Wednesday, May 8, 2013

Newborn; bedding

Salam .. mesti tak habis lagi cite PRU13 kan? haha malasnya nak buka FB sebab asik lah nampak wall yang tak abih-abih tulih komen mengalahkan YB yang menang / kalah haha.

I mengundi di Sri Damansara, sebab tak tukar alamat rumah lagi. kali kedua mengundi di sana. rasanya nak tukar ic baru and alamat baru. tak koser nak mengundi sana sebab calon pon tak kenal sape hehe. baik undi calon yang familiar kann :) aha jari still ada saki baki dakwat biru. tak koser nak menenyeh beria. atleast ada lew bukti I pegi mengundi dari orang yang pung pang pung pang hampeh tak mengundi rupanya hikss :)

okay, Isnin dapat cuti dari Tan Sri Khalid as MB Selangor previous. so still boleh digunapakai and valid. Selasa pon I cuti jugak, ni cuti sendiri hikss. tak larat nak keje, kaki still bengkak. so lepak kat rumah je and kemas apa yang patut. barulah teringat nak check barang-barang baby. hubby pon cuti, nak rehat katanya. dah la hari hujan je sehingga ke malam.

kebetulan minggu ni hubby ke Bukit Tinggi untuk team building company sehingga Isnin. pastu nextweek outstation pastu end month pon ada trip. ehh bilanya nak dok umah nih? aha memang kena kerahlah siap-siap suh fix baby cot semalam. baru je amik lastweek. yang ni memang beli baru sebab Alya punya patah kat bahagian tepi masa pindah hari tu. hubby kata beli baru je la sebab tak tau nak cari kat mana kedai yang boleh repair. yang ni beli solid wood, tahan lama harap-harapnya hehe. harga? reasonable idak lew beribu. hehe.


aha I still maintain dengan bumblebee sebab suka dengan brand ni. pillow, bolster, cover, quilt and mattress memang beli semua under bumblebee. since Alya dulu pakai brand ni, memang tahan lama. bayangkan dah 5 tahun pon sarung bantal Alya masih cantik takde berbulu or kutil-kutil or tercabut benang ke. kain memang cotton 100%. kalo mattress plak memang 100% latex. even a bit pricey berbaloi. sarung bantal kalo nak murah beli time warehouse kat Sogo. mattress pon beli time sale. playpen mattress tu beli standby kot nak bawak ke rumah babysitter nanti.


pastu buka semua tag kat baju, kat blanket, towel sebab cuci tangan. cuci tangan ni semua hubby yang tolong. I mana la larat dok dalam bilik lama-lama. nak bersila pon paha dah gemok hehe. so tengkiu to hubby yang banyak sangat membantu :) first time ni je cuci tangan haha lepas ni campak je dalam mesin tapi make sure jangan campur cuci dengan baju mak pak. tu petua yang I amalkan since Alya lagi and baju-bajunya memang tak rosak or kembang kat leher. baju cuci asing-asing and kalo perlu masukkan dalam net cover. net cover tu boleh beli kat Giant or Cosway. I beli kat Cosway dapat 2; satu kecik satu besor. net cover ni fungsinya macam melindungi baju-baju yang baru and lembut tu la kot. atleast taklah jadi kasar or tercabut butangnya.

Alhamdulillah rezeki baby A sama seperti Alya dulu, berjalan lancar dan dipermudahkanNya :) almost complete. ada beberapa barang je belum sempat nak beli. rasanya before end May kena beli juga.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...