Friday, February 28, 2014

KedaiKakton; Cotton cotton cotton new stock

Saja nak bagi tau korang, korang yang penggemar cotton.
cotton baru sampai. tak sempat pun nak snap gambau. malam nanti la kot.
sapa yang berminat nak beli borong pon boleh, minimum 10 pasang.

corak-corak memang mengancam, nak kumpul baju raya dah boleh sangat dahh.
ko cakap je nak kaler apa, hijau kepala itik kuning raja siam merah umno biru pkr semua adaaaa

sape yang berminat tapi nak cepat silalah whatsapp kakton 012 228 1418
sebab kalo nak tunggu update kat blog ni memang al lambat al payah hehehe

harga RM70.00. postage RM8.00.
beli lebih dari 1 ofkos bagi diskaun harga kasih sayang adik beradik lain mak lain bapak hiksss

tata :))

Saya sayang mak :)


Assalam. Jumaat yang sungguh indah ecececehh dapat makan sodap teruslah indah ye takkk hehe.
tapi the first thing is Alhamdulillah. sedap rendang ayam kampung yang mak buat nih
malam tadi tunggu sampai dinihari *dinihari, macam ayat dalam novel dulu-dulu* tunggu mak dari kampung yang join rombongan ke Hatyai. meriah betul orang kampung sekarang berjalan sakan sampai ke Hatyai, kakton pon belum sampai sana lagi.
mak bawak pulut kuning, rendang ayam kampung, tapai, kuih koci, santan durian (boleh cicah roti), sambal ikan bilis petai. banyakkkkk Alhamdulillah syukur rezeki ni boleh kongsi dengan jiran-jiran dan kawan-kawan ofis, takkan aku laki bini nak makan seperiuk pulut kuning kannn :))

semoga mak selamat sampai ke Hatyai, dengan ucapan kalo shopping tu belilah lebih untuk anak mu yang tunggal nih hehe *duit BRIM dah masuk ke mak?* kihkihkih

Thursday, February 27, 2014

KedaiKakton; Rania blouse



Hello.
nak update Rania blouse. skang ada tinggal sehelai je - warna Turqoise plain.

Insyaallah nak restock minggu ni - tunggu tauke inform ada stock.

kalo korang berminat nak blouse yang tinggal selai je ni, contact Kakton ye
harga RM50.00 je.
cotton lycra, free size fits to XL. selesa dipakai. tidak melekap.
cutting besar. dalam gambo macam dull je tapi warna nih soft, nampak ayu je bila pakai gitewww :))

apalagi, jom try :)

Apa khabar hari nih?? :)

Hari ni nak citer apa ye? pasal makan dah sudah semalam. takkan hari ni pun up gambau makanan? muntah pulak korang kang haha. pagi ni macam biasa berenti beli bihun goreng kat gerai makcik, last day hari ni. siap salam-salam peluk cium bagai. ngan makcik je la, pakcik tukang goreng karipap tu tengok je sambil syahdu meleleh hidung sedih jugak katanya. abih tu bisnes dah bagus, customer pun ramai. karipap bongok-bongok boleh jual 2-3 ratus bijik sehari. walhal berniaga belah pagi je pun tapi sebabkan kawasan perumahan tu ramai manusia yang lalu-lalang memang boleh sangat berniaga kat situ. tapi nak buat cemana makcik pakcik tu nekad nak balik kampong. baliklah cik esok lusa saya datang makan paru goreng dokek kampong yo laaa huk huk hukkk :((

sebut pasai customer. haaa hari ni dan semalam Alhamdulillah rezeki untuk KedaiKakton. ada yang drop by office amik baju. ada yang I hantar sendiri. ada yang main kirim je kat kawan kepada kawan kepada kawan. gituuuu .. :))


sambil buat kerja ni teringat budak berdua nih. hari ni dorang duduk ngan papa sebab Alya batuk macam nak demam. pastu si budak demok tu macam okay je nak tinggal ngan papa so korang duduk rumah ngan papa je la. laju sket mama nak gi opis hehe.

nih gambo masa kat hospital waktu papa dorang admitted. kemain elok je tido berdua siap si adik letak tangan manja alololo kat kakak. walhal kalo time jaga, si kakak elok je hempuk si adik huhuhu. suka mama tengok gambau kamu berdua time macam ni, aman-aman je konsepnya. harap-harap berpanjanganlah hendaknya. jangan asik nak bercekau je migrain mama :)


okay, nak balik awal hari ni kang kesian papa pitam seharian melayan putera puterinya. pastu nak siap-siap keluar dinner sebab pukul 10 malam dah janji nak tunggu uwan kat jejantas Sungai Buluh. Uwan dari Kuala Pilah nak ke Hatyai gitewww :)

Wednesday, February 26, 2014

Dunia blogger


hehe cite makan lagi. memang sepadan dengan tuan badan. takpe hari ni kita borak-borak sambil sedut ailio ye.
nih lamb steak malam tadi. konon air takde area rumah so ajak hubby zasssss .. makan kat kodai ye laaaa yooo ..
memasing kemain order. sorang nak lamb sorang nak chicken chop sorang nak fries. takde yang order nasi goreng kampong kemain kau.

okay berbalik nak bercerita. korang perasan ke yang sejak 2-3 hari ni blog kakton kejap kaler pink kejap kaler pepel kejap kaler hijau? kot la korang perasan. hehe ni namanya kecelaruan minda. yelah sejak 2 minggu ni memang penat. bukan nak mengeluh tapi nak ngadu kat korang lahh hehe. penat uruskan macam-macam benda. booth kat Denai Alam yang setiap sabtu tu pon dah lama tak on. asiklah ada hal so memang terpaksa hold dulu. bisnes is bisnes tetap on cuma kat satu tempat ni memang kena hold dulu. tak cukup kaki tangan tapi Hani tetap bersyukur dengan rezeki yang masuk. percayalah, rezeki jika dah ditetapkan insyallah memang akan ada cuma kita ni la bezanya rajin or tidak. busy cemana pon KedaiKakton tetap on gitewwww :)

dalam kesibukan yang tidak putus-putus ni, I amik kesempatan baca blog. ye baca blog. membaca sebenarnya melegakan segala kekusutan. baca lah apa saja, memang relaks. yelah dah penat-penat menadah ke sana ke mari, rehatkan badan buat benda yang kita suka. macam I suka membaca so mari membaca. dah lama nak tulis pasal ni tapi asiklah tertunda. I tertarik nak baca satu blog ni. ni pun dah lama tahu pasal blog ni cuma tak terklik je. yang kelakarnya I baca kat blog-blog lain sebelum ni. bila dah lama follow blog-blog ni I dah macam kenal dorang walhal baca blog je pon bukan jumpa pun. tambah nak tahu bila ada isu kata gaduh la dengki la caras la. ok, aku ni bukan ada masa nak menyibuk amik tahu, so memang tak amik tau pon. baca je buta-buta, yang lelain lantak. ko nak bergaduh ke dengki lantak. takde kena-mengena dengan aku hehe. tapi makin lama makin menarik gitu. sampai ke forum pulak dah. wah glemernya blog2 nih. baca lagi. baca baca baca sampai lah hati terdetik nak klik blog yang diperkatakan. gila aku membaca back to back abih aku selongkar. gelak sensorang baca blog tu. sampai 2009 entry aku baca. macam dah kenal pulak dahh. kesimpulan yang aku buat sendiri. tuan punya blog yang diperkatakan tu berjaya kaya raya so aku kagum. aku suka baca tulisan dia walau macam over 18sx hahaha tapi lantaklah bukan kita buat jahat pun just baca. yang elok amik teladan yang buruk sendiri boleh fikir kan. yang lelain nanti aku ulas.

tu je nak share ngan korang. nak baca sangat kan? ehhehe

Dari dapur kakton; feeling2 chef lahhh pulokk

Wahh macam sedap macam best je lauk-pauk ni kann. memang dah lama tak menayang dari dapur kecik kakton. memang lama tak masak beria. selalu main campak-campak je. busy jual baju sampai nak masak pon berkira haihh laaaa .. hikmah accident kot, skang masuk ke dapur bersilat semula.

antara yang sempat snap pictures la. yang lelain tak sempat terus kena baham.

yang ni hari Ahad lepas, kebetulan kakak angkat Kak Syidah dan suaminya singgah rumah nak tengok hubby. so alang-alang masak lunch ketang-ketung taraaaa siappp hehe
sempoi je takde santan-santan ye. tak sempat. makan je apa yang ada.


yang ni pulak hidangan hari Sabtu. memang tak keluar ke mana-mana, so memerap kat rumah layan suami, wahh mithalinya kaktonnn hehe. pon masak simple. tapi hubby kata sayur sedap. eleh masak sayur pon nak feeling-feeling chef kah? hehe tapi best juga hubby puji sebab dia jenis tak makan sayur ntah apa-apa tapi bergaduh suh anak makan sayur haihlaaaa :))


yang ni pula hidangan hari Jumaat lepas kot. ada salmon. tabur bawang putih konon macam Sushi King giteww .. ikan masin jangan lupa. pon abih kena baham. sedap la tu kann?


okay nanti kalo ada lagi masakan dari dapur kecik kakton, tunggu update ye. sementara mood nak berblog ni tengah rajin kan. ni kira korang bernasib baik la ada update yang bergambar kan. pastu gambar makanan pulak. okay silalah cuci mata sambil telan ailio hehe

Jom sembang dengan kakton :)

Assalam
lama tak borak-borak kan? asik jual kain baju tudung bagai, lama tak membebel.
hari ni pepagi dah rasa sedih. sedih bila makcik jual nasi lemak kat area rumah tu pagi tadi bagi tau esok last day dia berniaga. sebab nak balik kampong, dah buat rumah baru kat sana so nak berniaga kat sana je. sedih pulak hati ni. dia jual nasi lemak, bihun mee donut karipap memang sedap, takde nak komplen-komplen memang berbaloi beli pastu harga pon biasa-biasa je, lagi lahh sedih ni. selalu beli bihun goreng buh sambal paru kering, memang sedap. tu yang terasa sayu bila dia bagi tau "esok acik last ye berniaga, acik nak balik Bahau" adoii tetiba syahdunya. dah makin tua ni aku ni makin sensitif, walhal bukan kenal sangat pon makcik tu takat beli bihun goreng dalam setahun kot. sedihhh. ke sedih sebab sambal paru dah takde lepas nih? ntah la tapi memang ai ni sensitif. ntah hape-hape kan.

cite pasal makan, sejak kebelakangan ni memang slot makanan penuh je. nak komplen gemuk gemuk lantak la. yang penting Alya suka makan. dah asik orang kabo dia cekeding, so selagi dia nak makan, makanlah nakkkk ..

nasi arab Yemen. ni kat area opis hubby. kebetulan ke sana sebab nak uruskan bike hubby lepas accident tempohari so sempatlah singgah makan tengahari. yang ni boleh kata sedap dari Aroma Hijrah TTDI Jaya. Lamb Kabshah memang big portion. boleh share makan 2 orang. kalo gemok macam kakton makan sorang pon abih *buruk lantak*


untuk hubby dia amik chicken mandy. pun sedap dan big portion. chicken mandy, maybe sebab ayamnya mandi kot tu yang sedap hehehe :)


yang ni 3 minggu lepas tak silap. kuar lunch dengan budak site. beria memasing order valentine day pizza yang bentuk love tu konon nak feeling feeling love lah kot haha. kakton is macam biasa order carbonara seafood. kan ai ni pengumpul lemak, cheese tu menu wajib.


nih ha pizza love dovey. lupa pula jenis apa. aku ni tau makan je. kalo order pizza biasanya island supreme. tu je favourite pizza kakton, yang lelain tak minat. orang banje takpe, tak kisah silalah order apa jenis pon kakton redhoo hehe


pastu yang nihhhh. nih masa besday. ada ke patut hari besday laki busy keje sampai ke tengah malam? nasiblah gua ni rock kental, takdenya nak feeling-feeling merajuk ke haper. dapat pulak geng kaki makan. food hunting ke one utama. mula nak mencekik kat Shogun. tapi sebab pegi lepas lunch maka tak sempat nak menunggu dinner sebab start 6 petang gila kebulur dah memasing. so heret kaki ke Food Republic. wah ada feveret kakton. creamy carbonara. siap ada salmon wahhhh heaven kauuu ..
tamak, order 2 set. tapi Alya pon makan sedap sebab ada salmon. bagus-bagussssss silalah makan anakanda, kamu tu kurus keding dahhh. yang member sebelah gi order nasi ayam penyet ntah haper-haperrr. hahaha pastu tak sedap. tu la baik order western cam kakton ni ha confirm menjilat jari. *aku ni apa yang tak sedap hah?*


pastu minggu lepas pegi lagi mengulang food republic. nih pegi lepas settle kan insurans hubby. apalagi orang cedera kenalah banje driver yang ke hulu ke hilir bawak orang cedera settlekan pelbagai urusan nih. kali ni creamy carbonara seafood banjirrrrr slurrpppp yummiehh *bape lemak ko kakton?*


ahahahaa ni budak comot. dia cuma mampu makan cekelet ihsan maknya je. tu pon kesian sebab mulut kumat kamit tengok maknya mencekik. dia dah kenyang makan bubur ikan. Alhamdulillah selera budak demok ni memang macam maknya, sentiasa bukak mulut kalo nampak makanan. good goodddd silalah amik hobi mak ko nih ye Aryan baru ada gang :)


okay sekian review pasal makanan. jumpa lagi di sesi menggemukkan diri entry baru nanti. tata :)

Saturday, February 22, 2014

KedaiKakton; Sutera Vietnam harga runtuhhh ;)

Sutera dari Vietnam. dari lastweek nak letak tapi disebabkan ada kejadian yg tidak diduga so mmg tak berkesempatan. 

yang ni stok nak bagi perabih sementara nak tunggu stok baru nextweek.
sutera ni dua tone warna. bidang 60' x 3.5m. memang tinggal 2 set nih je so kalo berminat boleh contact Hani.
harga before less is RM120.00. skang harga runtuh RM100 termasuk postage.

berminat? jgn segan2 contact 012 228 1418 Hani ;)


Friday, February 21, 2014

Hi semua :)

Assalam
Saja la nak bagi tau kot kot ada yang masuk sini tengok-tengok blog ni macam tak update since lastweek.
eh ada ke? tak kira la janji kakton update juga ye

okay, since Jumaat lepas memang Hani busy. sebab nak uruskan hubby yang accident di Federal Highway. masa tu dia on the way balik dari office di One South Sg Besi ke rumah. Ada myvi nak masuk kiri, bagi signal tapi masuk dan hentam hubby.
Patah jari, injured berjahit muka, tangan, lutut. admitted since Jumaat hingga Isnin di SJMC.
so memang semua benda kena stop. online pon jarang-jarang. hari ni barulah berpeluang nak update blog. tak kisahlah korang kisah ke tidak saja nak share sini sebab ada juga customer yang order and ada yang dah Hani poskan. yang minta hantar tu nanti Hani arrange ye.
mohon maaf kalo terlambat. yang email pasal supir tu pun mohon maaf sangat-sangat sebab nombor supir pun Hani tatau letak kat mana sebab skang keadaan kelam-kabut. 1st time hubby accident semua jadi panik. ni nasib baik juga kakton tak demam tak semput ehh nak juga ngadu hehe.

Okay, KedaiKakton kembali beroperasi hari ni. Alhamdulillah hubby dah discharged. just tunggu follow up. dapat mc sehingga bulan April. kemain lama, ko cat la rumah tu bang hehehe :)

okay, terima kasih kepada customer yang sentiasa berikan sokongan. kepada readers atau sesiapa yang singgah blog Hani, terima kasih.

doakan semuanya kembali okay yeaaa :)

-Hani-

*gambo tangan berdarah ke muka berdarah ke takde ye tak koser nak simpan dalam phone hahahaha *ai kan penakut* so korang tengok je la gambo2 yang ada ni je hehe. biasalah sakit cemana pun makan tetap makan kan. sila sila jamu mata hehe :)



KedaiKakton; Rania blouse restock

Rania blouse restock
Untuk design plain color sebelum ni ada royal blue, turqoise. restock ada tambahan color - oren dan pink belacan tapi gambau tak sempat snap. korang bayangkan je boleh? hehe

pastu untuk design bercorak pula ada corak paisley turqoise dan restock hitam paisley.
material cotton lycra, free size fits to XL, big cutting.
stock tak banyak so sape berminat bolehlah contact kakton cepat-cepat.

harga rm50.00, postage rm8.00

*** ni antara customer yang memakai design paisley turqoise. cantik kan?








Thursday, February 13, 2014

KedaiKakton; Flare skirt

Flare skirt
Cotton strechtable, big cutting
free size fits to XXL

RM55.00, postage RM8.00

dark brown


black

still available
contact 012 228 1418 if berminat

tengkiu ailebiu :)


KedaiKakton; Rania - blouse

Rania blouse
Cotton lycra, selesa dipakai
free size fits to XL, big cutting

Harga RM50.00, postage RM6.00


Royal blue

Soft green

Black paisley

Turqoise paisley


ALL SOLD OUT

Will restock. sape nak pre order boleh contact kakton ye 012 228 1418

Monday, February 10, 2014

KedaiKakton; Sophia; for breastfeed mommy :)





RESTOCK SOPHIA DRESS

Full body lining. Free size fits to M.
High quality chiffon.

Sangat sesuai untuk BF mommy, sebab ada butang di depan.
Harga RM80.00, postage RM8.00

anything boleh call/sms 012 228 1418 Hani

Saturday, February 8, 2014

Hari lahir saya :)

Assalam ..

Alhamdulillah 08.02.1981. ye, hari ni hari lahir saya :).
Alhamdulillah kerana masih berkesempatan menyambut ulangtahun kelahiran 33 tahun.
Alhamdulillah atas 33 tahun yang penuh makna, sungguh indah sungguh pelbagai pengalaman yang dilalui menjadikan saya seorang yang cekal dan makin matang. Alhamdulillah bersyukur sangat2 di atas rezeki, kurniaan dan nikmatNya dan saya tidak pernah lupa untuk terus bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.

Terima kasih kawan-kawan yang tidak pernah lupa untuk menitipkan doa dan ucapan selamat pada saya. terima kasih teman!

Terima kasih pada suami yang setia, yang sentiasa memberikan saya semangat. terima kasih suamiku!

Terima kasih pada emak yang telah melahirkan saya :) saya sayang mak! *mak datang hari ni semata nak bagi makanan dan buah kegemaran saya. ailebiu mak*

okay syahdunya pulakkk nexttt

nanti sambung ehh :)

hadiah istimewa tahun ni? next entry baru citer okayyy busy nak tiup lilin nih hikss :)

-Hani-

Tuesday, February 4, 2014

KedaiKakton; Cotton combo :)

Minggu ni KedaiKakton nak buat jualan combo untuk cotton. nak abiskan stock.

Cotton bercorak + cotton sateen plain = 2 pasang hanya RM90.00, excluding postage.

Nak?

Tunggu esok okehh :))

Cuti Tahun Baru Cina 2014 - balik kampong :)

Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Chai.
Cuti panjang dari Jumaat-Ahad. wahh semangat. Cina yang raya, orang Melayu sebok pulak balik kampung - ai le tuuuu hehe

Jumaat. dah plan Khamisnya nak balik kampung kakton le kat Kuala Pilah. dah encek suami dok senyap takdak plan takdak idea so marilah pulang ke kampung halaman kakton menikmati hidangan emak tercintaaaa hehe
lagipun dah beberapa bulan tak balik K Pilah kan so kali ni bercuti panjang jom le balik. dah tu last minute ko nak booking sana sini tak dapek dohh. macam ko sorang je nak cuti ye hehe memang confirm hotel penuh. baiklah check in hotel acik hawa je hehe

okey ni muka tuan tanah. kembang setaman. konfiden harus tinggi hehehe. ni shawl yang hangat di pasaran - glitter shawl. RM15.00 ajer. digayakan dengan inner ninja Najjah. ehh nak bercuti pun sebok selfie poyo-poyo beria jual tudung? ehehehe



okay sambung. so lepas solat Jumaat baru kami gerak balik K Pilah. jalan clear takdak halangan takdak jammed. tapi sampai susur Nilai ehemmm tersangkut giteww terus masuk Nilai nak cross LEKAS highway. tak koser nak bersesak sampai ke Senawang confirm kematu montot kang.
sampai K Pilah dalam 5.30 petang. terus melantak nasi, mak dah siap-siap masak gulai ayam kampung campur kentang. ko hado mak ko masak beria anak balik tinggal nak menyuap je? terharunya dengan layanan emak sobsobsob *sambil suap nasi 2 pinggan :))* 


Sabtu. tak masak beria sebab malam kang sepupu nak berkenduri. menu meriah - gulai daging rusa. ada kambing golek. so lunch hari ni masak asam pedas patin je. tapi sempat salai ikan sembilang siap-siap. ni menu hari Ahad. memang balik kampung takde de nak mendiet kim salam. memang 4-5 kilo tambah berat ada orang kisah? hehe makanlah selagi terdaya kakton pastu sendiri komplen muka lebar dulang huwaaa :(((


Ahad. macam biasa aktiviti kat rumah emak selain tido baring tido baring 19 kali pastu merayau ke rumah makcik kat depan-depan sambil jual tudung ngehehehe tu pon sebab diorang dah pesan bawak balik jubah, tudung, shawl, inner. laku jugaklah sambil menyembang sambil mencekik sebab makcik siap gorengkan cempedak. boleh ko niaga sambil jolok buah limau? ko hado? hahaha sambil-sambil pun sempat gak kutip limau 5-6 biji pastu Alya kira duit hasil jualan wahh memberansangkan so next time bolehlah buat lagi hehe.

konon nak balik lepas Maghrib. so petang tu gi pekan bawak mak beli barang-barang. tengok jalan Kuala Pilah-Seremban dah start sesak. berdedai kereta. confirm jammed kalo cenggini gayanya. so lepak-lepak macamlah aku cuti esok hehe. sekali tengok jam dah pukul 9 malam. dah makan seperiuk mata pun ngantuk so encek suami bagi cadangan baik punya - balik Isnin je la. bagus kannn hehe

esoknya sms boss. terlupa yang boss pun cuti gak. selamat 2 kali. hehehe
dalam pukul 11 baru gerak balik Shah Alam. nasib jalan clear. sempatlah menyinggah 2-3 tempat. syoknya cuti macam ni. takdak stress jalan jammed - eksen hehe

nih Aryan yang kemain happy. asal borak ngan dia je mesti gelak macam faham apa maknya cakap. pastu suka sembur-sembur air liur bersepai rambut maknya gugur youuu .. time ni memanglah dia happy. cheeky boy. cuba time kededek. meraung. tak sanggup ko tengok kang hehe.

Aryan 7 months++. dah pandai duduk. selain tu suka makan. bagi je bubur. biskut pun suka. air pun suka. asal nampak orang makan dia dah bukak mulut. kadang-kadang maknya suap gak bagi rasa, takdelah ikot buku sangat asal tidak mudarat. selain tu budak demok ni dah kenal orang, menangis kalo orang yang dia jarang tengok dok agah-agah macamkan nak amik dia hehe. manja kededek sangat-sangat rasa nak cubit-cubit. kalo dok Sweeden confirm aku ni dah berpuluh kali masuk jail hahaha.


I love you Aryan :)


nih dengan kakak tiri dia hahaha Alya memang masih 60% belum terima sepenuhnya adik dia. kalo maknya tak nampak dia boleh je cubit Aryan dengan muka selambanya pastu bantai lari jauh-jauh haihhlaaa puas dah cuba explain even ada Aryan mama papa tetap sayangkan dia. dia okay, boleh je tolong jaga Aryan time maknya masak tapi tu la bila tiba time dia jeles haaa memang Aryan kena cubit dalam diam. sian Aryan huhuhu

yelah Alya hampir 5 tahun takde adik so mungkin amik masa juga bagi dia nak terima Aryan secara tiba-tiba. memang I slowly explain kat dia, cakap kat dia. so far okay jugak much better dari dululah kiranya. cuma I kena bagi dia masa sebab dia pun budak lagi. nak adjust masa juga. takpe mama tetap sayang dua-dua anak mama nih. I love you both :))

tengok gambo nih macam happy je kan? ko tatau lepas amik gambo ni dia tenyeh kepala Aryan :((( adoi la anakkkk huhuhu si Aryan pulak gelak mengekek ingat si kakak dok main-main dengan dia huwaaa sedihnya mama. dia tatau kakaknya geram kat dia huhuhu sabo je lah mama ;))) 


so hari ni bekerja seperti biasa. dah cuti panjang lagi nak malas-malas ehh. nak update stok baru pun malas hehe :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...