Assalam.
Dah 21 Ramadhan. Pantasnya ramadhan nak meninggalkan kita :(
Minggu depan dah nak raya. Persiapan korang cemana? Dah complete ke? Macam aku ni ha busy ke hulu ke hilir distribute kuih raya la tudung raya laaaa alhamdulillah rezeki ramadhan untuk anak-anak. Memang penat tak dapat nak cakap. Nak ngadu kat sape? Rumah pun tak kemas lagi, rumput kat laman tak potong lagi, lantai belum dimop, baju pun tak berlipat, bekas kuih raya belum bawak keluar dari gobok, kipas tak cuci lagi, bilik lom tukar cadar waaaaaaaaaaa serabutnyaaaaa :((
kena settlekan kerja cepat2 la gamaknya ni. harap2 hari ni dapat la settle. eh belum, jumaat nak kena hantar kuih raya kat KL nun huhhuhu busynyaaa makin akhir-akhir ni.
Pastu baju melayu Aryan pun tak beli lagi. hari tu gi BAK kat Anggerik Mall, pergi dalam pukul 9 tengok-tengok dah tutup alaaaa :(
Okay plan Sabtu nak panggil cleaner bersihkan rumah. Ahad boleh merambu shopping last minute. Eh panjangnya nak ngadu kat korang nihhh hehe :)
Semalam balik memang lambat, dekat pukul 7. ketang ketung ketang ketung sempat jugak siap masak ngam-ngam sebelum berbuka hehehe :) Gulai udang campur kacang panjang kesukaan anak dara aku tu ler :)
No comments:
Post a Comment