Thursday, May 23, 2013

Happy Birthday to my hubby :)

Salam.
Dah tulih panjang-panjang pastu delete kihkihkih. malu konon nak wish besday kat hubby sendiri ehh apatah hehe :)

Happy Birthday buat hubby tercinta. serius, I ni mana lew reti beromentik-romentik. maluuuuueww :)) Entry ni special buat hubby yang I sayangi. jarang I luahkan perasaan pada hubby dan dia pon sama. dulu before kawen pon celebrate ala kadar je, bagi kad / beli kek / hadiah perfume, jeans or kasut. sampailah kawen pon macam tu gak. dinner kat mana-mana special treat la konon kann. penah gak beli kek, suprised kan hubby yang masa tu masih bergelar tunang I, suprised dalam kete je, menjadik hokkayy. tu dulu, citer 6-7 tahun lepas hahaha. bila dah kawen ni adakalanya memasing buat-buat lupa. saja nak balas dendam konon sebab terlupa belikan hadiah so next birthday memang buat tatau aje, boleh gitu ahhahaha :) sengal.

tapi birthday celebration ni bukan kemestian pon. ukan menjadi budaya kita pon. tetapi ingatan dan pemberian ikhlas mungkin menjadi satu kenangan manis buat sesiapa saja yang istimewa dalam hidup kita kan :D dan tidak salah kita tunjukkan rasa menghargai dia yang kita sayangi, kan? :D

tahun ni birthday I pon celebrate just makan-makan, dapatlah perfume. kira okaylah, hubby still ingat birthday I and ada kesungguhan bawa gi dinner tempat yang I suka hehe. tq hubby. ehh ni cite pasal besday I ke birthday laki nihh?? hahaha gile koser sungguh nak juga selit cite pasai I.

Happy birthday buat hubby, Azhar (23.05 - Khamis). umur? rahsia kot wakaka gediks. semoga Allah melindungi dan memberkati kehidupan abang, dikurniakan kesihatan yang baik, diluaskan rezeki sebagai ketua keluarga, menjadi suami yang terbaik dan papa yang penyayang serta bertanggungjawab seperti sekarang - Alhamdulillah. I tak reti nak memuji hubby sendiri tetapi I cukup bersyukur atas jodoh kita Insyaallah :)

seperti tahun-tahun sebelum ni, I still buntu nak bagi hadiah apa hehe. kasut sudah, wallet sudah, jeans sudah, baju? dah biasa sangat. duit? err duit tak ramai plak nak bagi - takkan nak bagi rm50? hehe. macam duit raya je plak. kek? I juga yang tukang perabih nanti haha. lagi-lagi-lagi nak beli apa nihh? hehe serius dah seminggu dok mikir tau. kadang-kadang gi tanya kat kawan-kawan tapi macam tak membantu sangat. hishh taste laki sendiri gi tanya kat orang memang merepek namanya haha.

but, Alhamdulillah rezeki dan kebetulan yang tidak dirancang :) macam lagu dulu-dulu "sesuatu yang tak dijangka, seringkali mendatangi kita - inikah suratan atau kebetulan" ecehehee bagi can la kat I nak jiwang sikit hehe. kata besday laki kannn :)

ya, rezeki Allah tiada siapa yang menduga. kali ini betul-betul istimewa buat hubby. mungkin hadiah istimewa atas usaha dan niat yang baik. rezeki dari Dia juga buat hubby yang baik budi :) even downpayment hubby yang bayo tapi I tetap nak kata terimalah hadiah yang tak seberapa ni untuk abang okehh hehehe hadiah untuk diri sendiri la kiranya hehe :) boleh gitewww?? love you deep deep.

tak sangka the new ride nih boleh dapat 2 hari before besday hubby. good timing yeahhh. so ni consider hadiah besday ye bang :) dari I - wife you yang comel kikiki tak aci ke? takpe, nanti ada lew hadiah lain *kedip-kedip mata 88 kali* kikiki

I love you abang :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...