Ahaaaa .. tora datang lagikkkk hihi ;)
ada banyak cerita nak tulih. kalo bulih semua benda nak share dalam ni tapi apakan daya bila mula bekerja, setelah sekian lama cuti memang ada je nak dibuat. takkan datang opis pastu bantai tido konon2 throwback 3 bulan lepas dok senang-lenang macam kat rumah? siyes nak tempah pelempang boss hahahaha.
okay hari ni tengok dalam folder macam banyak gambau makanan. biasalah Kak Ton dengan makanan ibarat kembar tak boleh dipisahkan hahaha. I love foodssss :))
before that, tengok gambau anak dara I nih Alya Nur Zahra. bulan depan Insyaallah genap 5 tahun. sekejapnya masa, masih teringat dia dilahirkan 29 Ramadhan, 29.09.2008. ehehe semalam juga baru maknya teringat nak register persekolahan untuk tahun 1 - 2015. hehe maklom anak pertama, semua benda blur. nasib baik ada kawan-kawan yang baik hati dok kasi tips cemana nak register, camne nak pilih sekolah and so on. okay, dah register and by nextweek boleh gi school minta guru beso cop pengesahan :) lega mak si Alya nihh hehehe :)
Alya cuti sekolah dari bulan 6 lagi sebab mama kan cuti bersalin so takde sapa nak arrange hantar dia. terpaksalah bercuti sekolah. and skang sambung lagi sebab dia ada masalah eczema :(. agak teruk di jari kaki. jari tangan ada sket. dah amik reference letter, by nextweek nak bawak dia gi specialist. dah beberapa ubat or krim kami guna try n error but still macam tu takde perubahan. kejap ok kejap teruk. kesiannya anak mama :( hope cepat recover ye sayang :) nanti mama bawak gi specialist okayy ..
nih budak yang dah pandai posing. banyak aksi terlampau dia dalam note and dslr. kemain ko ye dah macam budak besar hehe
okay jom kita cuci tekak ngan mata pulak. terasa lapo pulak bila tengok gambau nih adoii menyesal hokayy hahaha. ni puding oreo. try n error. maklom kakton ni memang tak pandai buat kuih-muih, puding bla bla. masak nasi ngan lauk sempoi boleh tahan lagi, kalo kuih-muih memang failed. ni try n error buat ikot resipi kacang nak mampus dari fb mummy rayyan kitchen hehe. kacang gilaaaa .. senang sangat. nasib jadik kalo tak menangis kakton hahahaha gila buat puding pon tak reti. haper nihhh?? hahahaha nasiblah dah kakton tak reti nak buat cemana hahaha :)) nasib jadi and hubby kata boleh buat lagi. nasib baik. kalo tak jadi memang jadi makanan cik tong :((
ehh yang ni lontong. makan kat rumah jiran. masa tu jiran baru nak menghidang. memang tak complete lagi. belasah je amik rendang sebab sambal sotong masa ni belum siap masak hahaha. I memang suka lontong. pastu kalo buat open house, salah satu menu ofkos lontong nehh. sebab senang nak buat. paling tak suka cuma satu je - nak rebus nasi himpit. hahahaha :) bongok. macamlah susah sangat. tak susah cuma leceh nak menjaga takut periuk tumpah meleleh pastu nak mengelap bagai. eh macamlah masalah beso. dah dahhhh haha.
ni hidangan minggu lepas. dah jemu rendang ayam rendang daging. laki I kabo suh masak rebus sotong. dia beli sekor sotong yang besar nak mampuihh sampai I geli nak masak. I dok bayang sotong tu gemok, pastu buntal. dah macam haper je imaginasi kann haha. pastu goreng ayam segera Ayamas, ikan kembung fresh. memang makan 8 pinggan haha.
i closed sotong tu. hiiiiiii kalo nampak before dipotong sumpah I geli. sebab besor. gemok. buntal. hahaha. ni sotong terlebih ternak ke haper bang???
ahaha belasah je nak citer based on gambau. ni hidangan sehari sebelum hari raya. lepas siap masa rendang, lemang I masak untuk berbuka puasa hari terakhir sebelum raya. lauk memang tak boleh lari tema. confirm kena amik juga daging and paru yang balance buat rendang tu. pastu goreng ngan kacang buncing. ada sup tulang. pastu gulai daging buh serai. santan kurang pekat. memang sedap sebab daging fresh - segar dari ladang katanya hehe. arghh lapar bila tengok. menyesal tengok.
ahahaha lagi terbalik. ni gulai ikan semilang salai, hari Selasa masa sampai kampong. 2 hari before raya kiranya. memang faveret I. mak dah masak siap-siap masa I sampai terus ngap je sebab masa tu dah lepas Maghrib maklom jalan jammed. hehe. I love you ikan semilangggg :))
belasah je la. ni masa puasa hari ke bape ehh? serius tak ingat. tapi before balik kampong la. memang suka sangat gulai lemak - tu pasal gemok banyak lemak hikss :).
gulai lemak kobis, beregu dengan sambal gesek ikan bilis pedas tercirit. serius sedap nak mampuih. hahaha.
ahahaha ni lagi kelakar. gambau masa berbuka di Shogun, 26.7 - cuti Nuzul Quran. konon 1st day I dapat berpuasa selepas habih pantang. serius poyo je nak buka kat luar kononnnnnn haha. *and hari ni juga MIL dimasukkan ke ICU ;( *
I jatuh cinta makan kat Shogun ni sebab ada salmon. macam sushi king juga cuma Shogun more variety. pasta memang sedap - Alya suka sangat siap bertambah makan. bagus-bagus tak membazir RM64 hengget seorang :)))
okay sebelum kepala ting tong sebab gambau tunggang terbalik, ni gambau last. ni masakan hari raya kedua. rendang ayam bikin semula sebab rendang daging dah habih licin. so masak freshh. rendang ayam buh daun puding. kalo tak tahu gi cari entry lama-lama dulu I dah cerita pasal daun puding ni. kalo malas carik, I pon malas nak citer panjang lebar hahahaha sengal. tu nampak?? nampak gulai faveret I? Gulai lemak suhun ngan fucuk. ada sambal gesek ikan bilis diperahkan asam limau pedas tercirit. sedap. pastu ada gulai daging salai ngan terung. pastu ada gulai pisang kapas. very de kampung, ada aku kisah??? yang penting sedap. ko penah makan macam ni punya sedap? tak pernah?? kesian ko. hahaha macam bongok je ayat provok orang.
okay, sebelum mengarut merepek ntah apa-apa baik tutup entry dengan ucapan selamat berlapar hahaha
1 comment:
x baik tau kak ton..
org lain pun ada kampung jugekkkk....
hehehe...
Post a Comment