Monday, November 28, 2016

Myself; my journey to loose weight :)

Assalam.
Kembali update my journey to loose weight.
I tak bersedia lagi nak share my current weight tapi yang boleh I katakan berat I pada April 2016 ialah 1++ omgg over 100 kilo. Tu nasib baik tak 1 tan. Mau kena angkat guna treler :(

Okay nih gambar masa berat 100kg over .. maaflah ni ajer gambar yang clear sebab selalunya amik selfie, mana nampak tubuh badan yang gebu ni kan hemm :). Hemm lengan sado tu memang kena kental la nak kecikkan.



Bulan Jan, kaki injured sebab I jatuh kat office, memang tak sangka seteruk itu. Retak, urat putus serta tendon tercabut - ni bahasa mudah yang boleh I terangkan sebab kalau ikut terms yang dalam medical report I pun kurang faham hehe :). So doktor mula-mula cakap amik masa 3 bulan untuk pulih. Okay, sila buat fisio 6 kali. Pastu bila dah habis 1 round fisio doktor cakap kena tunggu 6 bulan baru pulih sepenuhnya. Then sambung lagi 2 round fisio, 6 kali jugak. Pastu jumpa doktor lagi, dia cakap "okay, kaki you belum pulih, amik masa setahun ni" OMGGGG patutlah still sakit. Masa tu dah bulan April. Then buat MRI, check up semualah termasuklah amik berat badan. Doktor memang berkali-kali nasihatkan supaya I kurangkan berat badan untuk cepat pulih sebab kaki kan menampung tubuh badan kita. Memang sejak sakit I kurangkan makan manis-manis, garam dan nasi tapi taklah diet yang serius. Then bila puasa, I cuba kurangkan lagi kuantiti makanan tapi bila timbang loose 4kg sahaja. 

Bulan 8 kemuncaknya sebab I teringat nak jumpa doktor September nanti so kalau tiada perubahan memang kena bambu jawabnya so I nekad 1hb Ogos tu I start lupakan nasi. I try balance dengan roti, susu dan buah serta minum air kosong 3 botol (3 litre) dan kayuh basikal 1 jam setiap malam. Minggu pertama - I nak pitam kot. Masa solat macam terhuyung-hayang, pergi klinik rupanya I gastrik. So kena betulkan balik cara pemakanan. Alhamdulillah gastrik hilang. I cari info dan tips pemakanan yang betul. Kevin Zahri antara coach yang I ikut dan tips amat bagus :)

Sekarang berat I? I cuma boleh cakap, I lost almost 20kg++ now since 01.08.2016. Alhamdulillah. Cuma tu la part lengan still sado adoi :) skang dok survey nak beli dumbell.

Ni picture Jumaat lepas. Biasalah orang kemaruk bergambar, asal ada gang mintak tolong snap gambo. Diorang kat office ni dah lali dah ngan kakton hehe :)


Pastu paling latest semalam. Masa ke 1 Utama. Asal masuk fitting room memang amik gambar dulu pastu baru sibuk try baju nak beli hehe :) Skang dah boleh muat EUR14 dulu 22. Alhamdulillah moga I terus istiqomah dalam usaha menurunkan berat badan. I cuma mahu hidup sihat, kaki kembali pulih, InsyaAllah :).


Jom share fitness life korang. Sebab I suka baca pengalaman, idea dan juga cara yang diguna pakai dalam usaha untuk menurunkan berat badan dan gaya hidup sihat. Jangan segan-segan tinggalkan link nanti I baca ye :)


Thank you :)

Diari seminggu :)

Assalam.
Cuti sekolah sudah bermula. Jalanraya pun macam lengang je kecuali hari minggu, takyah cakap memana pun jem. Uols dah plan ke nak ke mana cuti sekolah ni? Tambahan pula bulan ni ada banyak public holiday, jimatlah cuti uolss ..
I tengah fikir nak bawak Alya dan Aryan bercuti tapi seperti biasa memang last minute hehe :) dah tu hubby belum ada cuti since probation 6 months :(

Nantilah fikir, sementara tu kita jamu mata ngan segala mak nenek makanan. Kata nak kurus, kata diet tapi boleh makan ke? Yelah, takkan tak makan camne nak burn calories kan? So still boleh makan dengan kuantiti yang betul, makanan yang sihat ceewahhh :)
Lastweek Sushi King buat Bonanza segala mende RM3.18 so apalagi marilah berlenggang kangkung ke sana dengan my bff, Amalina si Landscape Architect yang kerjanya mengira pokok, menanam bunga :). Dia ni pun sama, diet tapi kemain eksyen ngap mocha, kek pastu tetiba upload tengah dinner kat boat noodles haiyooo :)

Nah, pilihan iolss .. bonanza day ni kena amik apa yang lalu kat conveyer tu aje, takleh order. so amik aje la apa yang melintas. sedap tak sedap belakang cerita hehe :)


Pastu hari Jumaat, lunch hour lama juga so marilah ke Sushi King again. Kali ni ngan officemate lain pulak. Diorang ni memang penggemar sushi so I selamatlah juga. Atleast benda ni kalau makan takdelah rasa bersalah hahaha :) kat SK i suka order Chicken Salad Namban. Sedap!


Jom I belanja selfie satu kaliii .. lama tak pakai Aidijuma. So marilah kita lilit dan belit ala shawl. Sape kata square series takleh gayakan seperti shawl? Boleh ajer janji pandai pusing-pusing-pusing taraaa siap .. :)


Pastu macam biasa I masak dinner. Nak cepat so menu ringkas ajerlah. Yang penting hubby dan Alya suka makan. Ikan bawal masak kicap dan kacang telur hancur. Salad dan tomato mak encek yang punyaaa .. :)


Then, hari Jumaat malam hubby balik lambat tapi still kena masak jugak untuk my princess. Gorengkan nasi kampung dan karipap kentang frozen kegemaran dia. Settle kerja mama so jom kayuh basikal hoyyehh :)


Saturday. Macam biasalah, berkemas rumah. Kain baju kena laundry 2-3 kali loading, pitam makk. Pastu nak kena lipat 2 bakul. Hehee buatlah mana terdaya, jangan stress-stress gitu. Ubat stress? I tukar cadar bilik dengan cadar baru beli di IKEA. Beli dah lama rasanya tapi malas nak pasang quilt tu so kali ni I nak cari mood yang ceria marilah pasang. Yeahhh I memang suka corak yang ni, rasa cool ajer. Bilik pun nampak cosy kan? Barulah romantik hahaa :)


Sunday. Seperti biasa memang I akan prepare for breakfast. Yelah hari ni je la boleh get together dengan hubby sebab Sabtu dia still bekerja. Pagi-pagi I dah masuk dapur, goreng bihun Singapura. Kali kedua buat sebab ada permintaan. Hubby suka rupanya so I berbesar hati goreng lagi. Happy sangat sebab bihun habis licin and sempatlah hulur sebekas kat jiran sebelah. Dan kebetulan ada 2 orang kawan singgah rumah pagi tu so marilah breakfast di rumah kakton :)


Monday, November 21, 2016

From my kitchen; menu seminggu :)

Assalam.
Nak update "hari ini masak apa?" memang tak sempatlah kot tapi kalau kumpul pastu upload sekaligus kira bolehlah ye :)

Biasalah, dah tua-tua ni pemalas pun ada haha :) eh mana ada tua, berumur ajerrr :)

Okay, walaupun I tak makan nasi or makan sebelah malam, tapi masak tetap masak. Takkan sebab I sorang tak makan maka budak berdua tu pun kena diet jugak hahaha memang kesianlah kat diorang. Tu pon Alya selalu juga tanya soalan ala-ala menyentan "kenapa mama tak makan?", "yang ni mama boleh makan ke?" atau "mama ni tak lapar ke?". Aryan si kecik tu pun tanya juga "mama tak makan nasi?" ayoyoyo dugaan betul walhal soalan je punnn hahaa :)

Jom tengok apa yang I masak sepanjang seminggu yang lepas. Macam biasa simple aje, senang dan cepat. Sebab balik rumah kejar maghrib then target pukul 8.30 dah boleh start kayuh basikal. I kayuh basikal 8.30 hingga 9.30 malam. Memang setiap malam selama 6 hari seminggu. Kalau ada hal atau tak sihat aje I tak mengayuh basikal. Memang terasa sedap badan bila dah berpeluh dan buat senaman walau sedikit.

Masak asam rebus ikan kembung, Lebih kurang asam pedas cuma taklah guna banyak cili kering tu just bagi rasa pedas sikit ajer. Sedap makan time hujan-hujan ni. 


Yang mee sup. Teringin pulak tekak nak buat mee sup. Alya dan Aryan pun suka. Alhamdulillah. Nampak simple aje kan? Tapi sebab ada cili kicap tu kot perghhh memang licin mee tu hehe :)


Yang ni asam rebus terung telunjuk. Terung ni mak yang tanam, amik masa balik kampung tempoh hari. Nak lagi sedap, buat gulai dengan ikan salai memang terbaiklahh :)


Yang ni pulak buat sup petola dan suhun. Goreng ikan kembung. Ada ulam dan budu. Yang salad tu untuk mak encek hehe :) masak gini je pun tapi diorang makan bertambah. Yelah, time cuaca sejuk-sejuk macam ni makan apa pun sodappp :)


Sabtu. Macam biasa kena buat something special sebab Alya anak dara tu nak pergi tuisyen. Antara kegemarannya bihun so kali ni I try masak bihun Singapura. Buh lada hitam, memang sedap. Menjadilah kot sebab licinnnn :) fruit salad untuk mak encekkk hahaha :)


Then, spaggeti goreng buh udang jer. Tu je yang ada dalam esbok tapi tekak teringin spagetti so marilah goreng guna apa yang ada saja. Salmon, dry fried. Pun syukur sebab diorang makan dengan berselera. 


Saturday, November 19, 2016

SD annual dinner :)

Assalam.

Wahh minggu lepas minggu yang penuh dengan cabaran dan aktiviti. Korang macam mana? Busy jugak ke? I joined 3 days full course di HQ then Khamis baru masuk office. Khamis tu juga mengelabah cari make up dan aksesori untuk annual dinner Jumaat, 18hb. Hehehee kelakar pulak sebab kali ni memasing excited bersiap. Tema tahun ini ialah Oscar Night kauuu .. Meriah. Takleh nak bayangkan sorang-sorang punya dressing kalah retis hehe :)

I kebetulan memang ada tempah baju kat kakros, tailor yang biasa buatkan baju I tu. I dah lama plan nak buat dress sebab tak pernah ada dress warna hitam lagi. So pergi beli kain yang skang tengah hot orang kata - como crepe ke apa namanya. Jakel masa tu tak sale harga memang terkejut jugaklah. Pastu pergi lagi sekali ada sales pulak, menyesal kakton huwaaa :) takpelah nak buat cemana I ni bukan kira angin ke hujan ke time nak beli memang beli terus. 

So cakap kat tailor nak buat dress macam ni macam tu so dia teruslah buat. Sekali keluar announcement dari Management, annual dinner will be held on 18.11.2016 wahh terus bersemangat minta tailor siapkan on that date. So settle part baju. 
Kawan-kawan yang lain ada yang siap sewa baju kauu .. memang mengerliplah nanti tu :)

Nah, posing sebelum masuk ke dalam hall. Ntah apa-apa mengelabah bila orang lain tengok terus tak berani nak posing cantik-cantik. Ni kira bolehlahhh :)


Pastu pergi toilet wahhh cantiknya sebab banyak cermin so apalagi marilah bergambar. Kali ni takde orang so bolehlah posing cemana rupa sekalipun hahahahah ..


Ini officemate yang memang sentiasa bersama-sama sehingga dalam hall hehe :) tengok siap ada bulu-bulu kauuu :)


Yang ini pula dengan kawan-kawan dari Contract Department. Hujung kanan tu Hajjah Fatimah, Head of Department. Hujung kiri tak pasti siapa tapi memang antara staff Contract Dept. 


Yang ini dengan my bestfriend-kakak, Kak Nana. Persahabatan kami dari tahun 2001 lagi masa mula-mula bekerja di Consultant Engineering. Masa tu Kak Nana dah Senior Secretary dan I hanyalah Jr. Secretary tapi memang kami rapat, dah macam adik-beradik sehinggalah masing-masing kahwin then kerja pula dengan company yang sama sehingga sekarang di Sime Darby. Alhamdulillah semoga Allah memanjangkan silatulrahim antara kami insyallah :)


Yang ni pula I dengan Bard, pangkat adik-adik yang ni. Dia handle landscape. So kalau nak pokok or bunga memang I mintak kat dia aje hahaha :)


Haaaa kau, kan dah cakap macam retis kannn .. Yang ni dengan my best kakak, Shamah. Dia memang cantik, tinggi lampai. Pakai apa je semua cantik terletak. Ntah bila la I nak kurus tinggi ni hehe :)


Hollywood katanya. Malam ni memang memasing sakan bergambar. Sampaikan penuh photobooth kena kerumun and nasib baik juga backstage banyak, so takdelah lama ke tunggu nak posing. Cumanya I ni pemalu ya amat kalau nak posing depan ramai-ramai tu. Rasa kejung pipi hahaha :)



Lastly, ni dalam hall. Gelap-gelita so maafkanlah mutu gambar yang agak kurang clear tapi korang nampak kan kakton yang mana satu? Hahahaha ..


Overall memang masing-masing happy even tak dapat menang apa-apa lucky draw. Yang penting dapat jumpa ramai kawan-kawan yang dah lama tak jumpa sebab ada yang tukar township. Mingle around, makan-makan dan snap pictures. Thank you SD for this annual dinner.



Monday, November 7, 2016

Karangkraf SALE SALE SALE

Haaa tengok .. 

Rajin tak kakton update? 3 entry tapi I letak date ikut masa kejadian laa kann hehe :)
Ni kebetulan free so marilah keluarkan segala pictures yang tersimpan dalam folder. 

Okay semalam I sempat ke Karangkraf Sek 15 Shah Alam. Ni memang beria nak pergi lepas tengok fesbuk kawan yang dah pergi hari Sabtu. Dia borong novel huwaa tak boleh jadi I memang kena pergi sebab stok novel I semua dah habis baca. Memang plan nak tunggu Big Bad Wolf Dec ni tapi rasa lama pulak. Nasib baik ternampak post kawan ni Sabtu tu so semalam ajak hubby pergi. 

Alamak gambar sekitar Krangkraf lupa nak transfer, nantilah cari balik ehh :)
Yang ada ni gambar kad VIP yang register semalam. Memang banyak dapat less. Harga start dari RM4/RM5. Yang novel terkini ada less 30-35% tak silap I. Sale ni sehingga 28hb November so korang bolehlah ke sana selepas ni, nextweek pun ada lagi sampailah time gaji. 


Antara hasil rembatan semalam. Novel-novel baru dan lama. Ada yang pernah baca pinjam kat kawan so marilah beli simpan sendiri. Tu yang jenis baca best berulang-ulang so kena beli juga. Pastu I punya perangai mula-mula kena cari novelis yang I suka baca mostly yang senior la. Yang muda-mudi ni kadang-kadang bila baca rasa macam annoying pulak sebab overrated sangat. Yelah tulis kerja CEO tapi BI pun failed ada hati tuh?? koserrr hahaha :)

Nanti I update penulis novel yang I suka baca. Aisya Sofea diantaranya. Ada lagi 3-4 orang ntah lupa pulak hehe :)

Nak juga beli novel Ramlee Awang Murshid tapi macam err takuitt haha :) then sempat juga belikan Alya dan Aryan buku diorang. Yelah tak lama cuti sekolah, bolehlah buat bahan bacaan atau nak colouring kan :)


Lepas settle kat Karangkraf dah Maghrib so singgah di Sek 13 dulu. Dah siap solat jom le ke AEON sebab budak berdua ni dah berzikir nak jalan-jalan ke sana. Takde apa pun just jalan-jalan, naik permainan kat tepi esklator tu sambil maknya cari baju. Oh ya sekarang macam kena sawan cermin kot pantang nampak cermin mulalah nak snap.

Paling suka kalau cermin ajaib boleh nampak kurus kannn hahaha :)

Hubby kata kalau I dapat pakai size M dia nak bagi something. I dah cakap kalau betul dapat size M I nak handbag, boleh dia cakap handbag ajerrrr?? Yelah handbag LV ke Prada ke kann hehe :) 

Tapi sebenarnya I takde pun niat macam tu sebab I nak loose weight ni untuk kesihatan I, nak kaki cepat elok. Doktor kata setahun not to go anywhere adoi I rindu nak travel, rindu nak jalan-jalan. Okay kena fokus turunkan lagi berat badan. 10kg more to go Insyaallah :) doakan I ya :)


Jeans boleh fits size 16-18UK, cardigan 16, blouse pun sama. Kalau dalam size chart Malaysia L-XL kot. Atleast from last time is 22 to 16 kira okaylah kan :)
Total loose until today is 19.5kg :) Alhamdulillah.

Err ni gambar bulan Ogos yang lepas. Gambar awal tahun nanti I try korek lagi.


Tuesday, November 1, 2016

Cuti Deepavali dan cerita balik kampung :)

Punyalah excited nak update blog sebab banyak gambar dalam file tapi nan hadooo .. Biasalah, nampak je free takdak kerja tapi bila boss ada kat office memang takdan nak ngadap pc, mesti nak ngadap boss ajer hehe :)

Okay cerita menu masa balik kampung tempohari. Beria balik nak pergi kenduri tapi disebabkan haywire dengan plan ntah apa-apa semua jadi kalut. Tapi nasib baik jugaklah dapat balik kampung. Hubby cancel plan nak join ride ke Kuantan yeayy!

So balik kampung hari Sabtu on Deepavali so korang bayangkanlah betapa jammed jalan padan muka. Nak sangat meredah jammed 3 jam kan!

Walau dah pakai baju kurung bagai konon nak ikut mak pergi kenduri, kirim salam ajer laaa .. Sampai kampung dah pukul 3 petang, khemah pun dah bukak kikikihh so jom la kita ke Giant beli aiskrim kikihkihh :)

Beli la sayur dan lauk apa yang patut sebab tiba-tiba rasa ngeri bila mak cakap nak salai daging. Yelah, I tak makan daging so kenalah ada option lain. Pergi Giant beli ikan, salmon dan sayur (salad). Haha nasib baik mak tak annoying tengok macam poyo je pulak nak makan salmon ngan salad kat kampong ekau tu. Thank you mak sebab support anakmu ini hehe :)

Malam. I masak siakap stim, gulai ikan bawal dan salmon dry fry. Gulai ikan bawal tu kenalah ada kang mak nak apa pulak, kesian dia kena diet juga hehe :)


Esoknya breakfast I goreng bihun, keropok dan salad salmon. Nasib baik rumah atas bukit so ada la gaya omputeh kan hahaha :) belasah je janji I tak terbabas. Kena kuat semangat kalau kita nak berjaya ni. Lantaklah orang nak cakap kita poyo ke eksyen ke janji kita sihat kan :)


Ahad petang dah balik ke Shah Alam semula. Sempatlah jumpa @pinklolitastore yang jual pinggan mangkuk comel dan adakalanya hot design. I selalu beli dengan dia ni antaranya tureen, pinggan, jug dan salad bowl. Kalo siapa yang follow I di Instagram, boleh nampak my collections yang hari-hari guna, memang comel dan sesuai. Korang pun boleh klik Ig dia tu :)


And for now marilah I share antara latest picture I. Dulu mana korang dapat tengok full picture kakton korang ni kan hehe :) yelah dulu tak muat masuk frame camera. Yang ni dah muat sikit dah hehehe :) doakan I terus istiqomah ye korang :)

And thanks pada yang tegur kalau jumpa kakton diluar tak kira di mana-mana. Thank you sebab acknowledge kakton walo kakton ni comot je time korang jumpa hehe :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...