Sunday, September 29, 2013

Happy Birthday Alya 29.09.2013; turns to 5yrs

29.09.2013 Alya is turns 5 years old. Happy birthday A.L.Y.A!

Mama sayang Alya. Mama doakan Alya akan jadi anak yang lebih bijak, anak yang baik, anak yang comel, anak yang sentiasa hormat dan sayangkan mama dan papa serta Aryan walau Alya selalu dengkikan Aryan hahaha :))

Ada mini party untuk Alya. jemput jiran-jiran dan kawan-kawan terdekat je. sebab mama kan nak buat kenduri akikah Aryan minggu ni. memang kalut sungguh mama tapi sebab Alya, mama tetap usahakan juga mini party untuk anak mama ni. boleh je celebrate kat kampung minggu ni sekali dengan kenduri Aryan tapi mama tahu kat sana takde kawan-kawan Alya, yang ada makcik-makcik dan nenek-nenek aje hehe.

so mama decide buat mini party je yang penting Alya happy and mama paling happy bila Alya said "terima kasih mama sebab buat besday untuk Alya. Alya sayang mama" chupchupchupppp dia cium pipi mama :) yupp terharu sangat-sangat bila dengar dia kata giteww :)) takpe sayang mama will do the best for you and Aryan :)


nanti bila free I update cite pasai mini party plak ehh *kakton busy sket ari nih*

tata :))

Saturday, September 28, 2013

Baju kurung cotton

Baju kurung kain cotton uolsss. ada banyak corak and warna tapi satu je sempat patung posing sebab kakton nak pitam dah uolss hehe

yang ni size XXL okeh.

harga? tak mahal pon, takdenya kakton nak jual ratus2 hehe. yang manik pon baru RM125.00 je. je? hehe

okay yang baju kurung cotton ni takde manik hanya RM70.00 sahaja. takde sen sen. sape nak boleh call/sms/wassap kalo nak tengok corak lain.

boleh la pakai raya haji nanti hehehe


skang tengah hot dengan fishtail dress ngan skirt kembang payung giteww. yang ni ai jual sepasang RM120.00 kalo mood baik ai bagi less gitewww hehehe

ni free size, cutting sederhana.

ada warna biru turqoise tapi dah selamat disambar orang. hehe.



Friday, September 27, 2013

Mesin ATM untuk si comel anda :)

SOLD OUT.

Tora datang lagikkkkk ..
hehe kali ni kakton jual mainan budak pulak. lepas ni takleh pangge kakton cotton kena pangge kak macam2 ada hehe

yang ni mesin ATM, macam real punya. siap ada kad ATM. boleh programkan target simpanan, nak withdraw kena guna kad. ni guna duit syiling or kertas betul2 bukan tipu hokkay ..

siap ada music lagi memang seronok tiap kali masukkan duit syiling or kertas. ni juga salah satu cara melatih anak kita pandai matematik. untung2 jadi ceo bank wahhh ceo terus hehehe tak main clerk ke exec ke terus ceo gitewww hihihi 

so sape2 nak mai call kakton ehh 012 228 1418
harga RM65.00 sahaja. tidak termasuk pos. mesin ni comel je besar tin biskut so jangan expect macam mesin atm betul2 plak mau ada rumah kena rompak pulak nanti haha. 

ok cepat2 call stok terhad sebab mesin ni memang tengah in skang :) 



Wednesday, September 25, 2013

Our weekend ..

Ahad lepas hubby kena turun site. ehemm I dah siapkan semua keje rumah, kain baju semua orang dah dilipat 3 bakul youu .. pastu dah organize sofa - tukar cover pastu ubah kedudukan ehemm ..

pastu pagi2 dah goreng mee. keje rumah ni memang takkan habis. sentiasa ada. kalo tak sebab I ni mengaku diri sendiri cerewet memang tak berkemaslah rumah. tapi pancaindera I ni memang sensitif, pantang nampak kain berlonggok tak basuh atau tak lipat, sakit je rasa mata nih. pastu mulalah menyalahkan diri sendiri sebab tak pantas nak buat keje. adoi. pastu nak kemas dapur sekangkang kera tu. pastu nak kemas dining, nak ngemop lantai. belum cite nak kemas tingkat atas. time ni mulalah menyesal beli rumah 2 tingkat dan dan tu jugak I nak gi beli rumah setingkat hehehe sungguh tinggi imaginasi ehh.

eh nak cite lain tertaip lain. hahaha.
okay. lepas cik abe dapat call dari site, dia terus bersiap. masa ni pon dah pukul 2 petang. I pulak belom mandi. tu le sape suruh leka je dari pagi berkemas hehe. pastu I mulalah dengki tengok cik abe dah mandi, tukar baju pastu wangi-wangi ngeeeeee ;)

I: eh nak ikotlah. pingsan kalo dok umah je kang nih *alasan nak berjongket*
Hubby: nak ikot ke? betol? ok, pegi siap cepat.
I: betol ke? ala I saja je *dlm hati dah lompat bintang 7*
tiba-tiba Alya muncul. pantang je mendengar nak keluar dia nehhh hish
Alya: nak ikot papaaaaa. boleh ke mama? jom laaa

ahaha kalo Alya dah ikot masuk campur memang tak dapat ngelak dah. so I berlarilah gi mandi. Alya dan Aryan just tukar baju je sebab dorang dah mandi tengahari tadi.

Project site hubby kat Seri Kembangan. jauh jugak dari Shah Alam. nak buat macam mana dah rezeki hubby kat situ tapi Alhamdulillah company yang hubby keje ni okay sangat dari segi benefit - medical, cuti, bonus, trip etc. tu yang projek jauh pon still bertahan sebab mikirkan benefit dan income yang quite ok :) alhamdulillah.

nih sementara tunggu hubby visit site kitaorg dok je dalam kete. I layan Aryan sambil mengekek dia gelak, Alya membuta. hehehe. dalam 45 minit hubby settle keje. ajak dia gi tea break. lapar pulak sebab makan masa breakfast tadi je.


kat restoren Anjung Cafe di Seri Kembangan. Boleh tahan lah. I order lamb chop sebab nampak gambar menyelerakan sangat hehe. hubby order nasi lemak telur puyuh. sedap juga. Alya makan share je ngan kami. dia skang admired air laicikang. asal berenti makan nak minum laicikang. eleh tu pon tiru mama hehe.

lamb chop ni memang sedap. puas hati. harga lupa nak check.


lepas makan kat sini, terus gerak balik. mula nak terus ke KL tapi mikirkan esok nak keje so better takyah buat keje meletihkan badan. takde apa nak dicari so better balik je la. lagipon plan nak singgah babyoutlet kat Sunway je. nak cari teats Aryan pastu kalo ada headgear nak belikan jugak. singgah sekejap je sebab dah nak tutup masa ni. so beli Fisher Price mainan nak gantung kat carrier untuk Aryan. terus gerak balik.
sampai kawasan rumah, perut masing2 lapar balik. ahahaha so pusing2 kot nak makan ringan2 je la. singgah restro yang selalu kitaorg pegi. order ABC. ni hubby yang nak order. Alya beria nak laicikang tapi takde so dia request sirap laici. tapi bila air sampai, dia berebut ABC dengan papanya. siap bergaduh2 lagi adoiii. yang Alya memang tak boleh beralah dah namanya budak2 haha yang papa pon sama. cik abe memang dah terliur since jejak kaki ke dalam restro terpandang ABC sekali anak dara dia pedajal dia hahahahaha adoi. but memang happy tengok diorang nih :)


I order tauhu bakar. sedap. memang faveret kalo ke restro nih.


 pastu tamak. order pulak rojak buah. nasib baik sedap. hehe


oooh yang ni masak malam tadi. sebab tak sempat nak singgah kedai beli lauk, masak je la apa yang ada kat dapo. bila check dalam fridge - ada daging burger ramly, ada sosej, ada cendawan cap ayam, ada prego original pastu check dalam bakul ada fettucini. so campak-campak je la siappppp :))

Project "A"

Salam semuaaa ..
Minggu ni busy. ehh ada ke tak pernah tak busy? hahahaha poyo sangat macam kau sorang je busy kakton oiiii hahaha. biasalah being mak-mak ni memang sokmo ada keje. bohonglah tak busy kan goyang kaki sambil kira duit? ada ke? err ada kot yg jutawan jutawan sume tu hahaha. ai ni lom taraf jutawan so mana boleh goyang kaki. kena bergoyang dangdut je la gayanya hahaha

"hai semua .. saya Aryan. minggu depan saya nak kena tadah kepala nak dibotakkan rambut hehe. mak saya sebok buat persiapan sebab mak tu kedekot taik idung berjelaga semua nak buat sendiri hehe. mak saya jugak busy nak plan mini party kakak saya, Alya is turn 5 on 29.09.2013 :)

saya okay je, janji cukup susu, cukup tido and papa main dengan saya. tadaaaaa .."


hihihi bayangkan budak demok ni bercakap hihihi dah la sore halus je alolololo kalo nangih rasa nak cubit je pipi tu :)

Alhamdulillah, Aryan skang dah pandai nak mengiring, dah pandai mengengsot nak jatuhkan kepala dari bantal kalo dia rimas or menangis nak susu. bila mama pegi jengok kat crib tengok2 dah semakin ke bawah dari bantal. lasak juga budak demok nih.

pastu dah pandai mencari orang kalo dia tengok sekelilingnya sunyi takde sape2. mulalah dia bising2 ermm uhh emmm uwaaaaaa pastu uwaaaaa hehehe. dia nak orang dok dekat2 dia belek dia je amboi macam mana mama nak masak? kang minum air teh je kangg hahaha

pastu dah pandai pegang rattle masuk mulut yum yum sedapnya hehe.
lagi? dia dah kenal orang, mencebik je kalo dia tak berkenan kalo orang dukung dia amboi.

lagi? ahaaa dah reti pulak tengok citer upin ipin kat phone. ni gara-gara babysitter letak dia kat depan tv bagi leka kot? ari tu try bukakan upin ipin kat phone memang dia leka. bagus, boleh mama buat keje. tapi papa tak suka and tak bagi biasakan cara gitu sebab dia kata tak elok untuk baby. ye betul jugak, takut mempengaruhi baby maklum dia kan kecik lagi, apa pon tatau. nanti sampai besar nak mengadap phone or tab je hishhh.

apa pon dia gelak memang buat mama nak nangih. terima kasih Allah atas anugerah ini :)) Alhamdulillah :)alololo sukanya Aryan mama nihh .. I love you son :) *also Alya :)*


Project "A"
ehemmm .. skang dah start buat persiapan untuk Project "A" (majlis akikah) Aryan minggu depan. Alhamdulillah ada rezeki nak buat majlis akikah dia kat kampung Kuala Pilah, 06.10.2013. ni pon persiapan sikit2 je pon, semua nak buat sendiri adoi laaa .. benda remeh gini la yang buat sakit kepala sebab semua hand made konon nak hasil tangan sendiri. dah la tangan keras hehe. apa pon semoga semuanya berjalan lancar. Harap project "A" sukses :)

Thursday, September 19, 2013

Cik abe pulang dari Dubai :)

Salam ..
dah petang-petang gini baru sempat update blog. hari ni busy. busy sambil bergossip tunggu surat bonus haha.

hidung sumbat, tekak sakit, batuk dah ehem ehemmmm .. kaki sakit. apa nak buat, dugaan. kifarah. takpe yang paling penting I tahu sakit itu nikmatNya :)

semalam amik Alya dari school then gi amik budak demok plak sebab nak pegi KLIA jemput cik abe pulang dari Dubai. nasiblah kids berdua tak meragam tak banyak songeh - ngikot je mana maknya pegi haha. tunggu dalam 45 minit juga sebab hubby settlekan luggage yang ada problem.

nih wajah-wajah kesayangan menunggu orang tersayang ngeeee :)


ehhh tetiba kuar gambau ngan souvenir yang papa belikan hehe. Alya skang dah cerdik bertanya kalo papa outstation ke trip ke bussiness plan ke hehe

"Papa beli apa untuk saya?"

so papa pon dah bijak pandai sekarang nak beli baju ke barang-barang ke untuk anakanda berdua. dulu macam kurang pandai. gi Korea, Jepun, Sarawak, Bali, Krabi bla bla bla memang ada je souvenir untuk budak bertuah nih.

Baju memang comel, muat dan sesuai ngan Alya. tq papa. yang pencil color pon comel. Hello Kitty pon comel. papa pon faham Alya skang tengah demam Hello Kitty. no more strawberry shortcake, princess or barbie. sebok mengukur hari nak pegi Hello Kitty town kat JB nun. hehehe beranganlah nak, berangan tu free ekekekeke :))


yang nih untuk boboy demok. comel-comel baju and seluar katoknya hehe. pandai papa beli. see, puji puji puji sampai muntah setiap tahun rupanya menghasilkan improvement yang cukup bagus kan? see, silalah puji laki anda supaya dia reti nak shopping untuk anak-anaknya hehe :) tq abang :))

Mothercare youuu :)) size 6-9 bulan. kira okaylah nih dari dia beli umor 3 tahun kahkahkah.


teng teng tengggg .. yang ni untuk isteri terchenta konon hehe. apakah motif beg wane pink nih? okay belasah je la dah orang bagi. dalam hati nak beg elvi kahkahkah. takpe lain tahun kan bang :)) dinda tak kisah pon janji ada. beg plastik pon dinda terima juga - beg plastik cap Harrods :).

Perfume? WAJIB.
kang beli abaya tak muat mau bini bengang. jalan selamat beli perfume.

tengkiu abang sayang :))


well, yang ni his collection. tak berani nak usik. hehe. fridge magnet tu je la yang I amik tampal kat fridge hehe. yang lelain dia nak simpan dalam muzium, jual lepas 30 tahun nanti dapat sejuta kihkihkih ..



Wednesday, September 18, 2013

Comei kannn :)

Comei tak? comei macam kakton tak? kikikiki

ni namanya gatai tangan nak membazir duit. hahaha
tapi sebab comei beli jugak. kali ni belikan untuk Aryan walaupon Aryan tu belom reti apa-apa selain dari minum susu, tido je hahaha.

dah lama juga hobi mengumpul Tupperware diketepikan semenjak mengandung. bukan sebab muntah nak tengok tupperware tapi almari dah penuh, pastu ada yang masih belum digunakan lagi - membazir.

so bila ternampak beg comei ni dalam katalog terus order sebab kawan sebelah jadi dealer so bolehlah dapat rega murah takyah beli benda lain pon. yang tupperware kecik tu pon murah jugak. beli sebab comei jugak - gila namanya hobi ni :)

takpelah nanti kalo gi jalan-jalan Aryan bolehlah bawak beg ni kan - comei sangat.


Tuesday, September 17, 2013

Alya & Aryan balik kampung :)

Salam semuaa .. dah pukul 5 petang baru sempat nak bukak blog. *tengkiu pada yang wassap or sms nak booking cotton*

well, Jumaat lepas dah start cuti. saja amik cuti sebab my cik abe nak fly ke Dubai sobsobsob. so ai plan nak balik ke kampung je bawak kids berdua nih. dari melanguk je kat rumah tak buat apa baik balik Pilah :)

Jumaat awal-awal pagi hantar cik abe ke KLIA, tapi terpaksa patah balik rumah sebab ada barang tertinggal hishhh. pukul 12 tengahari barulah bertolak balik kampung. Alhamdulillah Aryan memang tido lena dalam carrier. dah minum susu siap2 before gerak. Alya macam biasa, tak membebel dia bantai menyanyi kat seat belakang hahaha. dah tu hujan pulak masa kat highway, dedua terus tido lena. I okay je drive dengan aman hehe. singgah pon beli Dunkin Donut kat RnR Seremban sebab dah lapar gile. and Alya memang suka donut. 

sampai K Pilah dalam pukul 3 lebih. hujan rintik2. sejuk je. sampai-sampai mak dah siapkan makanan. see, bestnya kalo balik kampong mak tau je makanan kegemaran anakandanya hehe. ari ni mak masak ayam kampung campur rebung. sedap sangat2. tengkiu mak. 


Jumaat petang takde aktiviti sebab kesejukan. lepas makan masing2 ngantuk. tido je la jawabnya. Sabtu. ada kenduri di rumah makcik depan rumah Ahadnya so hari ni mak nak gi menolong apa yang patut. I pegi juga, nak menolong - tolong tengok kikikiki. ada baby ni memang lesen beso lew hahaha.

nih budak yang kuat tido. memang suka sangat tengok dia tido. peaceful. inilah kasih-sayang yang abadi Insyaallah. tenang sangat tengok dia lena. budak demok ni takde masalah. tido, cukup susu, bangun pastu tido semula hahahaha.


Alya pulak lepas ikot uwan gi umah makcik, keletihan. sebok nak ngikot gi pekan sebab nak beli susu dia. terus tido dalam kete. letih berlari - bukan letih buat keje ponnn hahaha ..
dia ni suka sangat balik kampung, bebas. nak berlari nak melompat nak menjerit takde sapa nak halang. kalo mama cakap pon bukan dia dengar. tambah2 uwan dok back up haaaaa menjadik .. tu pasai takleh dok ngan uwan confirm jadi ultraman nanti hahahaha ..


yang ni hari Ahad. aktiviti gi kenduri. lepas kenduri rumah makcik depan rumah, terus shoot gi Kuala Pilah sebab ada kenduri kawen plak. bestnya makan kenduri. sesekali macam ni memang seronok sangat. terus lupa cik abe yang nun jauh di mata hahaha :)))

Aryan rasanya dah mula mengenal orang di sekeliling dia. sebab ada sorang ni amik dia mencebik pastu uwaaaaa hehehe .. alololo comeinya kamuu :))


aha ni gulai kambing dari kenduri rumah makcik. 4 ekor kambing ehemmm ..
sedap. ni masak rempah (kari) campur rebung. korang pernah rasa tak? serius sedapp .. insyaallah tengah plan untuk akikah Aryan jika ada rezeki nanti :)



ulang tayang masak. ni semalam. mak masak semula gulai ayam campur rebung sebab anakanda dah nak balik Shah Alam semula hehe. pastu Alya kemain puji uwan masak sedap. tengok, cucu puji terus dapat makan sedap2 kannn .. pandai Alya bodek uwan ehhhh ..

ni ayam kampung, memang mak ada bela banyak juga rasanya. senang nak buat gulai bila teringin. dagingnya sedap, manis. pastu rebung plak mak amik kat bendang. wah bendang poyo je bunyik - sawah benornya. sawah terbiar tu banyak pokok buluh tumbuh. rasanya mak masamkan rebung ni dulu. masam tu macam rebus dulu kalo tak silaplah. bagi tahan lama or nak hilangkan miang - pepandai je aku nihhhh hahaha :))))


lepas makan siap-siap, kami bertolak awal sebab takut nak mikirkan jalan sesak. dah la bawak baby, tak koser nak meraung dalam kete hahahaha. nasiblah jalan clear takdelah jammed bagai and everything going smooth Alhamdulillahhh :)).

Aryan tido lepas minum susu masa cuci kete kat K Pilah. biasalah balik kampung wajib tayar cium tahi lembu katanya hahahahha so gi cuci dulu buang segala sampah sarap. bagi cun baru best nak travel kann :)

balik ni pon singgah RnR Seremban belikan donut untuk puteri tersayang hehe :) dia memang suka donut. bagus nak, makanan yang mengenyangkan ni makan sekotak pon mama tak marah hehehe :))


hehehe ni dah selamat sampai di rumah kami. legaaaa .. tapi bila pandang kain-baju terus kakton pitam kejap hahaha ..

settlekan apa yang patut sebab mata berpinar tengok benda bersepah. budak-budak ni dah mandi dah minum susu memang terus tido je. aman sekejap kakton nak mengemas. pukul 2 pagi baru settle and dapat tido.

alololo comeinya buah hati mama nihh .. I love you sayangggg .. thanks becoz being a good children :))


yang ni memang mintak digeget jer huhu .. geram sangat-sangat hehe :))


cik abe balik esok, Rabu malam. seminggu kejap je rasanya dia gi trip. kali ni bussiness trip untuk company. jangan kena keje kat sana sudahh huhuhu.

bye. esok kakton update cotton pulak ehh

Thursday, September 12, 2013

Cotton Vietnam - still available

Hai pencinta cotton.
sori sangat2 lambat update. kat fb dah update tapi kat blog biasalah lambat beno nak upload dari note.
okay, jom tengok stock yang masih available belom dipinang orang :))

kalo berminat jangan memalu nak call/sms/wassap I 012 228 1418. untuk bertanyakan cotton sahaja okay, pertanyaan lain-lain tidak akan dilayan wahahaaaa :))

Harga RM75.00 tidak termasuk postage.






yang ni pula designer cotton RM85.00


yang di bawah ni untuk clearance hanya RM60.00 sahaja (tidak termasuk postage).



Tuesday, September 10, 2013

Cotton from Vietnam - new stock 10.06.2013

Hello pencinta cotton semuaaaa :)
Hari ni ada new stock lagi.

Insyaallah akan update secepat mungkin *bergantung pada balance hehe*
kalo nak cepat boleh add kat fb Hani Azhar
itupun untuk yang nak beli cotton sahaja, pertanyaan lain-lain tak dapat dilayan harap maaf  *macam poyo je phrase nih ehh*

or sms 012 228 1418 *sms untuk bertanyakan cotton sahaja*

thanks semua ..

love you all :)

Hani aka kakton cotton :))

Our sweethearts :)

Ni semalam. kebetulan Alya demam, selsema - dah musim kot. bawak gi klinik deduanya, maknya kenalah cuti. nasib cuti banyak lagi. kesian anak-anak mama selsema. sok sek sok sek termasuklah si kecik ni. tapi syukurlah budak demok ni tak meragam. Alhamdulillah hero mama ni memang good boy.

pastu tanya doc kot boleh inject 3 months alang-alang dah ke klinik. yelah patut 10.9, hari ni. takpe je awal sehari. budak demok ni diam je kena inject sampai maknya pelik siap belek-belek. budak ni mengekek je gelak kena agah siap doc dukung bawak jalan-jalan keliling klinik hahaha. I love you Aryan such a good boy. muntah orang kalo baca haha asik muji anak sendiri je kannn :)


yes, 2 orang buah hati mama. 2 orang buah hati papa. inilah kebahagiaan hakiki buat kami. orang tak tanya duit berjuta tapi bila jumpa soalan wajib "anak berapa orang?" "anak lelaki/perempuan?" "umur anak berapa?"

see, ada ke jumpa kawan-kawan ke orang ke terus tanya "bape juta duit nko dalam bank?" ada?? gila nak tanya soalan gitewww hahahaha ..

Monday, September 9, 2013

Update; our weekend ..

Salam semua.
Dalam kesibukan hujung minggu dengan plan yang bermacam-macam tapi hampeh hahaha. beria plan itu ini lastly pukul 12 tengahari baru nak kuar rumah!
itulah dia janji Melayu katanya hehehe.
Ye, Sabtu Ahad lepas memang jadual penuh. kalo ikutkan cik abe, macam-macam tempat dia nak pegi redah. dah la hari hujan pastu jalan sesak hishh tak koser kakton ehehe :)
pagi-pagi I dah bangun berkemas. yelah being mak-mak ni ingat boleh ke bangun Subuh gajah?? haha tidaklah jawabnya. pagi-pagi dah masukkan 1 trip kain dalam mesin basuh. sambil tunggu mesin putar kain, sempat buat breakfast. roti telur. senang ya amat. amik telur 3 biji, kacau bagi rata. amik roti gardenia, potong 3. potong 4 segi pon comei gak. buh garam ngan white pepper pastu masukkan roti yang dipotong tadi. goreng dalam minyak yang panas. sedapppp. lagi sedap cecah ngan kuah sardin. tapi kakton takde kuah sardin so makan gitu je laaa .. senang dan sedap serta cepat :)


lepas dah siap berkemas, baru la siap putera puteri I nih. memang dah jadi kebiasaan sejak Alya lahir lagi, kalo nak keluar berjalan ke mana-mana memang siapkan dia dulu baru mak paknya hehe. senang takdelah terpekik terlolong nanti. pas dorang dah siap, baru mak pak mandi dengan aman hihi.

then terus ke UITM Shah Alam sebab adik cik abe register hari ni. lepas check apa yang patut 2 kereta terus shoot ke JJ Bukit Raja sebab nak beli barang2 keperluan yang tak cukup lagi. pastu patah balik gi lunch. dah settle segala tengok jam dah pukul 5, terus patah masuk UITM semula hantar adik ipar. bye-bye terus kitaorg shoot gi Seremban meredah jammed dan hujan lebat aiyooo :)

*ni budak demok nih?? dia tau apa, tido je kejenya :))


ehh tetiba dah bangun. masa ni dah sampai Seremban. jalan jammed giles. sabar je la. dah cik abe beria nak gi beraya ke rumah kawannya kan :) sabarlah banyak-banyakkkk :))

Aryan skang dah pandai sembang-sembang dalam bahasa Jerman laaaa .. suka di ajak sembang pastu dia gelak mengekek minta digeget wohaaaa geramnyaaaa ..


kat sini makan nasi berlaukkan daging salai. okay, berbaloi 2 jam dari Shah Alam :) sedap, cik abe 2 kali tambah sebab bini pon tumpang sekaki :)


dalam pukul 9 kami gerak balik. yelah ada baby ni takkan nak berjimba sampai tengah malam plaks kann .. tengok budak ni mood baik sampai esoknya, Ahad. gelak mengekek je. sukanya dia dapat berjalan ye? ngikot sapa la nihh *pandang diri sendiri*


Mama love you Aryann .. Alya alsoo :)) love love love both of you :)


Ahad. wahh macam diari plak dahhh .. hehe. macamlah orang baca hehe .. hari ni ada jemputan. 2 jemputan. 1 ke kenduri kawen trainee kat ofis. 1 lagi open house my besties. hehe open house di penghujung Syawal namanya. boleh je kakton :)

Okay, terus ke kenduri sebab nak kena balik awal. petang pak mertua nak datang ke rumah plak. sungguh kelam-kabut kakton. tapi sempat je makan 2 pinggan kat kenduri. dasar perut jin kikikiki :) sempat bergambar ngan pengantin. abaikan kakton yang gemok tu. hhaahahaa :)



budak demok nih?? apalagi kalo bukan hobi nombor 2 dia - tido. hobi nombor satu ofkos shushuuuuuuu :))


pas amik gambau, laju-laju gerak ke kereta sebab hari dah nak hujan. terus shoot ke Gombak plak. serius kena cepat-cepat nih. semput kakton hehe :)

kat rumah Nat, ada nasi ayam. sedappp. apa tak sedapnya, tokei nasi ayam katanya kannnn. ofkos le sedap. makan lagi sepinggan. abih bila kau nak kurus ni kakton???? :)))


sempat snap picas anakanda berdua nih - Aryan & Raisha. mereka ni beza 2 hari je lahirnya. patutnya Raisha lahir awal Julai tapi masa maknya datang visit Aryan kat sepital, terus sakit nak beranak. konon nak gang lah nihh .. okay jangan bercinta tauuu hahahha *bongok ..


okeh sekian aktiviti Sabtu dan Ahad kakton *macam ada orang kisah kan???*

Friday, September 6, 2013

Cotton on wear - so sweet :)

Wah wahh hari ni seronok sangat tengok customer melaram dengan my cotton. pastu kelakar pulak kesemuanya macam pakat-pakat nak memakai kurung corak paisley. nasib baik warna lain-lain kalo tak confirm boria hehehe :)

but, I love you all lahhhh sangat-sangat. happy bila tengok dorang melaram dengan cantiknya baju dari cotton yang I jual. ni kesemuanya stock before puasa dulu. 

nih baru 3 orang yang share dengan I, yang lain-lain belum lagi. kalo ada, ofkos I akan letak kat sini. and pada yang kebetulan beli cotton and dapat free shawl tu I harap u suka ehh ;)

and, pada yang lain-lain pon still boleh continue dengan my blog kalo nak tengok stok cotton akan datang. stok sekarang pon dah tinggal sket, yang clearance pon tinggal 4 pasang aje lagi Alhamdulillah. harga dah murah sangat dah tu. kalo nak murah lagi dari harga I jual nih, minta maaf sangat2 sebab untung pon bukan juta-juta ehehe :)

anyway thanks pada yang membeli. thanks juga pada silent reader yang beli dari blog ni. thanks sebab sudi singgah blog Hani and beli. nak sebut nama macam tak bagus plak hehe sebab privacy kann ;)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...