Assalam
Tahun ni kebetulan birthday Aryan jatuh pada hari Jumaat, 10.06.2016 bersamaan 5 Ramadhan 1437H. Memang plan nak buat simple ajer maklumlah bulan puasa.
Aryan pulak semakin bijak dan keletah. Hari-hari dia tanya mama "bila besday saya mama?" bayangkan budak nak masuk 3 tahun sebok tanya besday dia hehe comelnyaaaa anak mama nihh :)
So discuss dengan hubby, okay ke nak buat besday anak ni? Bulan puasa maklum ajer laa kan. Pastu hubby kata buat ajer la, jemput yang terdekat ajer.
Aryan pulak asalkan bukak henpon mulalah google carik gambau kek. Kejap nak kek tobot, kejap nak superman kejap nak robacarpoli kejap nak superhero hahaha pening makkk :)
So, masak la sket. Plan nak masak itu ini tapi memikirkan kekurangan tenaga sapa nak masak sapa nak buat semua kerja so kita buat ajer la yang mana mampu.
Gulai ikan tenggiri campur tomato, ayam goreng sambal, ayam bbq, salad tomato telur dan mee goreng. Kuih-muih beli ajer maklum kakton pemalas *tak reti*
Tengah menaip ni tengok gulai ni terliur pulak adoiii :)
Happy birthday Muhammad Aryan Zahin. Mama dan papa doakan semoga Aryan membesar dengan sihat, bijak dan menjadi anak yang soleh. Mama loves you sayang :) my cheeky boy.
Macam biasa kek ditempah dari Kak Maizatul - mylilcafe. Since 2005 collaborate dengan akak baker ni, keknya sedap dan berbaloi beli. Tengkiu kak!
Bila tengok wajah-wajah gembira anak-anak ni, hilang penat hilang letih seharian menyiapkan semua hidangan. Alhamdulillah majlis berbuka puasa dan sambutan hari lahir Aryan berjalan lancar dan meriah walau 3 keluarga ajer yang meraikan. Yang penting Aryan happy asik cakap "I love you mama"
"How I can resist this cheeky boy?"
No comments:
Post a Comment