Tuesday, September 17, 2013

Alya & Aryan balik kampung :)

Salam semuaa .. dah pukul 5 petang baru sempat nak bukak blog. *tengkiu pada yang wassap or sms nak booking cotton*

well, Jumaat lepas dah start cuti. saja amik cuti sebab my cik abe nak fly ke Dubai sobsobsob. so ai plan nak balik ke kampung je bawak kids berdua nih. dari melanguk je kat rumah tak buat apa baik balik Pilah :)

Jumaat awal-awal pagi hantar cik abe ke KLIA, tapi terpaksa patah balik rumah sebab ada barang tertinggal hishhh. pukul 12 tengahari barulah bertolak balik kampung. Alhamdulillah Aryan memang tido lena dalam carrier. dah minum susu siap2 before gerak. Alya macam biasa, tak membebel dia bantai menyanyi kat seat belakang hahaha. dah tu hujan pulak masa kat highway, dedua terus tido lena. I okay je drive dengan aman hehe. singgah pon beli Dunkin Donut kat RnR Seremban sebab dah lapar gile. and Alya memang suka donut. 

sampai K Pilah dalam pukul 3 lebih. hujan rintik2. sejuk je. sampai-sampai mak dah siapkan makanan. see, bestnya kalo balik kampong mak tau je makanan kegemaran anakandanya hehe. ari ni mak masak ayam kampung campur rebung. sedap sangat2. tengkiu mak. 


Jumaat petang takde aktiviti sebab kesejukan. lepas makan masing2 ngantuk. tido je la jawabnya. Sabtu. ada kenduri di rumah makcik depan rumah Ahadnya so hari ni mak nak gi menolong apa yang patut. I pegi juga, nak menolong - tolong tengok kikikiki. ada baby ni memang lesen beso lew hahaha.

nih budak yang kuat tido. memang suka sangat tengok dia tido. peaceful. inilah kasih-sayang yang abadi Insyaallah. tenang sangat tengok dia lena. budak demok ni takde masalah. tido, cukup susu, bangun pastu tido semula hahahaha.


Alya pulak lepas ikot uwan gi umah makcik, keletihan. sebok nak ngikot gi pekan sebab nak beli susu dia. terus tido dalam kete. letih berlari - bukan letih buat keje ponnn hahaha ..
dia ni suka sangat balik kampung, bebas. nak berlari nak melompat nak menjerit takde sapa nak halang. kalo mama cakap pon bukan dia dengar. tambah2 uwan dok back up haaaaa menjadik .. tu pasai takleh dok ngan uwan confirm jadi ultraman nanti hahahaha ..


yang ni hari Ahad. aktiviti gi kenduri. lepas kenduri rumah makcik depan rumah, terus shoot gi Kuala Pilah sebab ada kenduri kawen plak. bestnya makan kenduri. sesekali macam ni memang seronok sangat. terus lupa cik abe yang nun jauh di mata hahaha :)))

Aryan rasanya dah mula mengenal orang di sekeliling dia. sebab ada sorang ni amik dia mencebik pastu uwaaaaa hehehe .. alololo comeinya kamuu :))


aha ni gulai kambing dari kenduri rumah makcik. 4 ekor kambing ehemmm ..
sedap. ni masak rempah (kari) campur rebung. korang pernah rasa tak? serius sedapp .. insyaallah tengah plan untuk akikah Aryan jika ada rezeki nanti :)



ulang tayang masak. ni semalam. mak masak semula gulai ayam campur rebung sebab anakanda dah nak balik Shah Alam semula hehe. pastu Alya kemain puji uwan masak sedap. tengok, cucu puji terus dapat makan sedap2 kannn .. pandai Alya bodek uwan ehhhh ..

ni ayam kampung, memang mak ada bela banyak juga rasanya. senang nak buat gulai bila teringin. dagingnya sedap, manis. pastu rebung plak mak amik kat bendang. wah bendang poyo je bunyik - sawah benornya. sawah terbiar tu banyak pokok buluh tumbuh. rasanya mak masamkan rebung ni dulu. masam tu macam rebus dulu kalo tak silaplah. bagi tahan lama or nak hilangkan miang - pepandai je aku nihhhh hahaha :))))


lepas makan siap-siap, kami bertolak awal sebab takut nak mikirkan jalan sesak. dah la bawak baby, tak koser nak meraung dalam kete hahahaha. nasiblah jalan clear takdelah jammed bagai and everything going smooth Alhamdulillahhh :)).

Aryan tido lepas minum susu masa cuci kete kat K Pilah. biasalah balik kampung wajib tayar cium tahi lembu katanya hahahahha so gi cuci dulu buang segala sampah sarap. bagi cun baru best nak travel kann :)

balik ni pon singgah RnR Seremban belikan donut untuk puteri tersayang hehe :) dia memang suka donut. bagus nak, makanan yang mengenyangkan ni makan sekotak pon mama tak marah hehehe :))


hehehe ni dah selamat sampai di rumah kami. legaaaa .. tapi bila pandang kain-baju terus kakton pitam kejap hahaha ..

settlekan apa yang patut sebab mata berpinar tengok benda bersepah. budak-budak ni dah mandi dah minum susu memang terus tido je. aman sekejap kakton nak mengemas. pukul 2 pagi baru settle and dapat tido.

alololo comeinya buah hati mama nihh .. I love you sayangggg .. thanks becoz being a good children :))


yang ni memang mintak digeget jer huhu .. geram sangat-sangat hehe :))


cik abe balik esok, Rabu malam. seminggu kejap je rasanya dia gi trip. kali ni bussiness trip untuk company. jangan kena keje kat sana sudahh huhuhu.

bye. esok kakton update cotton pulak ehh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...