Friday, May 3, 2013

My girl; Alya Nur Zahra ..

Alololo sukanya budak nihhh .. dah berzaman papanya janji nak belikan gadjet, Rabu lepas baru berkesempatan membeli. itu pon selepas mama suh Alya berjanji itu ini begitu begini jangan itu jangan ini hahaha mama kan ala ala komunis giteww ..

tak survey mana-mana pon just straight to the point gi ke The Store Sg Buluh. kat situ dah macam hub gadjet henpon dahhh .. gila ramai orang. Rabu lepas kan cuti hari pekerja. tu je masa yang lapang, papa pon cuti. kalo tak jangan haraplah nak ke sana sini sebab Sabtu papa keje sampai lewat malam. Ahad pon ada je aktiviti mama or papa. kesian Alya, tunggu bape bulan barulah mendapat. takpe, because she always being good and nice girl, she deserved it. ecehecehh sapa lagi nak puji anak sendiri kalo bukan maknya? nak termuntah? silalah amik baldi cepat-cepat tau hahaha.

beli ipad yang boleh tengok upin ipin, games, download lagu, facebook bla bla bla harga tak sampai rm500 pon complete dengan 8G, cover pastu dapatlah percuma 4G memory card. okaylah tu kot.

tengok anak senyum sampai ke telinga, papa pon bahagia hehe tambah bahagia bila anak kesayangan say "thank you papa i love you" ahaaa terus tanya nak beli apa lagi hihihihi

nasiblah baru sorang anakanda, kalo berderet idok lew teman nak ngikot kehendak anak khenss :)) anak zaman sekarang terlalu dimanjakan, hidup mewah, makan sedap, pakai cantik wahh giteww Alhamdulillah tetapi mamanya sentiasa ingat akan permulaan hidup yang serba sederhana dahulu kala, jadi tidaklah terlampau mengikut kehendak anak. mana yang wajar mungkin dipertimbangkan juga. mana yang tidak berkepentingan, aha harus ditimbang tara berkali-kali :)


ya, anak kesayangan mama. peneman setia mama. setia sepanjang masa di sisi mama. ke sana ke mari dengan mama. Alhamdulillah, Alya membesar sehingga hari ini dengan bijak, sihat dan keletah malah ceria. walau mama garang tapi dia sendiri tahu mama buat yang terbaik untuk dia Insyallah :)


homework. ye Alya lefthanded :) masa ni memang pulun kena marah sebab dah lewat malam baru nak buat homework. kadang-kadang geram juga. tapi siap juga lepas kena tiaw ngan mamanya haha. so far tulisan ada improvement, boleh dibaca.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...