Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Chai.
Cuti panjang dari Jumaat-Ahad. wahh semangat. Cina yang raya, orang Melayu sebok pulak balik kampung - ai le tuuuu hehe
Jumaat. dah plan Khamisnya nak balik kampung kakton le kat Kuala Pilah. dah encek suami dok senyap takdak plan takdak idea so marilah pulang ke kampung halaman kakton menikmati hidangan emak tercintaaaa hehe
lagipun dah beberapa bulan tak balik K Pilah kan so kali ni bercuti panjang jom le balik. dah tu last minute ko nak booking sana sini tak dapek dohh. macam ko sorang je nak cuti ye hehe memang confirm hotel penuh. baiklah check in hotel acik hawa je hehe
okey ni muka tuan tanah. kembang setaman. konfiden harus tinggi hehehe. ni shawl yang hangat di pasaran - glitter shawl. RM15.00 ajer. digayakan dengan inner ninja Najjah. ehh nak bercuti pun sebok selfie poyo-poyo beria jual tudung? ehehehe
okay sambung. so lepas solat Jumaat baru kami gerak balik K Pilah. jalan clear takdak halangan takdak jammed. tapi sampai susur Nilai ehemmm tersangkut giteww terus masuk Nilai nak cross LEKAS highway. tak koser nak bersesak sampai ke Senawang confirm kematu montot kang.
sampai K Pilah dalam 5.30 petang. terus melantak nasi, mak dah siap-siap masak gulai ayam kampung campur kentang. ko hado mak ko masak beria anak balik tinggal nak menyuap je? terharunya dengan layanan emak sobsobsob *sambil suap nasi 2 pinggan :))*
Sabtu. tak masak beria sebab malam kang sepupu nak berkenduri. menu meriah - gulai daging rusa. ada kambing golek. so lunch hari ni masak asam pedas patin je. tapi sempat salai ikan sembilang siap-siap. ni menu hari Ahad. memang balik kampung takde de nak mendiet kim salam. memang 4-5 kilo tambah berat ada orang kisah? hehe makanlah selagi terdaya kakton pastu sendiri komplen muka lebar dulang huwaaa :(((
Ahad. macam biasa aktiviti kat rumah emak selain tido baring tido baring 19 kali pastu merayau ke rumah makcik kat depan-depan sambil jual tudung ngehehehe tu pon sebab diorang dah pesan bawak balik jubah, tudung, shawl, inner. laku jugaklah sambil menyembang sambil mencekik sebab makcik siap gorengkan cempedak. boleh ko niaga sambil jolok buah limau? ko hado? hahaha sambil-sambil pun sempat gak kutip limau 5-6 biji pastu Alya kira duit hasil jualan wahh memberansangkan so next time bolehlah buat lagi hehe.
konon nak balik lepas Maghrib. so petang tu gi pekan bawak mak beli barang-barang. tengok jalan Kuala Pilah-Seremban dah start sesak. berdedai kereta. confirm jammed kalo cenggini gayanya. so lepak-lepak macamlah aku cuti esok hehe. sekali tengok jam dah pukul 9 malam. dah makan seperiuk mata pun ngantuk so encek suami bagi cadangan baik punya - balik Isnin je la. bagus kannn hehe
esoknya sms boss. terlupa yang boss pun cuti gak. selamat 2 kali. hehehe
dalam pukul 11 baru gerak balik Shah Alam. nasib jalan clear. sempatlah menyinggah 2-3 tempat. syoknya cuti macam ni. takdak stress jalan jammed - eksen hehe
nih Aryan yang kemain happy. asal borak ngan dia je mesti gelak macam faham apa maknya cakap. pastu suka sembur-sembur air liur bersepai rambut maknya gugur youuu .. time ni memanglah dia happy. cheeky boy. cuba time kededek. meraung. tak sanggup ko tengok kang hehe.
Aryan 7 months++. dah pandai duduk. selain tu suka makan. bagi je bubur. biskut pun suka. air pun suka. asal nampak orang makan dia dah bukak mulut. kadang-kadang maknya suap gak bagi rasa, takdelah ikot buku sangat asal tidak mudarat. selain tu budak demok ni dah kenal orang, menangis kalo orang yang dia jarang tengok dok agah-agah macamkan nak amik dia hehe. manja kededek sangat-sangat rasa nak cubit-cubit. kalo dok Sweeden confirm aku ni dah berpuluh kali masuk jail hahaha.
I love you Aryan :)
nih dengan kakak tiri dia hahaha Alya memang masih 60% belum terima sepenuhnya adik dia. kalo maknya tak nampak dia boleh je cubit Aryan dengan muka selambanya pastu bantai lari jauh-jauh haihhlaaa puas dah cuba explain even ada Aryan mama papa tetap sayangkan dia. dia okay, boleh je tolong jaga Aryan time maknya masak tapi tu la bila tiba time dia jeles haaa memang Aryan kena cubit dalam diam. sian Aryan huhuhu
yelah Alya hampir 5 tahun takde adik so mungkin amik masa juga bagi dia nak terima Aryan secara tiba-tiba. memang I slowly explain kat dia, cakap kat dia. so far okay jugak much better dari dululah kiranya. cuma I kena bagi dia masa sebab dia pun budak lagi. nak adjust masa juga. takpe mama tetap sayang dua-dua anak mama nih. I love you both :))
tengok gambo nih macam happy je kan? ko tatau lepas amik gambo ni dia tenyeh kepala Aryan :((( adoi la anakkkk huhuhu si Aryan pulak gelak mengekek ingat si kakak dok main-main dengan dia huwaaa sedihnya mama. dia tatau kakaknya geram kat dia huhuhu sabo je lah mama ;)))
so hari ni bekerja seperti biasa. dah cuti panjang lagi nak malas-malas ehh. nak update stok baru pun malas hehe :)
No comments:
Post a Comment