Monday, September 21, 2015

Jom jalan-jalan; Aroma Ikan Bakar, Jeram

Assalamualaikum
Waaa lamanya tak update blog. Bersawang kerrr? hehe
Lastweek sangat mencabar sebab hubby gi trip ke Istanbul seminggu. I tak tido ok. Orang lain yang busy travel orang lain yang jadi burung antu hehe :) tu nanti la i citer okk ..

Semalam dah buntu tatau nak ke mana. Konon nak gi stock up barang dapur, beras ikan bilis gula sume dah habis. Sudahnya hubby baik hati drive ke Jeram. Jom makan seafood!!

Last datang sini tahun 2013 masa preggy Aryan. Dah 2 tahun la kiranya tak ke sini makan seafood. Ikut LATAR highway dari Sg Buluh cuma 30 minit sahaja ke Jeram. Waa sekejap je dah sampai. Then boleh pulak lupa nak booking, yelah manade plan ke sini kan so belasah jer la kalo takde meja dok je la kat tepi pantai tu kangg hehe :)

Alhamdulillah dalam 10 minit dah dapat meja well biasalah kaklong kawasan kann hahaha :)
Hubby gi order i okay je sebab nak monitor budak dua orang ni yang leka main pasir kat tepi benteng.


Nih budak yang leka main pasir tu pun merungut juga sebab dia kan suka menepek depan tv mengadap citer tak habih-habih dari subuh sepieeeee :)


Okay jomm tengok menu hari ini. Seafood GST 6% gituuu :)
Order 4 ekor ketam masak cili kurang pedas


Then 2 ekor sotong goreng tepung yang memang feveret semua :)


Nampak meja sebelah order udang butter yang ada sampah-sarap tu nampak mengancam so whatsapp hubby kat kaunter tengah pilih ikan hehe :) order udang butter tatau bape ekor 5-6 ekor kot :)


Pastu macam biasa wajib ada siakap stim. Tapi rasa macam sedap lagi makan kat kedai tomyam tepi tol Senawang masa balik cuti Merdeka hari tu. lagi mengancam sebab kedai Thailand kot. tapi yang ni boleh tahan jugakk :)


Order sayur kailan dan set timun belacan.  


Alhamdulillah semuanya sedap-sedap belaka. Alya dan Aryan makan berselera mungkin sebab memasing kelaparan lepas berlari kejar kucing haha :)

Total dalam RM162 sahaja *pitam*

Seminggu cuti sekolah then cuti raya haji. Uolss balik kampung ker??

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...