Ni citer Khamis minggu lepas hehe maklom cuti lama, blog pon tinggal gitew ajer. I skang kan pemalas, semua malas. ni terpaksa kerja sebab bukan kompeni atuk yang punya. kalo kompeni atuk, lama dah cuti dok terbongkang kat rumah. ishh bestnya kalo atuk ada kompeni :) gila berangan.
Khamis lepas, masa amik Alya, dia asiklah cakap "kesian saya mama takde ke mana-mana" asiklah ulang 10 kali sampai maknya rasa sebak sangat. kesian dia, memang tak bawak gi cuti or jalan-jalan pon. paling grand pon gi IKEA. kesian kan? lagi kesian kat maknya ni haaa :( abih dah papa asik keje keje keje keje kejekan I aje cemana nak gi jalan? aiyoohh
so I pon fikir-fikir terus ting ting ting dapat idea bagus punya, pecut gi One Utama. eh ni sebab anak nak berjalan ke or mama yang tiba-tiba nak shopping? hehe okaylah kira bawak jalan-jalan lah tu kan? hehe. bila sampai sana mak aiiiii kereta punyalah banyak, baru pukul 8 masa tu. ingatkan jammed sebab orang balik kerja. sampailah 3 kali round cari parking barulah dapat. then terus tuju level 2 sebab nak cari baju. tengok2 ramainya orang. ehh apa hal ada banyak kaunter plak nih? ting ting tingg wahh rupanya ada member day. tengok, betapa lamanya I tinggalkan bidang shopping mopping, hunting sales, cheapskates hahaha. kelakar kalo ingat 4 tahun lepas. skang I dah tua, tak larat dah nak bersesak-sesak. tapi kali ni memang langkah kanan, memang rezeki untuk kaki shopping tegar kot, dia bagi peluang suh shopping depan mata.
pastu boleh plak check JJ member card dah bertahun expired. so renew juga sebab sayang point, then skang ada promotion RM24 for 3yrs :). nasiblah point boleh carry forward kalo tak rugi je beribu dalam tu hehe alasannn :) maka lepas ni memang ke JJ ajelah.
apalagi teruslah heret Alya gi clothes dept. time preggy ni, I suka brand Scarlet. sebab affordable dan kualiti pon okay. lagipon pakai selama 9 bulan je pon. tak koser nak beli selai suar sampai beratus walhal boleh dapat dengan harga yang jauh lebih murah. takmo membazir ye sayang :) nanti nak gi Disneyland. pilih punya pilih dapatlah beberapa helai baju. bolehlah dipakai ke ofis or berjalan-jalan di hujung minggu :). seluar dapat selai, skirt dapat selai. okaylah sebab 2 minggu lepas memang dah datang sini, masa tu beli baju 3 helai, skirt selai, seluar selai. so kali ni menambah lagi and beli warna yang berlainan pula.
tempohari beli warna pink-coklat. kali ni warna hijau-coklat. sebab material selesa. I memang gini, kalo suka confirm beli pesen yang sama, warna lain-lain hehe. murah je RM20 :)
yang ni rasanya sesuai pakai kat rumah. tapi material cotton, lembut je bila pegang. yelah mommy mana bleh panas-panas nanti cepat naik hangen khenss :)
yang ni comel macam I *perasan* pon boleh dipakai di rumah. kalo berani, pakai gi pasar malam pon boleh gak hikss :) yang ni berebut dengan sorang budak India. dia tak preggy tapi memang cari baju kat maternity section, siap berebut ngan I. kesian dia, baju takde size even I dah suh gi carik kat Scarlet Plus :(.
yang ni baby t. last time masa preggy Alya asiklah beli warna hitam aje so kali ni kenalah ceria pulak. nanti nak cari warna pink or kuning plak :) barulah hidup tak bosan kalo kalerful ehh tiba-tiba :)
yang ni pulak, macam dah jadi faveret sebab rasa vogue sangat. material pon cotton jugak, sedap je bila pakai. sedap macam makan gulai ikan semilang salai ehh pulakk :))
yang ni beli 2 minggu lepas, kiranya 1st lawatan ke JJ lepas dapat tau preggy hehe. yang ni cotton jugak. selesa pakai dengan cardigan or jacket sebab lengan pendek. tu je la masalahnya dengan baju preggy ni, dah elok cantik tapi manjang je lengan pendek or nampak bulu ketiak. and, confirm ada tali kat pinggang alololo comel kampong.com sangat :D
I hanging semua maternity dress kat sini sebab baju kurung semua dah simpan lam gobok. I kan pemalas so amik kat sini je ulang pakai hehe.
settle pilih and bayar, terus lepak kat luar sambil order Chatime sebab nak merasa maklom takmo dikata ketinggalan kihkihkih kita kena urban, kena try semua teknologi ehh tetiba :). 1st time nak beli nih itupun sebab guna Hotlink top up yang ada offer free upgrade for larger size. boleh tahanlah rasanya. tapi ikotkan sama je tarafnya ngan cool blog kihkihkih cuma mahal sket la. eh lupa nak suh dorang jangan taruk bubble. I tak suka taww hehe.
Kakak Alya :) hehe dia tak suka bila panggil kakak. dia kata nama dia Alya hehe. kaklong? lagilah dia tak suka sebab selalu gaduh ngan sorang budak yang dipanggil "kaklong" dok sama-sama kat umah babysitter tu.
1 comment:
kak hani... kiter tgk alya cam dah susut sikit yek? dahh besaryek,, cam anak dara,,,
Post a Comment