Tuesday, July 7, 2015

Happy anniversary 8th :)


Assalamualaikum.
20 Ramadhan

07.07.2015 Happy anniversary 8th. Alhamdulillah hari ni ulangtahun ke 8 perkahwinan kami.
Hari-hari yang dilalui sentiasa penuh dengan cerita. Ada suka ada duka, itu perkara normal dalam perkahwinan dan kehidupan kami. Untuk mengekalkan dan mempertahankan perkahwinan, itu satu ujian. 8 tahun mungkin masih awal namun saya dan suami bersyukur hingga ke tahap ini dengan dikurniakan 2 orang cinta hati; Alya dan Aryan.

8 tahun bersama, apa saja yang tidak kami lalui. Awal-awal perkahwinan memang mencabar terutamanya soal duit. Time ni la nak beli rumah, tukar kereta pastu dapat anak pula. Belanja rumah pun meningkat. Kalo tak betul-betul merancang belanja dan kewangan boleh jadi isu besar. Memang dugaan itu ada bezanya macam mana kami lalui. Gaduh perang mulut semua ada hehe bertumbuk je belum lagi. Darah muda lagi la, semua nak menang sendiri semua nak pertahankan pendapat sendiri. Abis kalo dedua nak menang, sapa nak mengalah? Hehe rasa-rasa sape yang mengalah? Kalo nak tulis memang panjang, maklum 8 tahun punya cerita. Namun, bila dah lama bersama insyallah kita mulai terima dan faham antara satu sama lain. Termasuk menerima kelemahan, kelebihan, kekurangan mahupun keistimewaan suami atau isteri :).

8 tahun. Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki dari DIA. Sangat-sangat bersyukur punya kehidupan rumahtangga yang baik. Untuk mengekalkan itu yang jadi cabaran. Kerja kuat, kerja keras, rajin menambah rezeki untuk keluarga, usaha dan doa memang tunggak untuk keharmonian keluarga. Namun sesibuk mana kami, anak-anak tetap diutamakan. Anak-anak jadi kekuatan kami. Inilah harta dunia akhirat yang diamanahkanNya :) lebih berharga dari segala-galanya. Apa yang saya usahakan, kerja keras semua untuk mereka berdua. Kalo boleh nak bagi yang terbaik untuk mereka terutamanya dalam kehidupan yang serba-serbi mencabar ini. Bukan setakat material namun pengisian jiwa juga.

Doa Hani, semoga keluarga kami sentiasa dalam rahmatNya, dilindungi dari fitnah manusia, beroleh keberkatan dan diberikan kebahagiaan kami sekeluarga Insyallah :)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...