Friday, December 28, 2012

Before end year :)

Salam Jumaat :)

hari ni kelam-kabut, kena ke hq di Ara Damansara settlekan kerja. semalam dah cuti, menjaga princess yang demam, batuk, selsema complete serba satu. nasiblah cuti memang ada lagi, itulah gunanya, spare for emergency. sepanjang hari melepak je kat rumah. Alhamdulillah dia tak meragam, lepas makan ubat terus ngadap tv sampai terlelap, mama pon sama hehe :). pastu sedar-sedar hari dah petang. Alya merengek nak makan kek. kek durian youuu :)


so lepas siram pokok bunga *ni pon nak citer gak* terus bersiap nak gi Secret Recipe yang berhampiran dengan kawasan rumah. nasib baik ada kek durian. Tapi budak demam ni mengada-ngada, nampak kek coklat terus order yang itu. hishh maknya pulak terliur nampak kek durian so orderlah satu. not bad kek durian *1st time makan* Alya takmo kek ni sebab dia kata dia nak kek durian yang ada durian tertonggok sebiji kat ataihnya huishh :))



aik tengok je? mama dah ngap siap-siap hehe :). terus tergoda bila nampak Aglio Olio plak. hishhh selera gajah sungguh :) dasar tekak naga pon ya jugak .. :)


yes, aglio olio. tapi ntah nape tekak I lagi prefer yang prawn olio kat Pizza Hut yang sempoi tu je :) bolehlah bagi 3 dari 5 bintang chewahh macam chef superstar hehe :)



ehh lupa nak citer tentang Jumaat lepas. hehe backdated story lagi. maklom I busy sket lately nak update blog pon tak sempat. ujung tahun memang banyak benda nak settle terutama tentang kerja. serius. kerja. :) *mcm I sorang je yang kerja kan?*

Jumaat lepas tak cuti pon tapi sebabkan ada hal kat ofis lama, then boleh balik awal so sempatlah bawak Alya ke Ikea. before sampai ke Ikea teringat nak singgah Mybbstore.com yang dah buka cawangan di Kota Damansara. dulu masa preggy Alya, selalu tengok kedai ni kat online aje sebab kedai alam nyatanya jauh nun di Jln Kuchai nun so memang bukan pilihan lah kalo nak shopping. so kali ni bila kebetulan tahu kedai nih dah buka cawangan kat KD memang bagus sangat2. suka tengok barangan bayi dari 0-12 bulan malah a years pon ada. stroller, babycot, maternity, nursery, books, feeding, food semualah memang ada. harga memang berbaloi and valuable. jauh lebih murah dari kedai online kat Facebook. kalo rajin survey memang tak rugi kak mah :)


tengok budak nih selamba je tido baring baca books kat sini. suasana cosy and cool. kali ni datang survey je dulu. lom decide nak beli apa sebab gender baby pon tatau lagi. Insyaallah kalo dah masuk 6-7 months bolehlah start membeli keperluan baby. rasanya kena beli baru kot sebab baju2 Alya dulu banyak yang dah disedekahkan hehe. tapi dalam kepala ni, baby carrier/car seat dan stroller dah ada yang jadi idaman hati hehe :) wah excited :D


pastu beli botol susu Alya, teats Avents, buku-buku dia yang memang murah dan paling best sebab hard cover yang cantik and tebal. harga serius sangat murah. memang next time plan nak ke sini semula Insyaallah :D.
then heading to IKEA seperti yang dijanjikan dengan Alya. dia kan pantang sebut, mengungkit 88 kali berzikir kat telinga maknya selagi tak dapat haa selagi tu la berzikir. maknya telinga gajah, mula-mula tak layan tapi kesian plak. asiklah sebut nak main playground kat IKEA yang FREE tu "free je mama, takyah bayar pon" ko tak kesian? so bawaklah dia ke sana. nasib baik ada masa dalam 45 minit before masuk ke playground. so bawak dia gi makan dulu kat atas macam biasa. maklom I kan ada share kat sini :))) boleh tak terus sebut gini "order macam biasa ya" kat budak yang jaga makanan tu. apa ko hengat ko hari-hari datang sini? ingat popular sampai budak tu kenai? kihkihkih perasan sungguh :).

jemputlah tengok. kalo nak rasa, silalah ke IKEA :)


lepas makan kenyang-kenyang, tengok jam ngam-ngam pukul 3.45pm. wahh Alya dah boleh masuk playground. so turun semula hantar dia ke bawah, biarkan dia main puas-puas and mama boleh shopping ngan aman dan tenteram haha. alah tak beli apa pon. dah plan nak beli apa so laju je mencapai barang-barang takut terbabas bajet hehe. antara yang dibeli ialah set meja study Alya nih. bersemangat betul maklom nextweek dia dah nak masuk school :) mak yang hover :)

sweet kan? pink opkosss :D for my lovely princess :)



Wednesday, December 26, 2012

Just for 9 months :)

Ni citer Khamis minggu lepas hehe maklom cuti lama, blog pon tinggal gitew ajer. I skang kan pemalas, semua malas. ni terpaksa kerja sebab bukan kompeni atuk yang punya. kalo kompeni atuk, lama dah cuti dok terbongkang kat rumah. ishh bestnya kalo atuk ada kompeni :) gila berangan. 

Khamis lepas, masa amik Alya, dia asiklah cakap "kesian saya mama takde ke mana-mana" asiklah ulang 10 kali sampai maknya rasa sebak sangat. kesian dia, memang tak bawak gi cuti or jalan-jalan pon. paling grand pon gi IKEA. kesian kan? lagi kesian kat maknya ni haaa :( abih dah papa asik keje keje keje keje kejekan I  aje cemana nak gi jalan? aiyoohh

so I pon fikir-fikir terus ting ting ting dapat idea bagus punya, pecut gi One Utama. eh ni sebab anak nak berjalan ke or mama yang tiba-tiba nak shopping? hehe okaylah kira bawak jalan-jalan lah tu kan? hehe. bila sampai sana mak aiiiii kereta punyalah banyak, baru pukul 8 masa tu. ingatkan jammed sebab orang balik kerja. sampailah 3 kali round cari parking barulah dapat. then terus tuju level 2 sebab nak cari baju. tengok2 ramainya orang. ehh apa hal ada banyak kaunter plak nih? ting ting tingg wahh rupanya ada member day. tengok, betapa lamanya I tinggalkan bidang shopping mopping, hunting sales, cheapskates hahaha. kelakar kalo ingat 4 tahun lepas. skang I dah tua, tak larat dah nak bersesak-sesak. tapi kali ni memang langkah kanan, memang rezeki untuk kaki shopping tegar kot, dia bagi peluang suh shopping depan mata.

pastu boleh plak check JJ member card dah bertahun expired. so renew juga sebab sayang point, then skang ada promotion RM24 for 3yrs :). nasiblah point boleh carry forward kalo tak rugi je beribu dalam tu hehe alasannn :) maka lepas ni memang ke JJ ajelah.

apalagi teruslah heret Alya gi clothes dept. time preggy ni, I suka brand Scarlet. sebab affordable dan kualiti pon okay. lagipon pakai selama 9 bulan je pon. tak koser nak beli selai suar sampai beratus walhal boleh dapat dengan harga yang jauh lebih murah. takmo membazir ye sayang :) nanti nak gi Disneyland. pilih punya pilih dapatlah beberapa helai baju. bolehlah dipakai ke ofis or berjalan-jalan di hujung minggu :). seluar dapat selai, skirt dapat selai. okaylah sebab 2 minggu lepas memang dah datang sini, masa tu beli baju 3 helai, skirt selai, seluar selai. so kali ni menambah lagi and beli warna yang berlainan pula.




tempohari beli warna pink-coklat. kali ni warna hijau-coklat. sebab material selesa. I memang gini, kalo suka confirm beli pesen yang sama, warna lain-lain hehe. murah je RM20 :)


yang ni rasanya sesuai pakai kat rumah. tapi material cotton, lembut je bila pegang. yelah mommy mana bleh panas-panas nanti cepat naik hangen khenss :)


yang ni comel macam I *perasan* pon boleh dipakai di rumah. kalo berani, pakai gi pasar malam pon boleh gak hikss :) yang ni berebut dengan sorang budak India. dia tak preggy tapi memang cari baju kat maternity section, siap berebut ngan I. kesian dia, baju takde size even I dah suh gi carik kat Scarlet Plus :(.


yang ni baby t. last time masa preggy Alya asiklah beli warna hitam aje so kali ni kenalah ceria pulak. nanti nak cari warna pink or kuning plak :) barulah hidup tak bosan kalo kalerful ehh tiba-tiba :)


yang ni pulak, macam dah jadi faveret sebab rasa vogue sangat. material pon cotton jugak, sedap je bila pakai. sedap macam makan gulai ikan semilang salai ehh pulakk :))


yang ni beli 2 minggu lepas, kiranya 1st lawatan ke JJ lepas dapat tau preggy hehe. yang ni cotton jugak. selesa pakai dengan cardigan or jacket sebab lengan pendek. tu je la masalahnya dengan baju preggy ni, dah elok cantik tapi manjang je lengan pendek or nampak bulu ketiak. and, confirm ada tali kat pinggang alololo comel kampong.com sangat :D


I hanging semua maternity dress kat sini sebab baju kurung semua dah simpan lam gobok. I kan pemalas so amik kat sini je ulang pakai hehe.


settle pilih and bayar, terus lepak kat luar sambil order Chatime sebab nak merasa maklom takmo dikata ketinggalan kihkihkih kita kena urban, kena try semua teknologi ehh tetiba :). 1st time nak beli nih itupun sebab guna Hotlink top up yang ada offer free upgrade for larger size. boleh tahanlah rasanya. tapi ikotkan sama je tarafnya ngan cool blog kihkihkih cuma mahal sket la. eh lupa nak suh dorang jangan taruk bubble. I tak suka taww hehe.


Kakak Alya :) hehe dia tak suka bila panggil kakak. dia kata nama dia Alya hehe. kaklong? lagilah dia tak suka sebab selalu gaduh ngan sorang budak yang dipanggil "kaklong" dok sama-sama kat umah babysitter tu.


Gulai ikan semilang salai cili api ..

Salam. Baru kembali dari bercuti selama 4 hari termasuklah semalam cuti umum, Krismas. dah lama cuti mulalah malas nak keje. seronoknya kalo dapat cuti lama-lama dok umah, makan-makan, tido sambil terbongkang tengok tv hehe. macamlah kompeni ni atuk I yang punya ya?  :)

dah bersedia nak tengok gambo makanan? hehe. biasalah, I kan pencinta makanan, haruslah blog penoh dengan gambo makanan. kalo pencinta henbeg, maka harus wajib lah gambo henbeg, reti? hehe.

Ahad lepas, mak datang sebab ikot rombongan pengantin ke Seksyen 25 Shah Alam. so I just pegi makan, amik mak terus balik. tak sabar-sabar dah nak masak gulai ikan semilang salai nih. Kak Shida, kakak angkat yang plan nak datang ke rumah pon dah dok sms-sms tanya cemana nak ke rumah I maklom 1st time dia nak datang bertandang. Kak Shida ni dulu kenal sebab keje di tempat yang sama, dia selalu ikot I balik kampong tu yang dia mesra dan rapat dengan mak. pastu suka sangat masakan mak. eh I pon suka juga masakan mak tu hehe :).

mak memang bawak ikan semilang yang dah disalai siap-siap, tinggal nak masak aje lagi. yelah, dah pesan kat dia kitaorg nak makan panas-panas. fresh dari periuk tu haaa :D. so mak bawak le bahan-bahan yang perlu aje. bestnya mak sebab dia dah prepare siap-siap. I cuma beli santan aje. kacang giler hehe :)

petang. barulah masuk ke dapo nak masak untuk dinner. lagipon siang masing-masing dah kenyang makan kat kenduri. wahh masa ni memang tak sabar-sabar dah nak rasa gulai ikan semilang. malam ni masak simple je, gulai ikan semilang salai ngan kulit rambai, goreng sayur kobis dan telur dadar. mak ada bawak rendang daging campur daun puding, dia masak siap-siap kat kampung sebelum datang ke sini. tengkiu mak :)


see, serius sangat sedap. bau pon harum, menyelerakan. serius, rugi kalo tak makan. kat sini mana ada ikan semilang salai yang boleh celen my mom punya. dah la salai macam nak terbakar hangus, bila masak takde feel langsung. mak juga yang terbaik :) sayang mak :D


ni rendang daging. kesian dia, jatuh no 3. sebab semua orang dok pulun makan gulai ikan semilang salai aje haha. takpe bila raya I makan kamu ya :D rendang ni campur ngan daun puding. daun puding ni sejenis pokok, sama macam pokok puding hiasan tapi yang ni boleh dibuat masak. puding hiasan tu tak boleh ye kak mah :)


ni hidangan masa malam tu. serius sangat menyelerakan, lemak pon bertambah hehe. jempot lah cuci mata :)


yang ni menu malam semalam. masak sebelum balik ke kampong, nak hantar emak semula. dia mana boleh lama-lama kat sini, ayam kambing lembu biawak semua tinggal, nanti sape nak bagi makan?


sekian entry makan-makan membawa bahagia. ehh? ok bye :)

Thursday, December 20, 2012

Hebat tak hebat takkk? menu orang pemalas :)

Assalamualaikum
Korang dah breakfast? eh macam gila je pukul 11 pagi baru nak tanya bab breakfast? dah nak masuk lunch dah nih kikiki. benornya I la yang baru breakfast. hari ni sempat buat bihun kegemaran seisi keluarga wahh gitu. kan I dah cakap I pemalas sekarang? eh bukan sejak dulu ke pemalas? hahaha. okay dulu memang pemalas sket tapi skang pemalas ya rabbi. serius. nak masuk dapur memang malas. hanya masuk time nak minum air, buat susu Alya or amik makanan. nama nak masuk lama-lama nak main masak-masak takde makna. nak basuh pinggan pon kadang-kadang I campak je dalam sink. nasiblah my hubby jenis memahami keadaan isteri terchenta gemok yang ada sindrom orang mengandung skang, dia yang settle bab cuci pinggan, kemas dapo. alasan boleh guna tak nih? tak dulik ahh .. memang I malas serba-serbi skang. err makan tak malas plak? kikiki. kalo malas makan, sian baby kan kann :)

ni bihun sempoi. sebab apa sempoi? sebab takde sampah-sarap. yang ada cuma telur and cili hiris. tu saja nak bagi nampak gempak ala masterchep taik kucen kikiki. bahan-bahan memang takde dalam esbok tapi hati teringin sangat nak makan bihun goreng sempoi. nak beli ada je komplen kat mulut nih kang. so buat sendiri ikot selera tekak I. blender ikan bilis ngan bawang putih merah cili besar. bubuh fishball 6 ketol balance buat mee goreng ari tu. pastu sawi sket pon belen ari tu hahaa. kesian bihun I hari nih agak miskin kelihatanya. tapi meriah juga bila dah tabur telur dadar ngan cili besar. nampak cantik dan menyelerakan juga kan? kikiki :D

semua bawak bekal ari ni :). kesian costumer I 2 orang nih (hubby & Alya), kedai dah bape minggu asik tutup je kikiki :). nantilah bila jin rajin I datang, I masak sedap-sedap ye sayang semua ;)


Ni mee goreng sempoi tapi kaya sket sebab ada udang. ada fish cake, fish ball, sayur sawi. teringin nak makan mee goreng makcik kantin. sebab apa makcik kantin? sebab sempoi. tak banyak kicap. I mana suka yang hitam-hitam erkkk tak lalu kat tekak. yang ni sedap. sedap kat tekak I la. tekak korang I tak tau :) buat 2 pack mee, siap sedekah kat jiran sebelah. harapnya tekak dorang tekak kampung.com macam tekak I :D


ye lagi 3 hari mak datang sini. mak bawak ikan semilang salai. nanti boleh makan ramai-ramai. sedapnya. ehh tak penah kemaruk macam gini tau. hari-hari call mak sebab nak ingatkan dia pegi pasar beli ikan semilang and salai siap-siap, takut dia lupa. kalo ikotkan nak aje suh dia datang hari ni jugak ke sini tapi mak tak pandai bawak kete. sian mak, kete ada motor ada tapi dia tak reti bawak. abang I la, baik hati konon letak kete moto kat kampung sebab nak bagi mak senang gi mana-mana walhal mak mana reti drive, naik beskal pon tak reti. sengal kan abangchik? kikiki comelnya mak bila dia kata "ko gila nak suh mak bawak kete? kalo meletup cemano?" kikikiki sayang mak. tak sabar tunggu hari Ahad nak jumpa mak nak makan gulai ikan semilang salai campur buah kundang .. :D


Monday, December 17, 2012

Saya suka makan ..

Salam
Apa kabar orang kampong? wah giteww. tetiba je orang kampong. macamlah makcik kat kampung baca blog den hahaha. tapi mood kampung skang sebab mak kata nak datang minggu nih. seronoknyaaa .. tambah seronok sebab mak nak masak best-best. jahatnya, patut mak datang anakanda lew yang kena masak untuk mak kan? ni tak, mak juga yang susah-payah bawak segala mende nak bagi anakanda kuat makan ni makan sedap-sedap. harap-harap mak tak lupa janji dia nak masak ikan semilang salai. sedap gilerr .. memang suka sangattt .. pastu Kak Shieda kata nak datang juga, lama tak jumpa kakak angkat nih sejak last year. bila dah jauh ni memang susah nak jumpa. dekat pon susah nak jumpa, nak dating. dah jauh lagilah susah. hishh .. harap2 dia jadi datang, mesti meriah rumah nanti sebab Kak Shieda suka masakan mak. cuba cakap, masakan mak mana yang tak sedap? ada? kalo ada pon takdenya korang nak cakap tak sedap kan? tetap sedap juga sebab mak kita yang masak :)

abislah blog nih asik tayang gambau makanan je. mesti korang kata asal ada entry je mesti pasal makan. nak buek cemano dah hidup kena makan kihkihkih. tengok badan pon tau pencinta makanan. tambah-tambah time preggy, ya ampun selera gajah sungguh. semua sedap. alhamdulillah saya takde morning, afternoon, evening sickness. muntah pon time gosok gigi kihkihkih. tapi bab lain, sakit gigi haa memang serius takleh nafikan. maybe kurang part ni lebih part tu. takpelah yang penting saya sihat dan bertenaga. makan memang berselera. kalo tekak mual or rasa loya memang saya tak layan sangat, cepat-cepat minum jus oren or makan buah epal hijau bubuh garam phewww sungguh enak.

Jumaat lepas, before 5.30 sempat beli durian crepe dari kedai sebelah. senang je nak order. call order pastu before balik gi la amik. senang kan? takyah tunggu sampai 3-4 hari order haha. pastu bila dah dapat makan sorang-sorang kat ofis kang kalo bawak balik confirm hubby pon nak share, eh mana boleh *saya kan kedekut taik hidung masin*  hahaha nasiblah dapat bini jaga tekak sendiri kannn


pastu masa amik Alya, dia mula buat cite sedih. dia kata dia cuma makan bubur je kat rumah nenek (babysitter) so dia laparrrrr sangat nak makan KFC. pandai kan anak saya? tapi memang saya tak heran pon kalo dia mintak KFC even duit tipis-tipis je dalam wallet sebab dia bukannya nak makan ayam ke burger ke. dia cuma nak Whipped Potato aje. serius. betul ni. dia nak ni aje. kalo dia berguling-guling kabo nak ke KFC tapi papanya malas nak bawak memang saya hangin giler. sebab anaknya bukan nak makan beria pon ayam-ayam semua tu, just kentang putar ni size besar :D. serius. so takkan nak hampakan anak kan? baru bape hengget je whipped potato nih, tak luak pon sepuloh hengget duit mak pak :D. makanlah puas-puas ye nak :). belikan dia air Pepsi. pastu makan 3 sudu dia bantai berlari ke playground, dah faham sangat dah feel dia hehe.
sambil Alya berguling kat playground, maknya mengintai ke Pizza Hut sebelah KFC. teringat ada kad hotlink yang belom redeem untuk pizza. sib baik teringat ada 2-3 keping kad dalam kete so bolehlah redeem satu, ada diskaun RM5 untuk large pizza yang berharga RM28.00. jimatlah RM5 kat situ. sapa nak bagi? apek tepi jalan pon takmo bagi RM5 kan? hahaha so orderlah pizza tapi takleh pilih pizza suka hati kita, amik yang dorang offer aje. takpelah kak, janji ada pizza yang sedap kat tekak akak kan? so saya order tuna pizza instead of pan island supreme seafood tu. janji ada haiwan laut kira okaylah tu sebab saya tak suka pizza ayam or lembu. itik pon saya tak suka :D.

ni ada 12 pieces pizza. saya makan 4. hebat tak hebat tak? kihkihkih sambil tunggu Alya main, saya makan sambil berFB sedar tak sedar 4 keping masuk mulut. hebat tekak orang ngandung kan? balance bawak balik, tatau sape abiskan kihkihkih either hubby or Alya :D sebab mama dah kekenyangan terus tido. dasar anak gajah :D


Sabtu. ada appointment dengan dentist yang hensem, Dr Aziz kat Klinik Sbg Perdana. hari ni hari bersejarah katanya sebab 1st time nak cabut gigi even dah 30yrs umur. yang ni gigi geraham yang dah lama tak menahan sakitnya. doc kata boleh cabut even pregnant so saya pon nekadlah sebab serius tak menahan dah. before cabut kenalah makan siap-siap sebab lepas cabut kena tunggu bape jam takleh makan, takleh berkumur katanya. so singgah kedai Kak Shamsiah, kedai feveret saya.  makan kari ayam, goreng tauge kasar and telur asin. hishh kenapakah tekak skang ni suka sangat makan kari? kari ikan siakap memang wallahhh serius sangat suka. sape rajin mehlah masakkan saya kari ikan siakap. hehe tak malunya. pastu amik siput sedut. kali ni saya malas nak makan siput sedut dah sebab gigi kan sakit. so yang ni amik untuk Alya, dia dah pandai sedut hokehhh :)


tengok, comel kan budak tecit makan siput sedut? :D siap hirup kuahnya, sian anak mama nih, makan beria macam mamanya jugaklah.

setelah cabut gigi, malamnya memang tak makan apa-apa kecuali minum milo cereal panas. tu pon buat lapik perut. takut baby lapo kihkihkih. pastu makan ubat terus tido. sakit cabut gigi adalah sakit paling hebat di dunia nan fana ini isk isk isk *nangih*

Ahad. serius lapar gila. jangan main-main dengan orang yang kelaparan, arnab yang comel tu rasa nak langgar je sebab geram sangat sebab lapar tapi takde sapa nak layan. maka seretlah kaki gi mandi, pakai baju cantik-cantik terus jerit panggil Alya ajak kuar gi makan. tak koser ajak hubby sebab geram, orang kelaparan dia sebok bercucuk-tanam kat belakang rumah. haa awak makan daun pandan ngan daun kunyit tuhhh! jangan ikot kitaorang!

terus start enjin kete, vroom vroommm berdesup bawak kete. dalam kepala tak ingat makanan lain dah, ingat nasi arab nasi arab nasi arab nasi arnab ehh nasi arabbbbb :)) tetiba Alya kata, "mama, jom makan meatball IKEA" ehh tetiba rasa nak break nak tukar haluan nak gi IKEA, bengong kihkihkih. eh mana boleh, tadi kata nak makan nasi arab lamb kabsahh. dah jangan nak memandai. terus je drive 120km/jam hala ke TTDI Jaya. lain kali la Alya kita gi makan meatball IKEA tu. mama tau ko bukan nak makan pon, main je lebih kan?? sori, ari ni kita deting ngan pak arab. arab ke bangla?

sampai D'Arab Cafe, terus duduk pangge waiter cepat-cepat cakap nak lamb kabsah takyah tengok menu kahkahkah lapar punya pasal. nasiblah tak ramai orang lagi masa ni. order pon dapat cepat. kalo lambat memang tak pasal-pasal meja kena hempuk. grrrr lapar membuatkan saya cepat naik hanginnn :((


burpppp Alhamdulillah. dah kenyang baru cool sket. baru teringat laki kat rumah kihkihkih. lantaklah, pandailah dia makan daun pandan, daun kunyit sapa suh sebok bertanam bagai time bini gemoknya nih nak makan? hahahha gila betol orang lapar ni kan?

lepas makan bawak Alya gi Space U8, saja jalan-jalan. sempat minum CoolBlog. kihkihkih senang hati je jalan-jalan walhal laki kat rumah tatau pe citer. alah pepandailah gi carik makan sendiri bang :)

malam. kelaparan. hubby muka bengang. kihkihkih. okaylah okaylahhhh saya masuk dapur :D. tapi goreng nasi je ekk :D. nasi goreng kampong, pastu bubuh telur mata. best. satu kuali abihhh. :)

Friday, December 14, 2012

Salam Jumaat; 1hb Safar 1434H (1.2.34)

Assalamualaikum sayang semua :)

Hari ni Jumaat, bersamaan 1hb Safar 1434H. Cantik tarikh Islam hari ni, 1.2.34 kan? bukan setakat 12.12.12 je yang kita excited kan? moga hari ini penuh dengan keberkatanNya Insyaallah :D.

korang dah breakfast kah? hehe saya dah lama tak masak untuk bekal. ada dalam 2 minggu kot. tiba-tiba takde mood nak masuk dapo. masuk pon takat nak minum air or buat susu Alya hihi memang dasar pemalas kan? masuk dapur pon malas kah? aiyooo ..

pagi nih sambil drive dari rumah dah berangan nak makan apa. dasat kan? nak breakfast pon siap berangan siap plan bagai. sebab gerai pakcik hensem tu manjang tutup je sepanjang cuti sekolah ni so saya kenalah cari alternatif lain. kat tekak dah terliur nak makan mee goreng. saya suka mee goreng sempoi takmo banyak sampah dalamnya and takmo hitam sangat. wehh ko goreng sendiri ahhh :) hahaha dah la pemalas tapi tekak kemain demand.

so sampai ofis terus ke restoren An Nur kat belakang nun. wahh rezeki ada mee goreng kat sini, mula tadi dah cebik-cebik dah bila tengok nasi lemak ngan nasi goreng je. rupanya tertutup. hehe okay, amik mee goreng taruk telur mata. nyumm ..


ehhh ternampak ayam goreng sedap. baiklah, amik nasi goreng plak. dasar tamak haloba. ehh mana tau mee tak sedap, boleh makan nasi goreng hasut otak yang tamak haloba nihh :). baiklah amik nasi goreng taruk ayam best bestttt ..


sampai ofis terus duduk diam-diam kat meja sendiri, nak makan dah lapar. takmo makan kat pantry nanti ada orang mintak kahkahkahkah gila tamak.

mee memang sedap, kena dengan tekak. tak rugi berangan tadi :D. nasi goreng lom sempat nak makan. kejap lagi kebulur bleh makan :)

** semoga suami penyanyi nombor satu Malaysia Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Khalid cepat sembuh. Beliau kemalangan di New Zealand. Siti terpaksa membatalkan konsert bergerak di Banjarmasin Indonesia semalam bila mendapat berita mengenai suami beliau. Semoga Siti tabah ya!


Updated: Khamis Disember 13, 2012 MYT 4:26:21 PM

Datuk K Patah Bahu, Kemalangan Di New Zealand

Siti Nurhaliza bersama suaminya Khalid Mohamad Jiwa.
PETALING JAYA: Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga suami kepada penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di New Zealand pada Khamis.

Utusan Malaysia pada Khamis melaporkan dalam kemalangan itu Datuk K yang menunggang motosikal berkuasa tinggi patah bahu, cedera pada tangan serta kaki. Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.

Siti Nurhaliza yang kini berada di Banjarmasin, Indonesia untuk mengadakan konsert terakhirnya iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang pada malam Khamis dilaporkan terpaksa membatalkan konsert tersebut.

Siti memohon maaf kerana terpaksa membatalkan konsertnya di Banjarmasin, Indonesia.
Sementara itu Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminat kerana tidak dapat mengadakan konsert itu.

“Salam... maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team” konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” kata Siti menerusi Twitter miliknya.

Akibat kejadian itu Siti akan berlepas ke New Zealand pada Jumaat untuk melihat keadaan suaminya bersama kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa.

Thursday, December 13, 2012

12 weeks ..

Assalamualaikum :D

Baru je masuk ofis, tadi gi jumpa Dr. Sidek di SDMC. jumpa tuan doktor sebab nak tukar ubat blood pressure dan asma. ikotkan takde darah tinggi, tadi 130/80. tapi tuan doktor kata kena juga makan ubat sebab takut getting worst during pregnancy. baik tuan doktor. pastu tukar ubat asma. singular still boleh amik time darurat tapi seretide kena kurangkan dos. and inhaler seperti biasa sila guna bila perlu. tu la dia pesakit tegar asma :(. takpe, yang penting saya sihat sekarang.

ehh gigi? gigi sakit okeh. serius sangat sakit and semalam try nak cabut tapi Dr Aziz kata tak boleh sebab dah bius pon still kuat so Sabtu baru datang semula untuk cabut. ni kali memang sakit macam nak mampp .. dulu 1st pregnancy sakit gigi bongsu nak tumbuh so kena tunggu bersalin barulah buat minor surgery. tu pon tunggu juga lepas 6 bulan bersalin sebab cser. aiyohh. dah tua-tua ni baru sakit gigi. ikotkan ini 1st time saya sakit gigi so memang stress. tu yang dara darah naik kot :).

err dah 12 weeks. so far saya okay, alhamdulillah takde morning sickness. takde muntah-muntah, pening kepala. tapi sakit mengada-ngada ada kot hihi :D. beruntung suami saya kot sebab dia pon tak pitam nak melayan bini comelnya ini kikiki. beruntunglah sangat kan bang :)

so 29th ni kena jumpa tuan doktor lagi. 2 doktor dalam satu hari. memang bawak tikar bantal la ke sepital gamaknya. even ada appointment pon tapi kalo mak encek datang pukul 10 pagi merasalah kebas montot tunggu giliran. nasib tak baik pukul 2 ptg baru terhegeh-hegeh masuk jumpa doktor. so silalah datang lepas subuh amik nombot ya mak encek D.

pagi tadi pi breakfast kat kedai merah di TTDI Jaya. kedai ni namanya Sri TTDI tapi panggil kedai merah sebab dicat kaler merah. so kalo cat biru kita panggil kedai biru. sengal. kikiki. kedai ni memang boleh tahan. breakfast memang banyak pilihan terutamanya makanan negeri Kelantan. dah tokei dari sana haruslah menu pon ikot tokei hihi tapi sedapppppp :)) saya suka lontong. letak sambal sotong. dapppp :D. tu yang darah naik agaknya tadi kihkihkih :D. selain lontong, laksam pon ada. pon sedap juga. pendek kata semua sedaplah. kalo korang nak try silalah ke sana. sila google hokehhh jgn malas-malas kalo nak makan makanan yang hebat macam nihhh *hover*

ohemgee udangnya memang tak kedekot. boleh kutip sekor-sekor. serius sedap. :D



aha ni pulasan, ada sorang manager kat opis ni bawak mai. seplastik beso. dah lah kat opis ni tak ramai yang datang kerja so adalah menjadi milik saya semua ahaha tamak. tapi tak makan sangat. saya makan 2 biji aje. tak percaya? tak percaya sudah. kihkihkih. sebab saya dah belasah makan rambutan masa kat kampong so pulasan ni macam kurang menarik je. tengok duri pon takut. psiko. kihkihkih


ahaaa ni pon ada sorang manager meja  yang bawak. see, meriah kan ofis saya? penoh kasih-sayang ehh penoh makanan. camne tak gemok? kihkihkih. yang ni tatau kek apa, kek coklat tapi ada pisang sket. kek SR kot hahaha. sedap. semua sedaplah kalo dasar tekak gajah nih. sila tengok.


Bye. nak tido kejap. :D

Wednesday, December 12, 2012

Indahnya balik kampong :)

Assalamualaikum ..
Marilah kita cerita pasal makan, makan, makannnnnn hehe. semalam kan cuti sehari sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor so kami decide balik kampung di K Pilah. korang tahu ke K Pilah kat mana? wakaka silalah google sendiri. memang heaven balik ke sana. paling heaven bila mak saya suka memasak yeahhhhh tq makk. tiap kali balik kampong confirmlah mak akan masak sedap-sedap. mak masak memang sedap, paling sedap di dunia. eh ada ke mak-mak masak tak sedap? mana ada kan? being mak memang akan masak yang sedap-sedap bila anak-anak balik ke kampung. asal hello mak kitaorang nak balik sekian sekian tadaaaa sampai kampong penuh semeja dengan gulai kegemaran. owhh sayang mak saya .. :D

balik kampong kali ni berganda-ganda heaven sebab skang musim buah durian and rambutan. rambutan budak sekolah mak panggil sebab pokoknya masih muda dalam 5yrs kot. rendah je pokoknya Alya pon seronok mencapai buah. owhh indahnya bersila bawah pokok sambil kokak buah rambutan. angin sepoi-sepoi bahasa iskkk serius heaven. pastu makanlah buah rambutan sampai muntah hehe. hovernya. :D

buah durian ada tapi macam tak menjadi aje. ada yang keras, ada yang cair. tapi ada juga yang perfect fuhhh yummiehhh .. tapi saya makan pilih-pilih sedap kat tekak je. yang sedap makanlah dalam beberapa ulas. tapi bernasib baik juga tak kepanasan alhamdulillah. err kalo makan sebakul panaslah kot haha :))


ni gulai durian tua. korang tau tak? buah durian yang belom masak or hampir masak. kalo gugur awal, boleh digulai. rasanya seperti daging ayam ehh lebih sedap dari ayam okeh. *sapa tak malu silalah curi gambo nih* kihkihkih tetiba feeling popular. sebab dah pernah terkena dulu. main rembat je gambo tak reti nak minta baik-baik pastu tepek macam bagus dalam papernya. wahhh mencuri tu kak. mencuri tu berdosa. even saya tak letak watermark tapi ni  memang hak saya okeh kak. sape terasa padan muka!


well yang ni gulai kegemaran saya nombor pertama kikiki. gulai ikan keli salai dengan buah kundang, korang tahu ke kundang tu apa? sejenis buah yang masam, manis pon ada gak. boleh dimakan begitu saja. tapi kalo kat kampong, mak selalu masak ngan gulai ikan or daging. fuhh sedap. buat sambal ikan bilis pon sedap letak kundang, hiris halus-halus. korang boleh imagine? haha silalah imagine sendiri. tu la kelebihan kampung ni, macam-macam gulai yang sedap-sedap. yang pelik pon ada kan? tapi sedapnyaaaaaaaa gulai nih :D


haa ni rupanya ikan keli ketika disalai. sorry to say, kalo kat bandar orang salai guna pembakar, terus hilang deria rasanya. macam pahit pon ada. tapi kalo kat kampong, kalo nak salai gunakan sabut kelapa, bakar kayu api hingga berbara barulah letak ikan untuk disalai. barulah dagingnya berbau harum dan isinya manis. bukan pahit. ni bantai dibakar dengan api memanglah tak menjadi. serius saya belom jumpa ikan salai di sini yang original seperti mak saya buat nih. so marilah pulang ke kampong menikmati gulai yang enak :)



dah petang-petang kebulur pulak :D. tekak nak makan itu lah ini lahh. dasar tekak gajah. semua nak dibalun bila balik ke sana. so pegilah ke Pekan K Pilah. wahhh lepak kedai mamak kat pasar. sambil order cendol ngan rojak. serius, rojak sana tak sama macam kat sini. ahahaha habislah kena kutuk sebab asik puji hometown saya je konon the best the heaven. tapi betul kan, bila kita dilahirkan di sini, makanan yang biasa kita makan, takkan sama dengan yang diluar. memang banyak dijual cendol, rojak kat sini tapi rasanya tak sama. korang rasa macam saya rasa jugak ke? ke poyo je tekak nih? hehehe :)


silalah jemput tengok sambil telan air liur. rojak K Pilah, serius sedap. hahaha puji lagi. cuba tengok, pon dah tahu sedap kan? presentation pon mewah, meletopp .. dapnyaaaaaaaaa :D *nasib mengidam makan rojak K Pilah, buat passembor Penang?*


Monday, December 10, 2012

Misteri .. durian crepe

Uarghhhh .. dah seminggu kat opis ni bau pelik. asal naik ke tangga nak ke atas confirm bau pelik. kejap bau busuk, kejap bau macam minyak angin. kejap bau durian. hahaha. memang kena buka pintu and tingkap luas-luas bagi kuar udara kepam semua. serius memasing tak tahan. nak muntah pon ada. pastu ada pula bunyi orang bertukang, drill and machinery. sah ada orang buat projek kat ofis sebelah. tapi projek apakah?

sampailah satu ketika ada officemate tak menahan, terus gi ofis sebelah. dia pegi selamba je sorang-sorang hehe. memang dia tak tahan sangat dah tu hehe. lama juga dia pegi. berdebar gak. mana tau dibantainya bergaduh ngan orang ofis sebelah pasal bau dan bunyi tu, tak ke haru hehe. imaginasi kena tinggi hehe. :D

dalam 15 minit baru ler officemate @ Cik An balik semula sambil sengih lebar. rupanya ofis sebelah baru siap and dorang ada projek durian crepe. haper? durian crepe? uwaaaaaa tak sangka hokeyyy :D sebelah ofis aje rupanya. patutlah baunya pelik. tapi memang ada bau durian. ofkos le hader kihkihkih. bercampur bau cat sebab dorang kan baru masuk ofis tuh. adoi pening pala ahkak tawww :)) petang tu jugak dorang bagi sample durian crepe. memang sedap. harga sama juga dipasaran semasa RM10 - 6 ketol. sape nak order mai la opis ahkak kat Denai Alam nihhh :D


A first step ..


hem hemm ..

minggu nih memang dok sakan mengemas, menyelongkar kembali uniform 2008 hihi. ada yang jumpa, ada jugak yang takde maknanya dah kena humbanlah tu masa pindah hihi. ada yang baru lom pakai lagi, saya syak tu kes beli and sorok takut laki marah hihi :D. siap ada price tag lagi okay :)) mana yang boleh pakai, dah basuh and hanging kat rack. yang dah buruk, takleh pakai kira hukum alam sila simpan dalam pastik buat kain buruk lap kaki *kejam*. tapi kebanyakkan yang tinggal ni memang elok sangat, kelihatan baru. saya rasa masa pindah hari tu tak silap saya ada buat clearance, mana yang lama, buruk campak lam kotak lain. so yang tinggal ni memang yang elok cantik lagi. nasiblah dah buat kerja-kerja pembersihan masa pindah, so skang tinggal kerja senang aje. bagus kan kak mah? itulah kalo kerja ada sistem nih memang berterusan, banyak kelebihan buat kita kemudian hari contohnya hari seperti hari sekarang nih hihihi *poyo*

tapi yang kelakarnya, baju-baju aje yang ada skang. seluar or skirt langsung takde. ehh adaaaa, sehelai jeans. tu je la. kena membeli lah gamaknya :D. takpe skang still okay, boleh muat lagi baju biasa. baru 3 months. tunggu le bulan depan kot baru ketat sendat hihi. bolehlah start singgah JJ kann cuci mata :)

baju-baju ni hanging kat luar siap-siap sebab akak kan pemalas. lepas ni baju kurung semua kena simpan, lepas raya baru pakai balik, kot muat *nangih*. so takdelah banyak keje nak melipat kan? pakai, basuh,  hang. ulang tayang sampailah tak muat hihihi.

bila belek baju-baju ni macam tak percaya aje selepas 2008, kembali semula memakainya.

Alhamdulillah rezeki dari Dia :)

Arnab yang comel .. :D

Sabtu lepas memang melepak kat rumah. biasalah, cuti-cuti ni melipat kain baju yang menimbun. dah la cuaca susah nak jangka, kejap panas kejap hujan. so sementara panas terik memang sibuk settlekan kain-baju yang nak dibasuh. lega sangat-sangat sebab panas memang sampai ke petang. kain-baju yang di angkat pon wangi je sebab cuaca cantik sangat. hati akak pon senang :D

so bila dah settle semua keje dalam rumah, keluar duduk kat depan pula sambil tengok Alya main basikal. even pintu pagar berkunci pon still bimbang juga biarkan dia sorang-sorang. memanglah kawasan taman guarded tapi zaman skang macam-macam boleh jadi kan. so dah petang barulah bagi dia keluar main-main kat laman. jiran plak kiri kanan takde masing2 balik kampong. kalo tak ada juga kawan Alya. sian dia main sensorang :(

tiba-tiba Alya jerit bagi tau "rabbit mama, rabbit". terkejut juga sebab celah mananya arnab nak datang and masuk kat porch kami tu. rasanya hanya jiran depan yang bela arnab tapi arnabnya dok dalam sangkar or kandang. takkan boleh terlepas kot. terus pandang arnab yang nampak jinak, berlari-lari anak datang ke arah saya. Alya suka sangat sambil pegang-pegang arnab yang comel nihh. ada petanda apakah kalo arnab datang rumah kita? kikikiki mulalah mengarut tuuu ..

nampak tak arnab tuh? dia nyorok kat bawah bekas bunga. sambil tu Alya bagi dia makan karot. abih 2 batang karot yang sederhana besar tuh. Alya memang penyayang kat haiwan, dia memang selalu merengek nak beli kucing or hamster "masalahnya nak oii kamu tu pon pakai pampers lagi time tido kihkihkihkih" ada hati nak bela haiwan konon kihkihkih


nampak tak arnab tuhh? Alya panggil Barney kihkihkih dia kata Barney kuat makan kikikiki :)


alolololo comelnya arnab nih. kalo tuannya takmo meh la bagi kat kami, kami suka sangat. eh apa petanda arnab datang rumah ekk? hahaha tak abih lagi nih mengarut kikiki :D


pagi nih masa nak kuar rumah pon arnab nih dah datang melanguk kat porch. kesian dia lapar kot. Alya masih tido lagi, kalo tak sure dia berlari amik karot dalam fridge. semalam pon dia dah pesan suh beli karot banyak-banyak untuk Barney dia katanya. amboi makan karot ko ye, kalah tuan rumah kikiki :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...