Wednesday, September 23, 2015

KedaiKakton; Aidijuma OS NEW

-KedaiKakton-

Aidijuma kali ni semua stock old season. Tapi NEW ye.
Kalau ada yang hunting aidijuma yang lama-lama meh la roger kakton.
Harga dari RM25-60 sahaja.

012 228 14 18 Hani

roger tauu :)















Monday, September 21, 2015

Home sweet home; deko dengan lampu IKEA

Jeng jeng jenggg ..

Nak tunjuk lampu tapi apa kes terang bebenor nihh? Hehehee ..
Lupa nak snap masa lampu off. Excited gamaknya dengan lampu IKEA RM39.90 hehe berkira-kira sebelum raya lagi nak beli tapi sampai ke sudah idok jugakk. Nak tunggu rege murah kot la dapat RM19.90 kerr kannn :)




Lastweek hubby kan gi trip. Alya dan Aryan dok melanguk jer kat rumah. I malas pulak nak keluar tambahan cuaca kurang elok - jerubu. Rabu, cuti Hari Malaysia. Dari pagi bantai tido. Serius, i tak tido sangat waktu malam sebab fobia errr tu nanti citer laaaaa hehehe :)

Dah petang baru la mandi segarkan badan. Budak2 leka tengok tv tu pun Alya bape kali kejutkan mamanya tak reti2 nak bangun. Dia tatau maknya mengantuk gaban haha so petang tu lepas semua bersiap jom la anak-anak kita gi IKEA. I memang plan nak ke sana nak rembat something. Lastweek ada juga pegi tapi masa tu beli benda lain. IKEA ni memang berantu jugak la hahaha

Nasib baik sampai IKEA parking senang cari, maybe orang beransur balik kot yelah dah pukul 5 masa tu. So naik atas terus ke food court nak makan, lapar memasing ni. Troli masa ni tak nampak bayang huwaaa angkat la guna 1 tray je tu pun nasib baik jugak ada meja kosong. Alya dan Aryan gi main kat play area, i belasah makan dulu. Dorang tu kalo dapat main memang lupa makan. Kang lapar datang la ke meja cari maknya ngeeeeeee :)


Okay kali ni beli lampu yang diidamkan since before raya lagi. Nampak orang share kat fesbuk katanya kat TESCO pun hader RM29.90 tapi i pegi carik takde pun. Ke dah habis stok tatau la. So berangan la kot IKEA nak turun rege kann hehe memang tak laaa tu pun RM39.90 tanpa mentol. Kena beli mentol asing. 

Ni real picture dari website IKEA. sori le dalam gambau kat atas tak clear sangat yang nampak clear kerusi makan je kann hahaa :)


Selain beli lampu murah ni, beli la 3-4-5 barang lain juga biasalah gi IKEA confirm ada je nak disambar. Semua nampak cantik semua nampak lawa adoiii ..

Lastly before balik belanja double A ni makan aiskrim 80 sen tu hehe :) tengkiu darlings mama sebab behave senang mama nak shopping senang nak belek barang - dengan syarat janjikan bulan bintang hehehe :)




Jom jalan-jalan; Aroma Ikan Bakar, Jeram

Assalamualaikum
Waaa lamanya tak update blog. Bersawang kerrr? hehe
Lastweek sangat mencabar sebab hubby gi trip ke Istanbul seminggu. I tak tido ok. Orang lain yang busy travel orang lain yang jadi burung antu hehe :) tu nanti la i citer okk ..

Semalam dah buntu tatau nak ke mana. Konon nak gi stock up barang dapur, beras ikan bilis gula sume dah habis. Sudahnya hubby baik hati drive ke Jeram. Jom makan seafood!!

Last datang sini tahun 2013 masa preggy Aryan. Dah 2 tahun la kiranya tak ke sini makan seafood. Ikut LATAR highway dari Sg Buluh cuma 30 minit sahaja ke Jeram. Waa sekejap je dah sampai. Then boleh pulak lupa nak booking, yelah manade plan ke sini kan so belasah jer la kalo takde meja dok je la kat tepi pantai tu kangg hehe :)

Alhamdulillah dalam 10 minit dah dapat meja well biasalah kaklong kawasan kann hahaha :)
Hubby gi order i okay je sebab nak monitor budak dua orang ni yang leka main pasir kat tepi benteng.


Nih budak yang leka main pasir tu pun merungut juga sebab dia kan suka menepek depan tv mengadap citer tak habih-habih dari subuh sepieeeee :)


Okay jomm tengok menu hari ini. Seafood GST 6% gituuu :)
Order 4 ekor ketam masak cili kurang pedas


Then 2 ekor sotong goreng tepung yang memang feveret semua :)


Nampak meja sebelah order udang butter yang ada sampah-sarap tu nampak mengancam so whatsapp hubby kat kaunter tengah pilih ikan hehe :) order udang butter tatau bape ekor 5-6 ekor kot :)


Pastu macam biasa wajib ada siakap stim. Tapi rasa macam sedap lagi makan kat kedai tomyam tepi tol Senawang masa balik cuti Merdeka hari tu. lagi mengancam sebab kedai Thailand kot. tapi yang ni boleh tahan jugakk :)


Order sayur kailan dan set timun belacan.  


Alhamdulillah semuanya sedap-sedap belaka. Alya dan Aryan makan berselera mungkin sebab memasing kelaparan lepas berlari kejar kucing haha :)

Total dalam RM162 sahaja *pitam*

Seminggu cuti sekolah then cuti raya haji. Uolss balik kampung ker??

Monday, September 7, 2015

From my kitchen; Petai

Assalamualaikum semua yang sudi singgah sini :)
Lama tak update. Kadang2 baru nak menaip ada keje kena siapkan so dah tertinggal blog pastu lupa. Maklum la dah makin berumur ni memang pelupa kot hehe.

Banyak nak cerita tapi tatau nak mula dengan yang mana satu. Cerita balik kampung masa cuti Merdeka lastweek pun tak sempat nak karang hehe tapi macam biasa kalo balik kampung ofkos la citer pasal masakan emak. Gitu.

Okay, since balik dari kampung bawak bekalan ulam petai yang segar-segar, mata petai yang besar-besar waaaa excited nak buat sambal petai. Teringin nak goreng ikan bilis pastu buh petai. Sambal bilis petai versi simple tapi sedap sampai menjilat pinggan. Yang ni simple je bukan macam sambal ikan bilis buh cili kering tu yang ni buh cili api jer. Buat pedas-pedas pastu makan dengan nasi panas ya Allah sedapnyaaa :)

Pastu ada balance petai lagi so buat masak sambal sotong buh petai. Yang ni confirm menjilat kuali kat dapur tuu huwaaa sedapp sangat. 


Sambal sotong buh petai. Korang try la, memang sedap. Biasanya sambal udang kan? Kali ni try sotong pulak puan-puan. I dah biasa buat sambal sotong ni, memang sedap. Hubby cakap lagi sedap makan dengan nasi lemak tapi sorry la bila masa nak buat nasi lemak tengah2 malam ni bang? makan je la dengan nasi putih pun 2 kali tambah kan hehe :)

Yang ni just guna bawang besar dan cili kering. Blend sekali. Tumiskan dalam minyak sederhana banyak pastu buh sket belacan wallaaaa nyummiehhh :) tak perlu bawang putih tau.  Halia kalo nak letak buh la sket. Kan simple je resipi tapi rasanya confirm sedap. 


Tuesday, September 1, 2015

KedaiKakton; Aidijuma new stock for Merdeka theme :)

-KedaiKakton-

Aidijuma new collections

White label rm20
Pink label rm25
Green label rm28
Blue label rm30
Black label rm45-60









Available stock at KedaiKakton
semua label ada so jika berminat boleh roger kakton yeaayy 012 228 1418


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...