Assalam.
Alhamdulillah kali ni kami memilih Langkawi untuk bercuti hujung tahun bersama anak-anak. Punyalah banyak tempat dipilih, tolak bahagi campur pastu carik info carik idea lastly pilih pulau lagenda hehe :) hubby konon ajak ke Pulai Nami tapi bila kira duit syiling je yang hader so tak payahlahhh susah-susah ehhehe :)
Kami gerak dari Sg Buluh dalam pukul 12 tengah malam. Memang dah fikir masak-masak masa planned semua tu. Aryan tengah lasak. Kang time drive dia suka dok kat riba mama so kadang2 tu bergaduh jugak dengan dia. So better kami travel sebelah malam, cuaca pun sejuk je. Budak berdua ni tido awal so bila masuk kete memasing memang dah lena. Aman damai travel sampailah ke Gurun, Kedah lebih kurang pukul 5.45 pagi, berhenti kat RNR Gurun untuk rehat dan solat subuh :) Alhamdulillah bersyukur sampai ke utara dengan selamat walaupun hubby tengah gusi bengkak hehe sorry darling :)
Selepas settle rehat, solat terus ke rumah kawan di Taman Bahtera, 5-7 minit dari jeti Kuala Kedah. Kak Ezzah kenalan di FB offer parking kereta di rumahnya, alhamdulillah, syukur sgt2 sebab ai memang fobia nak tinggal kereta kat parking. Then kak Ezzah dah belikan tiket feri siap-siap untuk pagi ini ke Langkawi, dapat feri pukul 8.15 pagi, awal gituuu. Selepas breakfast di rumahnya, kami terus bergerak ke jeti. Feri pun dah hampir dipenuhi penumpang. Perjalanan hampir 2 jam ke Langkawi.
Sampai di jeti Kuah lebih kurang pukul 10.45 pagi. ok nak skip cerita pasail kete sewa. Tu kemudianlah ye. Sebab cerita tak best hehehehee :)
Okay lepas dapat kunci kereta sewa, masa ni dah pukul 2 petang. Ko bayangkan gap dari pukul 10.45pagi hingga pukul 2 petang?? So boleh assume la kann hehe :) ok ok abaikan jom kita check in dululah sebab dah berlengas memasing ni.
Kali ni I memilih Resort World Berhad@Awana Porto Malai, terletak 25km di Pantai Chenang. lebih kurang 20 minit untuk sampai ke sini. I pilih hotel ni sebab kami nak berehat, nak layan anak-anak mandi pool dan jauh dari hiruk-pikuk keriuhan. Check in tak sampai 10 minit pun sebab dah booking melalui Booking.com memang sangat effisien. 10 markah full okay.
Nih boboy mama sangat happy tengok ikan tepi kolam kat area lobby. Ni pun dia dah tukar baju siap-siap sebab kat Kuah tadi dah berlengas, tukar diapers bagai.
Bilik request queen sebab masa booked hanya ada 1 queen bed or 2 single bed. Tapi bila bukak pintu wahhhh happy sangat bila nampak 2 queen beds yeayyy good job RWB!
Bilik sangat selesa, luas dan bersih. Puas hati sangat ni.
Happy sangat tengok budak berdua ni excited tengok bilik yang luas. Apalagi senang la nak berlari melompat terjun tiruk hahaha :)
Petang. Selepas dapat melelapkan mata, berehat menghilangkan sengal-sengal sendi jom la jalan-jalan tengok sekitar hotel. Private jetty for yacht. Subhanallah cantiknya pemandangan ketika ini. Alhamdulillah rezeki kali ini dapat bawak double A ke sini :)
Ikan-ikan yang berenang di tepian kolam mini di tepi lobi. Alya dan Aryan ralit tengok ikan kat sini.
Mandi pool adalah saat yang ditunggu. Mama malas nak turun boleh gitu? hahaha :) tapi turun jugaklah melayan budak berdua ni mandi. Berendam lama memang susahlah nak diajak naik. Janji 1 jam je meleret-leret jadi 2 jam, itupun puas berjanji bulan-bintang barulah budak berdua ni nak naik ke bilik. Pool bersih dan dijaga rapi.
Ni laluan ke kafe. Cantiknya pemandangan kat sini. Lupa nak snap ketika breakfast ampunnn kali kakton sakit kaki, kaki kena troli kat jeti masa baru sampai adoiii nak nangis kalo ingat.
Kafe di lobi, luas dan selesa.
Time ni memang sakan masing-masing berendam, orang pun tak ramai lagi masa ni. Pool tu dibuatnya macam sendiri punya hahaa :)
Okay nanti kita jumpa next entry untuk shopping pulak :)
No comments:
Post a Comment