Assalamualaikum :)
Jumaat.
Seronok la sebab esok cuti, boleh berehat-rehat heheehhehe :) kalo tidak tu pepagi dah serabut. Yelah, being mak-mak ni, semua nak dibebelkan. Ermm memang cepat tua la gamaknya.
Tadi, lepas habis kelas Iqra' 11.30 pagi terus amik Alya bawak gi Giant. 2-3 hari ni kesian dia asik kena marah, kena bebel dengan mama. Mama kan tak sihat, batuk selsema. Tu yang cepat je nak melenting, nak marah-marah bila rumah bersepah ke Aryan tabur beras ke. Yang jadi mangsa kakaklah, kena kutip kena bersihkan kena sapu. Kesian dia.
So hari ni nak bawak dia makan KFC, makanan kegemaran dia. Alya suka makan whipped potato. Belikan larged whipped untuk dia. Sambil tanya-tanya pasal school, nextweek ada exam kat Iqra' so kena buat revision hujung minggu ni :)
Mama pun try beli jiwa dia hari ni dengan belikan kasut yang dia nak sangat tu - kasut tumit tinggi. Aahhhaaa senangnya dalam hati bila tengok dia tersenyum-senyum belek kasut yang dah dibayar tu. Hehe mama tahu Alya ni banyak mengikut perangai mama. Selagi tak dapat selagi tu dok sebut pastu bila dah dapat mulalah senyum meleret hehehe :)
Alya, mama sangat sayangkan Alya. Alya anak pertama mama, yang pertama semestinya yang istimewa dalam hati mama. Mama marah bersebab. Alya tahu kan mama tak suka rumah sepah-sepah :) thank you Alya for being my beautiful daughter :)
Mama loves you :) *dia dah hint nak Hello Kitty yang kat Johor nun*
err kena beli jiwa lagikah??
No comments:
Post a Comment