Thursday, September 5, 2013

Cerita seminggu ini ..

Salam ..
Hehe rasa-rasa nak sambung cite "Yang Terindah - part 2" tapi kakton busyyyyy .. phuii sangat busy la ye kakton ehehehe. 24 jam sama je macam orang lain tapi kakton macam tak cukup 24 jam. rasa nak tambah jadi 28 jam sehari hikss .. tu namanya manusia tak pandai bahagikan masa, lagi nak request extra 28hrs plaks phuiii sangattt ..

skang kalo hari bekerja lagilah busy. pagi tu takyah cite. memang busy terkejar-kejar. jalan selamat I prepare semua barang-barang kids di sebelah malam before tido. kalo tak memang haru-biru pagi-pagi. dengan nak bertempik mengejutkan Alya mandi nak gi school. pastu Aryan time ni la nak menyusu saja je nak bagi mama kelam-kabut kannnn sayang-sayang mama nihhhh .. tanje-tanje mama nihhh hiiii gegettt kangg :))

Balik keje pulak bergegas gi amik kids. dorang dah siap mandi, wangi2 and menyusu juga. so amik terus balik. kalo nak beli barang or sayur before gi amik dorang kena singgah kedai runcit dulu. kalo tak pitam pulak I nak angkut 2 askar ni kangg ehehe :)

Sampai rumah, kadang2 dekat nak Maghrib. cepat-cepat masuk rumah maklum bawak baby so selamatkan dia dulu hehe. dah settle angkat barang2 then tengok Aryan samada dia main-main or tepuk2 nak tido sebab kalo naik kete memang dia tido je. so selalunya sambung tido lepas angkat dari carrier masuk ke cot plak. selamatlah mama nak masak dinner. tu pon masak sempoi je pon. tak dapek nak beria bagai. takpelah janji I memasak juga untuk family ni. Alya since ada eczema ni memang I pantangkan seafood or ayam tapi sesekali bagi juga ayam, kesian dia. nanti I cerita pasai tu kat entry lain ya :)

okey, yang ni dinner hari Isnin kot. masak lemak taugeh. pastu goreng ayam. ada sambal gesek pedas tercirit. maksudnya pedas gila. barulah lawan ngan masak lemak bodoh yang tak pedas lansung tu walau ada cili besar sebagai hiasan semata hahahaha.


yang ni pulak set dinner malam tadi. freshh gitu. ni pon sempoi. bayam masak bening or rebus. ada telur asin dan ikan goreng. ulam-ulam macam biasa mesti ada kat rumah ni. budu pon wajib tapi dalam gambau takdek sebab tukang buatnya lom balik. ni menunggu hubby balik around 8.30 malam. barulah afdal dinner sama-sama kan?? I love my family.


ahaa ni le budak demok yang mama sayang sangat-sangat. Alhamdulillah Aryan so far tak meragam. nangih pon time nak susu, tido bangun tido bangun je keje dia. memang buat papa geram kat dia je haha. kalo bawak gi jalan-jalan pon sama gak, tak meragam maybe dia jenis suka berjalan ikot maknya haha selamat senang kojo mak. yang paling bagus? ofkos part duduk dalam carrier. memang happy je duduk dalam tu, pastu tido. Hani rasa berbaloi beli carrier untuk Aryan sama seperti Alya dulu. selain untuk keselamatan baby, keselesaan juga pada mak pak yang nak drive. paling penting mulakan seawal balik dari hospital *mak aii melampau skema ayat I* hehe. serius ni tak tipu. I dah anak 2 so bolehlah share my experience *poyo* kalo dah bosar baru nak suh duduk dalam carrier memang payah, takkan hingin budak tu sebab dia tak biasa. so, bagi ibu-ibu yang drive untuk hantar anak ke babysitter or suka travel, silalah percaya kata-kata I nih - beli carrier. tak kisah mahal murah janji elok fungsinya :)

 

tengokkkkk percaya tak? budak ni suka tidoooo .. dah siap bergaya hencem-hencem dia boleh tido. ke tunggu mak pak bersiap lama bebeno?? hahahaa. alolololo comelnya anak mama *suka ati la nak puji anak sendiri ehh* hahahahhaa


yang ni pon buat I geram sangat-sangat. budak demok ni dah pandai pegang botol susu sendiri yeayyy ..


euwww tatutttttt .. hehe .. ni masa beraya kat rumah kawan. tak silap masa ni ada budak beso jerit kat Aryan, sian dia macam terkejut. nasib baik tak nangissss .. demok mama kuat kannnn :))



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...