Wednesday, February 25, 2015

Cuti-cuti Malaysia; Kuala Krai masih suram!

Selepas Terengganu, kami bertolak ke Kuala Krai pula. Dah kenyang makan sotong celup tepung marilah kita ke K Krai pula. Memang tujuan asal nak balik melawat keluarga sebelah hubby. Tambahan pula setelah apa yang mereka lalui Disember lepas. 

Sabtu, lepas breakfast dengan famili mertua, hubby ajak ke pekan sebab nak tengok2 pasar pagi. Pekan Kuala Krai masih suram. Pasar pagi jadi tumpuan semua orang tak kira la penduduk tempatan mahupun ahli keluarga yang baru sampai dari luar. Semua nak beli barang-barang dapur, lauk-pauk mahupun ikan dan ayam yang segar. I malas nak turun kereta sebab Aryan kebetulan tidur so hubby jer yang turun gi round-round kat pasar. Adik-adik ipar pun dah lama ke sana, beli macam-macam makanan. Cuaca elok, panas terik. 

Lepas settle beli apa yang patut, hubby ajak singgah rumah kakak ipar di Pekan Kuala Krai. Ini kakak ipar yang I pernah cerita dulu dalam entry pasai banjir berkenaan rumahnya yang dihanyutkan banjir :( kami ke tempat penempatan beliau dan anak-anak. Kak ipar stay kat kedai makan dan ada 2 buah khemah yang diberikan oleh badan-badan NGO tak silap. Kedai makan tu memang kepunyaan beliau yang dah lama dibina untuk berniaga dan hanya itu yang masih selamat. Once banjir memang dia dan anak-anak lari ke situ. Nasiblah terletak di pinggir jalan, bantuan cepat juga tiba dan dia tidak mempunyai masalah bekalan tidak cukup or tidak dapat. 


Khemah yang agak besar boleh memuat sehingga 5 orang dalam satu-satu masa. Cuma kalo hari siang memang panas berdenting. Malam memang sejuk. Tapi sampai bila mereka nak hidup dalam khemah kan? Kak ipar cerita rumah bantuan hampir siap, maybe dalam bulan Mac baru dapat kunci so dia dan anak-anak akan berpindah ke sana. Alhamdulillah. Cuma kak ipar cuba mengusahakan rumah baru di tapak rumah lama yang dah dihanyutkan banjir tu sebab dia kata lebih selesa. Apa-apa pun perancangannya I rasa kena amik kira juga keselamatan dan masa depan. Tapi kita ni cuma mampu melihat dan bagi pendapat, mereka lebih merasai apa yang terjadi, kan? I cuma mampu doakan semoga mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik, Insyallah :)


Ini antara khemah lain yang sempat I snap. 


Tapi kak ipar I ni macam ceria je, dia kurang suka kalo nak cerita lebih-lebih pasai banjir. Maybe dia cuba lupakan kenangan pahit tu kot :) so I dan hubby lebih banyak cerita pasal rancangan masa depan dari tanya pasai banjir. Tak syok la kan kalo kita sebok tanya mengapa, bagaimana, kenapa bla bla sedangkan dia tak selesa. Nak menunjukkan kita simpati pun kena ada caranya. Mungkin dia lebih suka kita datang sembang-sembang, cerita yang seronok didengar dan makan-makan seperti biasa hehe :)
Kak ipar ni memang kaya dengan budi-bahasa. Pergi rumah dia sentiasa ada je masakan special untuk kami yang sesekali je balik K Krai ni. Macam Sabtu lepas dia pantas je masak macam-macam lauk untuk kami. Pagi tu dia masak nasi berlauk dan nasi kerabu untuk berjualan tapi dah habis licin dijual. So bila tau kami datang dia terus order ikan patin dan buat solok lada kegemaran hubby. Ada ikan keli masak sambal, petola goreng, ikan patin masak asam. Memang sedap. Sambil makan nyembang lagilah sedap hehe :) Tq kaklong :) dia tak pernah hampakan adik-adik yang datang ke rumahnya. Dia masak kari kambing pun sedap huhuhu adoi semuanya sedap-sedap patutlah dia boleh bukak kedai makan :)


Lama jugak menyembang dengan kaklong. Then minta diri sebab ada banyak kerja kat rumah ie nak bersihkan rumah abah, beli tikar getah dan perabot dapur. So balik, lalu Pasar Krai. Agak suram dan banyak kedai masih belum dibuka untuk berniaga. Singgah nak beli keropok, kedai tutup so teruslah balik ke rumah abah.




Hubby ada order udang galah kat adik ipar yang suka menjala ikan, cari udang ketam. Cuti semester ni dorang memang pandai carik duit poket. Udang galah sekilo RM57/kg kat KL dalam RM70/- tak silap. Memang sedap isinya, manis. Puas hati makan. Of course dorang akan suruh I masak udang galah cili api hehe faveret dorang tu :)


Kebetulan adik ipar dapat ikan kelah. Wowwww ikan paling mahal ni hihihi :) merasa jugak makan ikan mahal ni. Ikan kelah ni sedap tapi banyak tulang rupanya. Yang ni masak singgang rebus. Memang sedap. Sekilo RM300.00. Pingsan kejap bila dengar dorang sebut harganya gitu. Alhamdulillah dapat jugak merasa dari dengar orang dok cerita je kann :)


Ehem mengiurkan tak? Menggoda tak?? hehehe :) *kolesterol-kolesterol-kolesterol*


Ahad. Sempat ke pekan semula sebab nak beli keropok lekor sebelum bertolak balik. Plan nak balik sebelah malam memandangkan jalan sesak. Nak tau sesak ke tidak, pergi je ke pekan tu tengok hahaha :)
Nasib baik jugak masa ke Pasar Krai, ada 2 buah kedai yang jual keropok baru setting kedai mereka. Berbual-bual seketika dengan mereka, I ni hati kaca mudah jer cembeng. Apa taknya, mengenang peniaga-peniaga yang kerugian yang tengah mencari modal yang masih buntu atau yang masih termenung memikirkan kedai masih disaluti selut. Huhuhu I cuma mampu mendengar. Sambil-sambil tu dok belek stok keropok yang baru tiba dari Pasir Mas. Memang rezeki kami kot stok baru sampai. Keropok lekor kat Krai ni I rasa lebih sedap jika dibandingkan dengan tempat lain. Losong? Im not prefer that. Tatau nape. Keropok, keropok lekor dan beberapa jenis makanan lain yang sempat kami beli nak bawak balik KL. Budu confirm le beli berdozen hehe :)

Okay, jemput minum petang ni dengan keropok lekor yang menggiurkan :))


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...