE SALE SALE

Haaa tengok .. 

Rajin tak kakton update? 3 entry tapi I letak date ikut masa kejadian laa kann hehe :)
Ni kebetulan free so marilah keluarkan segala pictures yang tersimpan dalam folder. 

Okay semalam I sempat ke Karangkraf Sek 15 Shah Alam. Ni memang beria nak pergi lepas tengok fesbuk kawan yang dah pergi hari Sabtu. Dia borong novel huwaa tak boleh jadi I memang kena pergi sebab stok novel I semua dah habis baca. Memang plan nak tunggu Big Bad Wolf Dec ni tapi rasa lama pulak. Nasib baik ternampak post kawan ni Sabtu tu so semalam ajak hubby pergi. 

Alamak gambar sekitar Krangkraf lupa nak transfer, nantilah cari balik ehh :)
Yang ada ni gambar kad VIP yang register semalam. Memang banyak dapat less. Harga start dari RM4/RM5. Yang novel terkini ada less 30-35% tak silap I. Sale ni sehingga 28hb November so korang bolehlah ke sana selepas ni, nextweek pun ada lagi sampailah time gaji. 


Antara hasil rembatan semalam. Novel-novel baru dan lama. Ada yang pernah baca pinjam kat kawan so marilah beli simpan sendiri. Tu yang jenis baca best berulang-ulang so kena beli juga. Pastu I punya perangai mula-mula kena cari novelis yang I suka baca mostly yang senior la. Yang muda-mudi ni kadang-kadang bila baca rasa macam annoying pulak sebab overrated sangat. Yelah tulis kerja CEO tapi BI pun failed ada hati tuh?? koserrr hahaha :)

Nanti I update penulis novel yang I suka baca. Aisya Sofea diantaranya. Ada lagi 3-4 orang ntah lupa pulak hehe :)

Nak juga beli novel Ramlee Awang Murshid tapi macam err takuitt haha :) then sempat juga belikan Alya dan Aryan buku diorang. Yelah tak lama cuti sekolah, bolehlah buat bahan bacaan atau nak colouring kan :)


Lepas settle kat Karangkraf dah Maghrib so singgah di Sek 13 dulu. Dah siap solat jom le ke AEON sebab budak berdua ni dah berzikir nak jalan-jalan ke sana. Takde apa pun just jalan-jalan, naik permainan kat tepi esklator tu sambil maknya cari baju. Oh ya sekarang macam kena sawan cermin kot pantang nampak cermin mulalah nak snap.

Paling suka kalau cermin ajaib boleh nampak kurus kannn hahaha :)

Hubby kata kalau I dapat pakai size M dia nak bagi something. I dah cakap kalau betul dapat size M I nak handbag, boleh dia cakap handbag ajerrrr?? Yelah handbag LV ke Prada ke kann hehe :) 

Tapi sebenarnya I takde pun niat macam tu sebab I nak loose weight ni untuk kesihatan I, nak kaki cepat elok. Doktor kata setahun not to go anywhere adoi I rindu nak travel, rindu nak jalan-jalan. Okay kena fokus turunkan lagi berat badan. 10kg more to go Insyaallah :) doakan I ya :)


Jeans boleh fits size 16-18UK, cardigan 16, blouse pun sama. Kalau dalam size chart Malaysia L-XL kot. Atleast from last time is 22 to 16 kira okaylah kan :)
Total loose until today is 19.5kg :) Alhamdulillah.

Err ni gambar bulan Ogos yang lepas. Gambar awal tahun nanti I try korek lagi.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...