Assalam.
Wahh minggu lepas minggu yang penuh dengan cabaran dan aktiviti. Korang macam mana? Busy jugak ke? I joined 3 days full course di HQ then Khamis baru masuk office. Khamis tu juga mengelabah cari make up dan aksesori untuk annual dinner Jumaat, 18hb. Hehehee kelakar pulak sebab kali ni memasing excited bersiap. Tema tahun ini ialah Oscar Night kauuu .. Meriah. Takleh nak bayangkan sorang-sorang punya dressing kalah retis hehe :)
I kebetulan memang ada tempah baju kat kakros, tailor yang biasa buatkan baju I tu. I dah lama plan nak buat dress sebab tak pernah ada dress warna hitam lagi. So pergi beli kain yang skang tengah hot orang kata - como crepe ke apa namanya. Jakel masa tu tak sale harga memang terkejut jugaklah. Pastu pergi lagi sekali ada sales pulak, menyesal kakton huwaaa :) takpelah nak buat cemana I ni bukan kira angin ke hujan ke time nak beli memang beli terus.
So cakap kat tailor nak buat dress macam ni macam tu so dia teruslah buat. Sekali keluar announcement dari Management, annual dinner will be held on 18.11.2016 wahh terus bersemangat minta tailor siapkan on that date. So settle part baju.
Kawan-kawan yang lain ada yang siap sewa baju kauu .. memang mengerliplah nanti tu :)
Nah, posing sebelum masuk ke dalam hall. Ntah apa-apa mengelabah bila orang lain tengok terus tak berani nak posing cantik-cantik. Ni kira bolehlahhh :)
Pastu pergi toilet wahhh cantiknya sebab banyak cermin so apalagi marilah bergambar. Kali ni takde orang so bolehlah posing cemana rupa sekalipun hahahahah ..
Ini officemate yang memang sentiasa bersama-sama sehingga dalam hall hehe :) tengok siap ada bulu-bulu kauuu :)
Yang ini pula dengan kawan-kawan dari Contract Department. Hujung kanan tu Hajjah Fatimah, Head of Department. Hujung kiri tak pasti siapa tapi memang antara staff Contract Dept.
Yang ini dengan my bestfriend-kakak, Kak Nana. Persahabatan kami dari tahun 2001 lagi masa mula-mula bekerja di Consultant Engineering. Masa tu Kak Nana dah Senior Secretary dan I hanyalah Jr. Secretary tapi memang kami rapat, dah macam adik-beradik sehinggalah masing-masing kahwin then kerja pula dengan company yang sama sehingga sekarang di Sime Darby. Alhamdulillah semoga Allah memanjangkan silatulrahim antara kami insyallah :)
Yang ni pula I dengan Bard, pangkat adik-adik yang ni. Dia handle landscape. So kalau nak pokok or bunga memang I mintak kat dia aje hahaha :)
Haaaa kau, kan dah cakap macam retis kannn .. Yang ni dengan my best kakak, Shamah. Dia memang cantik, tinggi lampai. Pakai apa je semua cantik terletak. Ntah bila la I nak kurus tinggi ni hehe :)
Hollywood katanya. Malam ni memang memasing sakan bergambar. Sampaikan penuh photobooth kena kerumun and nasib baik juga backstage banyak, so takdelah lama ke tunggu nak posing. Cumanya I ni pemalu ya amat kalau nak posing depan ramai-ramai tu. Rasa kejung pipi hahaha :)
Lastly, ni dalam hall. Gelap-gelita so maafkanlah mutu gambar yang agak kurang clear tapi korang nampak kan kakton yang mana satu? Hahahaha ..
Overall memang masing-masing happy even tak dapat menang apa-apa lucky draw. Yang penting dapat jumpa ramai kawan-kawan yang dah lama tak jumpa sebab ada yang tukar township. Mingle around, makan-makan dan snap pictures. Thank you SD for this annual dinner.