Friday, August 23, 2013

Yang terindah - part one

Salam semuaaa :-)

Dah lama teringin nak tulis pengalaman bersalin kali kedua. pengalaman terindah :).
Tapi masa cuti 3 bulan tu, nak update guna note memang payahlah. dah la keypad kecik, pastu asik terklik X je hahaha. so simpan je niat nak menulis panjang-panjang karangan 15ribu patah perkataan wahh gituu.

Tapi hari ni ada kelapangan nak menulis. Nak jugak share even maybe ni pengalaman biasa-biasa je bagi orang lain. pedulik haper ahkak, ni kan blog ahkakk ehehe :)

Muhammad Aryan Zahin; 10.06.2013, Isnin bersamaan 1 Syaaban 1434H :)


Mengandung kali dua selepas 4 tahun kelahiran Alya Nur Zahra. awal kehamilan memang tak disangka. selepas kes darah tinggi dan hormon tak stabil (Dr Delaila diagnos my estrogen -100 yang memang dijangka sukar untuk preggy). bulan mac admitted due to darah tinggi/hormon tak stabil. April, menses kembali semula setelah 2 tahun tak stabil (rasa macam lama juga tak period). ni jadi selepas I amik non-preg jab since 2010. yelah memang kena family planning sebab I cser semasa lahirkan Alya. ofkos kena jarakkan kehamilan kan?

April sehingga Ogos, period okay, muncul on time and circulation around 28 days. memang take note dalam buku kecik. nasib baik tulihh hehe ada hikmahnya.

September. a very busy month. hubby ke Jepun. pastu busy prepare birthday party Alya 4th yrs old. and, noticed period delay. tapi maybe sebab I penat sangat kot?

Oktober. sempat buat urine test sebab I rasa curios. tapi negatif. so boleh proceed ubat migrain sebab nak travel ke Langkawi. travel long hours pegi balik dengan bas hokkay. hehe masa ni takde tanda apa-apa pon. pening ke mual ke serius takde. My baby is a good boy.

November. check up dengan physician untuk darah tinggi. wahh bacaan ok, 120/80 normal. tapi physician - Dr Sidek advise pegi gym, kurangkan berat badan. aiyooo gemok sangatkah daku huhuhu :((. okay, I bersemangat beli baju, seluar, kasut, stokin, spender nihh nak gi gym kat kawasan rumah :))

1 Disember 2012. ye, I akan ingat date sampai bila-bila.
punyalah excited nak jumpa Dato' Dr Siti di SDMC sebab plan nak buat pap smear. ok, I memang buat every year selepas berkahwin. bagus untuk mengetahui tahap kesihatan dalaman kita sebagai wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. jangan rasa takut or ngeri, takde apalahh. chill okay.
bagi tau kat her assistant yang I nak jumpa for medical check up only. dengan konfiden I jawab not preggy masa dorang tanya nak amik berat and air kencing kehkehkeh. yelah mana lah sangka kan??
so bila jumpa Doc Siti, sambil sembang-sembang sambil tengok my file, dia kata your daughter 4yrs old, dah besar. hehe. and sambil check tiroid sembang sket pasal perut I selalu cramp since 2-3 bulan ni. I takut fibroid or csyt. dia kata its ok nanti check guna scan machine.
Then doc check perut belah kiri, no cyst no fibroid. but bila check belah kanan?? guess what?
- "You have a baby inside" - I macam nak terlompat dari katil.
siap tanya semula "are you sure doc?" Doc Siti gelak. ofkos lahhhh ..
bape minit I tengok scan machine tu. serius, betapa pelik bin ajaibnya. then I amik handbag and cari note book yang I bawak selalu tu. I cari date yang I dah tulis. yup, my period start on April 2012 until 2 September 2012. so Doc Siti kira my pregnancy based on my note :)))
I sms hubby. memasing still macam tak percaya. tak percaya sebab dah 11weeks and I macam tak mengandung pon?? takde mual, takde muntah, takde sakit kepala. memang takde tanda-tanda normal macam ibu mengandung yang lain. Alhamdulillah betapa besarnya kuasa Dia :))

ehh ok, nak kuar lunch. mengada kannn hehe.
Nanti sambung part 2 lahhh gitewww *kot le ada yang nak baca lagi*

1 comment:

:|: TinTa Kibod :|: said...

cepat sambungggg...
aku nak bacaaaaaa....
hehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...