Assalamualaikum semuaaaaaa apa khabar orang kampung?? ewahhh :)
Salam Aidilfitri untuk semua. Baru hari ni berkesempatan nak update blog. Hari ini Syawal ke 7. Dah seminggu kita menyambut Aidilfitri. Hari ni Khamis, baru start kerja hehe :)
Macam mana raya korang tahun ni? Meriah tak? Tentunya meriah kan?
Tahun ini memang penuh dugaan buat Hani. Selasa, 14hb hubby accident. On the way nak pegi kerja, ada motor langgar dari belakang then hubby hentam pulak kereta kat depan omggg :(. Patah tangan, cedera kat muka, lutut koyak sket. Tangan patah masuk besi. Selasa petang tu jugak operate di SJMC. Khamis, alhamdulillah lega sangat-sangat bila doktor bagi balik. Terus bersiap nak balik ke kampung. Memang tahun ni beraya di kampung, takde ke mana-mana. Alhamdulillah syukur sebab hubby cuma patah tangan, yang luka-luka kecil dah sembuh.
Terima kasih kepada kawan-kawan, sedara-mara dan kenalan FB yang sentiasa mendoakan untuk hubby. Rasa kuat dan tabah bila ramai yang memberi sokongan. Memang nak rebah jugak dibuatnya bila berdepan dengan situasi macam ni sorang diri. Mana nak handle anak-anak yang tengah membesar-melasak-aktif. Mana nak berkejar ke hospital. Rabu nurseri dah start tutup, so angkut la askar berdua ni ke balai polis nak buat report, ke hospital nak jaga hubby. Memang dugaan di bulan puasa. Ya, dugaan untuk aku sebagai seorang isteri dan ibu. Mungkin banyak hikmahNya untuk apa yang berlaku. Mungkin ujian untuk aku sebagai isteri untuk lebih berusaha menjadi isteri yang baik kepada suami :)
Alhamdulillah, hubby makin sembuh :)
Well well well nahhh gambar raya sekeping untuk korang kalo nak tengok hehehe :) lantak la kalo senget ke, kalo tak pandang kamera ke, tudung tak matching ke walhal kakton jual tudung tapi kelam-kabut packing kain baju tudung pun main sumbat je masuk beg haha warna purple pun disangka pink haha belasah la kaktonnn janji ada gambar raya sekeping :)
Then, tahun ni dah ada yang ramah bertanya "takde open house ke?" ayoyoyo ramahnya bertanya hahaha walhal dah terang nyata bersuluh hubby patah tangan. Sapa nak assist kakton masak? Sape nak buang sampah? Sape nak jaga air nak refill air? Sape nak susun pinggan mangkuk? Amboi peramah sangat yang bertanya tu ye hahaha :)
Datang je la beraya, takat bihun goreng mee goreng soto lontong tu insyaallah ada je ;) tapi silalah bagi notis 24 jam ye :) kalo bagi notis 20 minit lagi nak sampai simpang rumah ko makan je la kueh raya ngan kerepek pisang ehehehe :) jangan marah kakton gurau ajerrr :)
Nah .. meja dah siap kuih raya :)