Friday, May 24, 2013

Birthday treat for my hubby :) and Laman Grill dinner

Birthday treat for my lovely hubby, 23.05.2012.


Tak tahu nak makan kat mana. nak ikot tekak bini ke tekak besday boy? wakaka pastu pening nak pilih tempat. lastly kami read:saya yang decide ke Laman Grill di Seksyen 13 Shah Alam aje la. dah lama nak try makan kat sini tapi tatau bila nak jejak. hubby bukan penggemar western food, dia budu food je yang boleh telan haha.

salah satu sebab pilih makan kat area ni bila mana hubby nak kena rushing packing baju sebab pukul 3 kena get ready kat airport - nak gi Krabi ;(. so area ni je yang dekat dengan rumah, kira okay la kann :)

not bad, restro ni simple deco and selesa. orang pon boleh tahan ramai but still ada table. Alhamdulillah.
pastu time nak order hubby dah senyum senget tengok menu. hahaha dah faham sangat. pastu dengar soalan dia "nasi takde?" wakaka nasib baik nampak nasi goreng seafood. okay selamat. yelah besday boy nak makan nasi takkan bini yang hover order yang lain pulak ikot sedap tekak kan?? haha

okay, nasi goreng seafood - sedap. tak menyesal order and hubby kata "good" haha nasib dia tak request "budu please" wakaka :) ehh ampun bang :))


pastu side order mashed potato. serius sedap. tak menyesal order. menyesal order 1 je hehe. next time memang kena order nih.


ahaaaa yang ni dah lama dok ngidam nak makan caesar salad. asik nengok kat blog kawan-kawan je. ada yang suggest kat Delicious saladnya sangat sedap tapi masalahnya kat mana Delicious tu? Shah Alam takdo huhuhu *sedih* tapi akhirnya dapat juga makan kat Laman Grill Alhamdulillahhhh :). sedap sangat - fresh. nanti pegi nak order lagilah hehe :)


well well I order creamy carbonara seafood. sedap. kalo suh bagi bintang I boleh bagi 9/10 wahh giteww. sedap okehh very creamy. yum yumm :)


ada order onion ring jugak. pon sedap. eh semua sedap lahhh .. nampak macam light and easy kan tapi perut kenyang sangat. lupa nak snap gambo air - order chocolate latte, iced lemon tea and watermelon juice. nak ambik gambo pon segan hokehhh kang dikata mental wakakakaka :)

Thursday, May 23, 2013

Happy Birthday to my hubby :)

Salam.
Dah tulih panjang-panjang pastu delete kihkihkih. malu konon nak wish besday kat hubby sendiri ehh apatah hehe :)

Happy Birthday buat hubby tercinta. serius, I ni mana lew reti beromentik-romentik. maluuuuueww :)) Entry ni special buat hubby yang I sayangi. jarang I luahkan perasaan pada hubby dan dia pon sama. dulu before kawen pon celebrate ala kadar je, bagi kad / beli kek / hadiah perfume, jeans or kasut. sampailah kawen pon macam tu gak. dinner kat mana-mana special treat la konon kann. penah gak beli kek, suprised kan hubby yang masa tu masih bergelar tunang I, suprised dalam kete je, menjadik hokkayy. tu dulu, citer 6-7 tahun lepas hahaha. bila dah kawen ni adakalanya memasing buat-buat lupa. saja nak balas dendam konon sebab terlupa belikan hadiah so next birthday memang buat tatau aje, boleh gitu ahhahaha :) sengal.

tapi birthday celebration ni bukan kemestian pon. ukan menjadi budaya kita pon. tetapi ingatan dan pemberian ikhlas mungkin menjadi satu kenangan manis buat sesiapa saja yang istimewa dalam hidup kita kan :D dan tidak salah kita tunjukkan rasa menghargai dia yang kita sayangi, kan? :D

tahun ni birthday I pon celebrate just makan-makan, dapatlah perfume. kira okaylah, hubby still ingat birthday I and ada kesungguhan bawa gi dinner tempat yang I suka hehe. tq hubby. ehh ni cite pasal besday I ke birthday laki nihh?? hahaha gile koser sungguh nak juga selit cite pasai I.

Happy birthday buat hubby, Azhar (23.05 - Khamis). umur? rahsia kot wakaka gediks. semoga Allah melindungi dan memberkati kehidupan abang, dikurniakan kesihatan yang baik, diluaskan rezeki sebagai ketua keluarga, menjadi suami yang terbaik dan papa yang penyayang serta bertanggungjawab seperti sekarang - Alhamdulillah. I tak reti nak memuji hubby sendiri tetapi I cukup bersyukur atas jodoh kita Insyaallah :)

seperti tahun-tahun sebelum ni, I still buntu nak bagi hadiah apa hehe. kasut sudah, wallet sudah, jeans sudah, baju? dah biasa sangat. duit? err duit tak ramai plak nak bagi - takkan nak bagi rm50? hehe. macam duit raya je plak. kek? I juga yang tukang perabih nanti haha. lagi-lagi-lagi nak beli apa nihh? hehe serius dah seminggu dok mikir tau. kadang-kadang gi tanya kat kawan-kawan tapi macam tak membantu sangat. hishh taste laki sendiri gi tanya kat orang memang merepek namanya haha.

but, Alhamdulillah rezeki dan kebetulan yang tidak dirancang :) macam lagu dulu-dulu "sesuatu yang tak dijangka, seringkali mendatangi kita - inikah suratan atau kebetulan" ecehehee bagi can la kat I nak jiwang sikit hehe. kata besday laki kannn :)

ya, rezeki Allah tiada siapa yang menduga. kali ini betul-betul istimewa buat hubby. mungkin hadiah istimewa atas usaha dan niat yang baik. rezeki dari Dia juga buat hubby yang baik budi :) even downpayment hubby yang bayo tapi I tetap nak kata terimalah hadiah yang tak seberapa ni untuk abang okehh hehehe hadiah untuk diri sendiri la kiranya hehe :) boleh gitewww?? love you deep deep.

tak sangka the new ride nih boleh dapat 2 hari before besday hubby. good timing yeahhh. so ni consider hadiah besday ye bang :) dari I - wife you yang comel kikiki tak aci ke? takpe, nanti ada lew hadiah lain *kedip-kedip mata 88 kali* kikiki

I love you abang :)

Wednesday, May 22, 2013

Laporan dari pencinta makanan tegar :)

Wahh lama tak update pasai makan. makan tetap makan walo perut meragam hehe. kejap masuk angin kejap macam kembung kejap sakit perut kejap sebu kejap sengal haha.

masak memang dah berminggu tak jejak dapo. ada tidaknya masak air haha. goreng kopok, goreng fries. semua yang segera-segera aje. kesian anak laki I haha dorang kena bertabah makan apa yang ada. kalo tidak bentang tikar kat kedai makan aje la ye sayang-sayang semua .. haha ..

okeh, ulasan makanan bersama Kak Ton ya :D mari mari rapat rapat sambil telan ailio kikikiki :)

nih breakfast masa launching Elmina di sales galeri Jumaat lepas. breakfast biasa je takde yang luar biasa. tapi air kaler pepel tu kalo tengok waktu tengahari terik memang mengancam. bencikkkk :))


pastu nih kebetulan larat juga masak tapi sempo ajek la. ni pon sebab MC 2 hari lastweek sebab semput. nak kuar drive gi kedai makan amatlah tak terdaya, dengan panas terik mentari ohhh baiklah akak masak aje hatta goreng telo sempoi. janji dapat isi perut kannn :)


pastu goreng ikan bilis buat sambal cili api pedas-pedas sampai tercirit. tapi takdelah jadi geng cik jam. pedas sikit la. janji sedap di makan dengan nasi panas-panas. ohh time nih rindunya dengan masakan mak kat kampong. ohh gulai ikan sembilang aku rindu padamu, sungguhhh :))


tengok, demam tak demam semput tak semput tetap masak. tetap ada budu hehe. selera makan terbukak juga. Alya pon sama, siap cakap " dah lama tak makan yang mama masak kan?" sedihnya mama, mama tak larat sayangg :((


ni nasi penyet wong solo seksyen 7. kebetulan ke sana lastweek. sejak preggy nih dah bape kali jamu tekak kat sini, memang sedap. lagi pedas lagi sedap pastu tercirit hahaha. sambalnya fuhh mengancam jiwa raga betol.


last but not least ecehecehh .. western plak. asik makan lauk kampong je ahahhaa jom try western konon lahh .. ni restoren yang baru dibuka kat kawasan rumah. masa pegi ke sana memang penuh, confirm sedap nih kot. rasa dah dibuka since 2 bulan lepas. tapi lastweek baru berkesempatan nak singgah try test makanan kat sana. hubby order nasi goreng sotong. macam biasa tekak desa kann haha sopan sikit bunyi kann. gi kedai western order nasi goreng kampong? ekeke sungguh humble hubby I kannn :)

pastu sebab I dah lama teringin nak makan lamb chop, fish n cip, lobster bla bla bla tapi kali ni I try yang simple dulu - fish n chip. yelah 1st time try kena cari yang biasa-biasa dulu kang overated terus frust hehe. Alhamdulillah sedap. fish fillet besar terkejut I hehe. cukup 3 orang makan. sedap, rangup. fries plak takyah komen biasa aje sama macam fries mekdonel hehe. I bagi 7 bintang dari 10 okehh :)


okay, sekian laporan makanan untuk seminggu yang lalu. bersama Kak Ton pada minggu hadapan pula. selamat bertemu kembali *mode sengal* :))

Saturday, May 18, 2013

Cotton from Vietnam - available stock

Salam ..

Kepada pencinta cotton :)

Update:

Antara stok yang masih ada.
Cotton batch ni RM70.00 excluding postage. Kain yang lebih berkualiti, lembut dan tidak keras kejung :).
Corak pon cantik-cantik.












ahaaa cun melecun kann? so apalagi jom lew shopping. harga masih mampu milik ye. and, sapa cepat dia dapat sebab stock tak banyak. lepas batch ni rasanya Hani akan stop dulu bisnes cotton sebab nak cuti 2 bulan. jom abiskan stok yang adaaaaa :)

happy shopping ya friends :)

Cotton batch 17.05.2013 2nd batch RM65.00

Salam. Yang ni update untuk 2nd batch cotton, range biasa. 
Cotton yang ni harga RM65.00 tidak termasuk postage.


yang nih contoh bila dah jadi baju kurung, cantik kan??? comel macam Kak Ton kannn :)








Anything nak tanya or nak booking boleh contact Hani 012 228 1418 ya.
Happy shopping :D

Wednesday, May 8, 2013

Pencinta makanan kembali lagi ..

Holaaaa .. dah petang-petang gini, pastu ditambah cuaca yang kejap mendung kejap hujan renyai-renyai err laparrrrr .. pastu bantai godek gambo dalam note haha padan muka sapa suh tengok kan dah lapar .. haha ..

nih goreng keropok lekor yang hubby sempat beli masa balik K Krai minggu lepas. nasib baik kedai keropok tak tutup sepanjang waktu mengundi hehe kalo tak melopong akak tak merasa keropok lekor. sedap. ada yang kata keropok lekor tok beng terengganu sedap hebat terbaik tapi akak belum penah rasa so tatau hebatnya. yang ni pon dah sedap gile so Alhamdulillah dapat juga merasa kann :)

jangan lupa nescafe sechawennnn :) nikmatNya rezeki ini :))


ni rojak buah. kalo tak tahu sila google kihkihkih. beli kat Aimar Charkuetiew masa tunggu hubby sampai dari Krai malam Isnin lepas. makan kat mekdi. terer kak ton kannnn hehe :) sedap.


dah bape minggu tak masak. memang pulun makan kat kedai je. selera pon kadang mengada. nak makan sate la nasi ayam la singgang ikan la. pastu skang suka makan singgang ikan siakap. ada satu kedai ni kat area rumah memang sedap singgangnya. dah 2-3 kali makan memang menepati citarasa I. so semalam memasing kemalasan nak keluar sebab cuaca mendung gitew so hubby gi beli and masak kat rumah aje la. jemput makan :) tu bendi yang hubby tanam, dah boleh petik so rebus buat ulam cicah ngan budu. gitewww :))

Newborn; bedding

Salam .. mesti tak habis lagi cite PRU13 kan? haha malasnya nak buka FB sebab asik lah nampak wall yang tak abih-abih tulih komen mengalahkan YB yang menang / kalah haha.

I mengundi di Sri Damansara, sebab tak tukar alamat rumah lagi. kali kedua mengundi di sana. rasanya nak tukar ic baru and alamat baru. tak koser nak mengundi sana sebab calon pon tak kenal sape hehe. baik undi calon yang familiar kann :) aha jari still ada saki baki dakwat biru. tak koser nak menenyeh beria. atleast ada lew bukti I pegi mengundi dari orang yang pung pang pung pang hampeh tak mengundi rupanya hikss :)

okay, Isnin dapat cuti dari Tan Sri Khalid as MB Selangor previous. so still boleh digunapakai and valid. Selasa pon I cuti jugak, ni cuti sendiri hikss. tak larat nak keje, kaki still bengkak. so lepak kat rumah je and kemas apa yang patut. barulah teringat nak check barang-barang baby. hubby pon cuti, nak rehat katanya. dah la hari hujan je sehingga ke malam.

kebetulan minggu ni hubby ke Bukit Tinggi untuk team building company sehingga Isnin. pastu nextweek outstation pastu end month pon ada trip. ehh bilanya nak dok umah nih? aha memang kena kerahlah siap-siap suh fix baby cot semalam. baru je amik lastweek. yang ni memang beli baru sebab Alya punya patah kat bahagian tepi masa pindah hari tu. hubby kata beli baru je la sebab tak tau nak cari kat mana kedai yang boleh repair. yang ni beli solid wood, tahan lama harap-harapnya hehe. harga? reasonable idak lew beribu. hehe.


aha I still maintain dengan bumblebee sebab suka dengan brand ni. pillow, bolster, cover, quilt and mattress memang beli semua under bumblebee. since Alya dulu pakai brand ni, memang tahan lama. bayangkan dah 5 tahun pon sarung bantal Alya masih cantik takde berbulu or kutil-kutil or tercabut benang ke. kain memang cotton 100%. kalo mattress plak memang 100% latex. even a bit pricey berbaloi. sarung bantal kalo nak murah beli time warehouse kat Sogo. mattress pon beli time sale. playpen mattress tu beli standby kot nak bawak ke rumah babysitter nanti.


pastu buka semua tag kat baju, kat blanket, towel sebab cuci tangan. cuci tangan ni semua hubby yang tolong. I mana la larat dok dalam bilik lama-lama. nak bersila pon paha dah gemok hehe. so tengkiu to hubby yang banyak sangat membantu :) first time ni je cuci tangan haha lepas ni campak je dalam mesin tapi make sure jangan campur cuci dengan baju mak pak. tu petua yang I amalkan since Alya lagi and baju-bajunya memang tak rosak or kembang kat leher. baju cuci asing-asing and kalo perlu masukkan dalam net cover. net cover tu boleh beli kat Giant or Cosway. I beli kat Cosway dapat 2; satu kecik satu besor. net cover ni fungsinya macam melindungi baju-baju yang baru and lembut tu la kot. atleast taklah jadi kasar or tercabut butangnya.

Alhamdulillah rezeki baby A sama seperti Alya dulu, berjalan lancar dan dipermudahkanNya :) almost complete. ada beberapa barang je belum sempat nak beli. rasanya before end May kena beli juga.

Friday, May 3, 2013

My girl; Alya Nur Zahra ..

Alololo sukanya budak nihhh .. dah berzaman papanya janji nak belikan gadjet, Rabu lepas baru berkesempatan membeli. itu pon selepas mama suh Alya berjanji itu ini begitu begini jangan itu jangan ini hahaha mama kan ala ala komunis giteww ..

tak survey mana-mana pon just straight to the point gi ke The Store Sg Buluh. kat situ dah macam hub gadjet henpon dahhh .. gila ramai orang. Rabu lepas kan cuti hari pekerja. tu je masa yang lapang, papa pon cuti. kalo tak jangan haraplah nak ke sana sini sebab Sabtu papa keje sampai lewat malam. Ahad pon ada je aktiviti mama or papa. kesian Alya, tunggu bape bulan barulah mendapat. takpe, because she always being good and nice girl, she deserved it. ecehecehh sapa lagi nak puji anak sendiri kalo bukan maknya? nak termuntah? silalah amik baldi cepat-cepat tau hahaha.

beli ipad yang boleh tengok upin ipin, games, download lagu, facebook bla bla bla harga tak sampai rm500 pon complete dengan 8G, cover pastu dapatlah percuma 4G memory card. okaylah tu kot.

tengok anak senyum sampai ke telinga, papa pon bahagia hehe tambah bahagia bila anak kesayangan say "thank you papa i love you" ahaaa terus tanya nak beli apa lagi hihihihi

nasiblah baru sorang anakanda, kalo berderet idok lew teman nak ngikot kehendak anak khenss :)) anak zaman sekarang terlalu dimanjakan, hidup mewah, makan sedap, pakai cantik wahh giteww Alhamdulillah tetapi mamanya sentiasa ingat akan permulaan hidup yang serba sederhana dahulu kala, jadi tidaklah terlampau mengikut kehendak anak. mana yang wajar mungkin dipertimbangkan juga. mana yang tidak berkepentingan, aha harus ditimbang tara berkali-kali :)


ya, anak kesayangan mama. peneman setia mama. setia sepanjang masa di sisi mama. ke sana ke mari dengan mama. Alhamdulillah, Alya membesar sehingga hari ini dengan bijak, sihat dan keletah malah ceria. walau mama garang tapi dia sendiri tahu mama buat yang terbaik untuk dia Insyallah :)


homework. ye Alya lefthanded :) masa ni memang pulun kena marah sebab dah lewat malam baru nak buat homework. kadang-kadang geram juga. tapi siap juga lepas kena tiaw ngan mamanya haha. so far tulisan ada improvement, boleh dibaca.

Newborn; at 32 weeks :)



Ehemmm .. 32 weeks. lagi 6 minggu lebih kurang. err takutnya. hehe. 
berdebar pon ada skang. macam-macam difikirkan. antaranya, boleh ke bersalin normal? atau cser juga kali ni? baby okay ke? cemana rupa baby? wahaha semua dalam fikiran.  

persiapan? kali ni macam blur. dah print checklist for newborn tapi blur jugak. rasa macam dah beli ehh belum eh sudah eh tak payah. hahaha. pastu tatau nak beli apa dah. bila tengok rasa macam sikit je barang-barang baby. sian baby A ni, dapat mama tetiba blur hehe.

stroller dah dapat, babycot baru amik Rabu lepas, baju-baju lom basuh. toiletries dah beli sikit. barut pon dah beli. pencuci baju baby pon dah beli. diapers dah beli sikit. botol susu pon dah beli. mitten, booties pon dah beli. gatai juga tangan nak menambah baju or mitten. blanket, towel, wet tissue pon dah beli.

mai tolong check apa yang patut I beli lagi? rasa blur sungguh kali ni. lepas 5yrs rasa macam 1st pregnant plaks hikss mengada namanya nihh .. hehe :))

ohh carrier maxi cosi yang masih belum sampai. err middle may katanya. hishh tak sabar nihh :)

sekian,

mama yang blur :D

Pencinta makanan kembali lagi :)

Salam. Dah lama kita tak berbual mesra kan? ececehhhh macam borak kat tingkap dapo je kan haha. yelah, update pon pasal kain je lately. maklom I kan berbisnes kain cotton hehe. thanks pada yang telah membeli dari Hani. harap berpuas hati dengan kain yang telah diterima, boleh buat baju raya. okay hari ni jom kita berbual mesra pasal benda lain pulak. benda lain pon tak lain tak bukan pasai makanan. maklom I kan pencinta makanan yang tegar hikss ..

dah hampir 2 minggu rasanya tak masak. kalo masak pon goreng simple-simple je. yelah, skang dah 32weeks. kaki bengkak macam gajah. memang surrender nak dok lama-lama kat dapo. pastu backyard tengah berhabuk lagilah tak lalu nak masak. tingkap semedang kena tutup kalo tak confirm kena mengelap aje.

nasib baiklah my hubby amatlah bertolak-ansur dan tidak komplen saja-saja. dia faham isterinya yang comel ini memang tak larat. kalo boleh merangkak, memang merangkak gi masak. ni nak merangkak pon tak larat dahh hehe.

so paling senang, mudah dan cepat makan kat kedai je la. selalunya tapau nasi ayam kegemaran Alya. ada satu kedai makan yang boleh tahan sedap, murah dan cepat kat area kawasan rumah. so memang singgah kedai tu je la selalunya. makan nasi ayam dah kenyang. balik boleh tido hehe.

sesekali teringin nak makan tomyam ke seafood ke barulah ke restoren area Kg Subang. sana memang ada kedai favourite hubby.


yang ni lunch kat ofis. kari ikan bawal, sotong goreng kunyit, telur asin, nasi kesemuanya cuma rm8.00. murah khennss?? :)


Alya skang lepas amik kat school memang ikot mama gi opis. dia takmo ke rumah babysitter, malas nak bergaduh dengan dia so angkut lew mai ofis. janji dia tak bising-bising. nasiblah pantry kat bahagian belakang ofis and boleh ditutup so sesapa tak perasan pon Alya ada hehe. err harap2 boss-boss faham lew mak buyung dah tak larat. kang kalo hantar ke rumah mak (babysitter) lepas bergaduh, kena naik 1st floor, tukar baju, bagi dia makan siap-siap baru mama boleh masuk ofis. so mama tak larat dah nak ke rumah mak so bawak je la mai opis.

aha tido bawah meja mama hikss .. kat pantry ada sofa bagai tapi dia takmo. nasib masa ni boss takde. tido le nakk janji senyap jangan buat bising ehh :))


yang ni breakfast masa check up di SDMC. bihun goreng sempoi ngan telur mata. dulu macam kurang sedap tapi skang ada improvement, so asik mengulang makan bihun je la kalo gi sana hehe. tapi harga memang mencekik. macam gini RM7.00. haha nak buat cemana dah private hospital khennss :) nasib sedap. kalo tak sedap tak koser nak hadap makan kat sini.


err lapo pulak bila tengok gambau nih. nih set ikan kembong bakar. masa ni makan kat Tesco Extra Shah Alam. sedap ikan kembung tu. paling suka paisnya. gaul ngan nasi. siap ada air asam. set macam ni sekali ngan nasi, air sirap cuma RM9.90. kenyang, Alhamdulillah.


yang ni pulak minggu lepas teringin nak makan sate Meru. memang my favourite sate Meru. dah beberapa tahun jadi pelanggan tetap dorang tak kiralah order untuk rumah I or kat ofis. sedap, lemak tu yang bagi lebih sedap kot? lemak = gemok? hahahaha :D


okeh sekian update pasai makanan. I love foods. undilah makanan ehh tetiba :))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...