Wednesday, December 2, 2015

Engagement

Assalam.
Skang kan musim cuti sekolah. Sebulan lebih cuti. Memang kenduri-kendara di sana siniiii .. Termasuklah adik ipar I yang bertunang Ahad lepas. Ni adik ipar no 9, bertemu jodoh dan bertunang dengan orang Bangi. Senang je nak menghantar sebab kebanyakan adik-beradik husband dok area KL, Selangor ni. Cuma abah mertua tak dapat hadir sebab masalah kesihatan dan dok kat kampung. Kami le wakil abah dan adik-beradik lain yang tak dapat turut serta. Takpe nanti masa kenduri nanti insyaallah semua akan hadir.

Hubby anak ke 6 dair 12 beradik. 10 lelaki 2 perempuan, meriah gittuuu. So yang ni adik no 9. Tinggal lagi 3 orang belum berkahwin kiranya. 2 masih belajar manakala sorang lagi biasalah membujang lom jumpa gadis idaman katanya hehehe :) Meriah kan adik-beradik ramai ni hehe :) kena pakai badge lepas ni senang nak ingat nombor memasing hehehehe :)

Okay jom tengok sepanjang majlis bertunang ni. Hantaran ni semua biras no 2 yang buat. I tolong bawak jer hehe :) Alya pun tolong angkat dulang yang ringan kemain suka dia maklum la dulu dia kecik lagi confirm takde sape yang suruh dia hehe :)



Yang bagusnya majlis merisik dan bertunang sekaligus, lebih mudah. Dan paling penting ringkas ajer takde nak meleret-leret. Senang. Tu abang nombor 2 yang jadi tukang cakap. Hubby memang takdenya nak bercakap dia kan pendiam hahaha :)



Sekejap je dah besar budak berdua ni. Alya dan Nurin, anak abang no 5. Memang geng Alya kalo jumpa kat mana-mana, sebab yang lain masih kecil lagi. 


Selepas berbincang dan bersetuju dengan tarikh perkahwinan, upcara sarung cincin. Pelamin pun siap memang meriah juga walau kecil-kecilan. Tahniah Agus dan Amalina, semoga selamat ke jinjang pelamin. Insyallah majlis pernikahan pada Februari 2016. Ehh dalam 2 bulan lagi la kan??? *tepuk dahi* hehehe :) 








Alhamdulillah, kami dihidangkan dengan menu yang sangat sedap. Tengok gambar balik ni terliur pulakk aiseyyy :)




Cantik kan pelamin ni? Macam nak nikah dah. So insyallah jumpa Februari nanti :)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...