Monday, September 9, 2013

Update; our weekend ..

Salam semua.
Dalam kesibukan hujung minggu dengan plan yang bermacam-macam tapi hampeh hahaha. beria plan itu ini lastly pukul 12 tengahari baru nak kuar rumah!
itulah dia janji Melayu katanya hehehe.
Ye, Sabtu Ahad lepas memang jadual penuh. kalo ikutkan cik abe, macam-macam tempat dia nak pegi redah. dah la hari hujan pastu jalan sesak hishh tak koser kakton ehehe :)
pagi-pagi I dah bangun berkemas. yelah being mak-mak ni ingat boleh ke bangun Subuh gajah?? haha tidaklah jawabnya. pagi-pagi dah masukkan 1 trip kain dalam mesin basuh. sambil tunggu mesin putar kain, sempat buat breakfast. roti telur. senang ya amat. amik telur 3 biji, kacau bagi rata. amik roti gardenia, potong 3. potong 4 segi pon comei gak. buh garam ngan white pepper pastu masukkan roti yang dipotong tadi. goreng dalam minyak yang panas. sedapppp. lagi sedap cecah ngan kuah sardin. tapi kakton takde kuah sardin so makan gitu je laaa .. senang dan sedap serta cepat :)


lepas dah siap berkemas, baru la siap putera puteri I nih. memang dah jadi kebiasaan sejak Alya lahir lagi, kalo nak keluar berjalan ke mana-mana memang siapkan dia dulu baru mak paknya hehe. senang takdelah terpekik terlolong nanti. pas dorang dah siap, baru mak pak mandi dengan aman hihi.

then terus ke UITM Shah Alam sebab adik cik abe register hari ni. lepas check apa yang patut 2 kereta terus shoot ke JJ Bukit Raja sebab nak beli barang2 keperluan yang tak cukup lagi. pastu patah balik gi lunch. dah settle segala tengok jam dah pukul 5, terus patah masuk UITM semula hantar adik ipar. bye-bye terus kitaorg shoot gi Seremban meredah jammed dan hujan lebat aiyooo :)

*ni budak demok nih?? dia tau apa, tido je kejenya :))


ehh tetiba dah bangun. masa ni dah sampai Seremban. jalan jammed giles. sabar je la. dah cik abe beria nak gi beraya ke rumah kawannya kan :) sabarlah banyak-banyakkkk :))

Aryan skang dah pandai sembang-sembang dalam bahasa Jerman laaaa .. suka di ajak sembang pastu dia gelak mengekek minta digeget wohaaaa geramnyaaaa ..


kat sini makan nasi berlaukkan daging salai. okay, berbaloi 2 jam dari Shah Alam :) sedap, cik abe 2 kali tambah sebab bini pon tumpang sekaki :)


dalam pukul 9 kami gerak balik. yelah ada baby ni takkan nak berjimba sampai tengah malam plaks kann .. tengok budak ni mood baik sampai esoknya, Ahad. gelak mengekek je. sukanya dia dapat berjalan ye? ngikot sapa la nihh *pandang diri sendiri*


Mama love you Aryann .. Alya alsoo :)) love love love both of you :)


Ahad. wahh macam diari plak dahhh .. hehe. macamlah orang baca hehe .. hari ni ada jemputan. 2 jemputan. 1 ke kenduri kawen trainee kat ofis. 1 lagi open house my besties. hehe open house di penghujung Syawal namanya. boleh je kakton :)

Okay, terus ke kenduri sebab nak kena balik awal. petang pak mertua nak datang ke rumah plak. sungguh kelam-kabut kakton. tapi sempat je makan 2 pinggan kat kenduri. dasar perut jin kikikiki :) sempat bergambar ngan pengantin. abaikan kakton yang gemok tu. hhaahahaa :)



budak demok nih?? apalagi kalo bukan hobi nombor 2 dia - tido. hobi nombor satu ofkos shushuuuuuuu :))


pas amik gambau, laju-laju gerak ke kereta sebab hari dah nak hujan. terus shoot ke Gombak plak. serius kena cepat-cepat nih. semput kakton hehe :)

kat rumah Nat, ada nasi ayam. sedappp. apa tak sedapnya, tokei nasi ayam katanya kannnn. ofkos le sedap. makan lagi sepinggan. abih bila kau nak kurus ni kakton???? :)))


sempat snap picas anakanda berdua nih - Aryan & Raisha. mereka ni beza 2 hari je lahirnya. patutnya Raisha lahir awal Julai tapi masa maknya datang visit Aryan kat sepital, terus sakit nak beranak. konon nak gang lah nihh .. okay jangan bercinta tauuu hahahha *bongok ..


okeh sekian aktiviti Sabtu dan Ahad kakton *macam ada orang kisah kan???*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...