Wahh macam sedap macam best je lauk-pauk ni kann. memang dah lama tak menayang dari dapur kecik kakton. memang lama tak masak beria. selalu main campak-campak je. busy jual baju sampai nak masak pon berkira haihh laaaa .. hikmah accident kot, skang masuk ke dapur bersilat semula.
antara yang sempat snap pictures la. yang lelain tak sempat terus kena baham.
yang ni hari Ahad lepas, kebetulan kakak angkat Kak Syidah dan suaminya singgah rumah nak tengok hubby. so alang-alang masak lunch ketang-ketung taraaaa siappp hehe
sempoi je takde santan-santan ye. tak sempat. makan je apa yang ada.
yang ni pulak hidangan hari Sabtu. memang tak keluar ke mana-mana, so memerap kat rumah layan suami, wahh mithalinya kaktonnn hehe. pon masak simple. tapi hubby kata sayur sedap. eleh masak sayur pon nak feeling-feeling chef kah? hehe tapi best juga hubby puji sebab dia jenis tak makan sayur ntah apa-apa tapi bergaduh suh anak makan sayur haihlaaaa :))
yang ni pula hidangan hari Jumaat lepas kot. ada salmon. tabur bawang putih konon macam Sushi King giteww .. ikan masin jangan lupa. pon abih kena baham. sedap la tu kann?
okay nanti kalo ada lagi masakan dari dapur kecik kakton, tunggu update ye. sementara mood nak berblog ni tengah rajin kan. ni kira korang bernasib baik la ada update yang bergambar kan. pastu gambar makanan pulak. okay silalah cuci mata sambil telan ailio hehe
No comments:
Post a Comment