Friday, August 30, 2013

Cotton from Vietnam - new stock

Salam ..
Pencinta cotton tunggu update malam nanti (kalo sempat).
Ada stock baru.

Tak sabar nak tunggu malam, boleh tengok kat fb :)

Bye :))

Thursday, August 29, 2013

My Aryan

Ehem .. terjumpa kat IG sedara I, Kak Sue.
See, Auntie Sue pon puji Aryan good boy on Sunday kan? hehehe bukan Sunday tu je, everyday memang good boy, tak meragam. harap2 Aryan akan terus menjadi anak yang baik :) 
*sape lagi nak puji anak sendiri?*

Wednesday, August 28, 2013

SD Open House :)

Hari ni open house company kat Bukit Kiara. ada 3 sesi tapi tatau le betoi ke tidak dorang ngikut schedule hehe. sesi 1 pukul 7.30 pagi. ko mampu? lepas subuh, mandi-mandi terus gi SDCC? hahaha sengal. takde maknanya. so I amik sesi 2; pukul 9.30 pagi. tak awal tak lambat kan. sesi 3 pukul 11 pagi. tu confirm sampai tengahari - jalan jammed tak koser nak layan.

sampai SDCC orang macam tak ramai je lagi. kali ni open house untuk Group means semua division termasuk Property. tadi nampak ada football team SD yang baru menang game 3-0 kalahkan Selangor malam tadi. wahh ramai acik-acik snap picas ngan dorang tapi I tengah makan masa tu. segan plak sebab rasa akak ni dah tua sangat nak terlalu excited amik gambau dengan budak-budak muda hahahaa.



makanan pertama; kambing golek. pastu amik roti jala. sedap. kambing tengah panas lagi masa ni. sos pon sedap. yummy :)


pastu dah borak-borak, salam-salam maklum I kan YB hahaha. amik nasi plak. macam nasi bukhara pastu amik gulai ikan tenggiri, udang goreng berempah ngan kari sotong. pon sedap. Alhamdulillah. abih makan tak membazir pon.


dah salam-salam, round meja ke meja maklum I kan nak bertanding YB 2018 nanti ahaha konon I ni femes la ye? ptuihh. haha. gi food station hujung pulak, jengah-jengah nampak kuetiew baru masak. wahh ada udang :). amik sepiring kecik pastu curahkan lada jeruk walllaaaaaa :)


okay, perut dah sendat. ngan borak ngah tergelak bagai. kenyang minum air tebu lagi. pastu terasa perut ngilu. bongok dah tahu baru abih pantang gi belasah air tebu nape kakton ehh?? padan muka perut ngilu :((

pastu I duduk diam-diam sambil berdoa perut cepat2 elok sebab tadi I ternampak ada kek red velvet pulak :). huhuhu bangun pelan-pelan ada hati nak gi amik seketul dua. kang kempunan :))) sempat lagik tuhh :))


pastu cari kawan-kawan yang lama tak jumpa. * hi kak ana, saya tau kak ana baca blog saya kan?* hehe. yang pakai tudung ni semua kawan-kawan dari Property. yang tak bertudung tu amma tatauuuuu hehehe diorang tumpang meja kami sebab meja lain dah penuh. *hi minachi*


yes, they are my beloved friends, ever. Kak Ina, Kak Ana, Kak Jay and Kak Yati also Suzie. Hi semuaaa :)


I love them :)


yang ni pulak kawan dari department lain - Sharifah, Kak Ayu. time ni je la kalo nak jumpa, borak2 sket.


ahaaaa hari ni I bertudung ala faridah tapi yang ni cap hasmah hahahahaha kat FB ada yang sebok beno nak tau cap apa ehh *HAJRA* I suka je design ni tapi yang labuhlah. kalo yang brand popular tu memang kurang labuh. semua orang tau kot. terpulanglah pada si pemakainya kan :). I kebetulan takde beli tudung pon masa nak raya tempohari. semalam baru sempat mencari selai dua tudung. Gi Pearl Haya, stok tak banyak pilihan sebab baru lepas beraya kot. Pastu gi Dhaja pon sama gak. yang tinggal semua harga tercekik mati leher den. hahaha. HAJRA ada buat sale masa raya ari tu. lepas raya pon still harga meletup. ni HAJRA di Seksyen 7 S Alam. *I beli 2 helai design cenggini, nanti later I tunjuk ok*

Tuesday, August 27, 2013

Mini Gathering Raya :)

Salam semua ..
Kejap je minggu ketiga di bulan Syawal kan. nextweek minggu terakhir untuk sesapa nak buat open house. meh mehh jemput kak ton datang beraya hehe. benonya tahun ni I memang kurang beria and meriah menyambut raya. bukan apa, mak mertua pon baru meninggal 2 minggu before raya, pastu ada kejadian yang tidak disangka pula. pastu Alya plak kena ekzema. memang mood tu dah lari jauh ke laut. tapi demi anak-anak persiapan tetap dibuat sebab Alya dan Aryan berhak untuk merasa kemeriahan berhari raya kann :)

okay, intro kemain panjang. walhal nak cite pasal I buat mini gathering je pon hehe. biasalah kakton kan suka membebel :)

ye, I buat mini gathering Ahad lepas. maaf jika ada kawan-kawan yang tak terjemput maklumlah I buat kecil-kecilan aje. memang tak berani nak jemput ramai-ramai seantero alam macam tahun-tahun lepas sebab skang keadaan dah berbeza hehe. tapi Alhamdulillah banyak kali I rasa bersyukur sebab Aryan such a good boy. seriously good boy. pedulik haper orang meluat baca I puji my baby hehe. sebab I boleh buat persiapan bahan-bahan, memasak, menghidang dengan teratur. Aryan tido bangun minum susu ulang 24 jam hahahahhaa. seriously I love you my boy. Alhamdulillah Allah permudahkan niat I nak menjamu kawan-kawan.

I plan ngan hubby buat mini gathering ni becoz skang dah ada anak kecik, kalo orang main terjah je memang jawabnya ko makan la kuih raya ngan air sarsi je. tu pon kalo kuih raya lom abih. I beli kuih raya 6 jenis je tu pon dalam balang kecik tu je hahaha sadis kann :)

so bila dah bincang-bincang we all pon decide jemput jiran-jiran, kawan-kawan rapat sahaja. family pon I tak invite sebab dorang ada yang dah datang minggu lepas. hehe serious sempoi kan kami hehe.

mini gathering bermula dari pukul 2 petang sehingga 5 petang. yang datang lepas Maghrib tu pon takpe, rezeki still ada Alhamdulillah. thanks guys.

menu sempoi je - lontong, nasi himpit, sambal sotong, bihun, kek, puding dan kuih raya. sempoi kannnn hehe :) takde rendang takde lemang - tak sempat bako ngeeeeee I buat preparation pada sebelah malam Sabtu. masak ni senang benonya - bukan poyo. yang amik masa dan remeh-temeh is nak siapkan bahan-bahannya. so acara potong-memotong, siang-menyiang, kupas-mengupas and packing pada belah malamnya. pastu prepare food station atas meja and table. siapkan bekas-bekas nak menghidang. semuanya tinggal nak hidang je lagi esoknya - kan senang. memang kena sistematik dan early prepared kalo tak pingsan kak ton kangg :)


bufet set ni beli masa nak buat birthday party Alya. yang ni macam kecik sket - comel. tapi still okay kalo nak cater food for 50 people. boleh refill kan :)


ooh kat dining table pon I letak food juga. food yang sama. ni untuk orang yang tak larat duduk kat lantai lew. kali ni I tak sewa meja and kerusi so memang tolak ke tepi sofa-sofa, meja bagi living luas dan lapang. maklum rumah teres ni bukan besar macam banglo khensss hehe. yang ni I guna set Corningware. ahaa kan ada gunanya tu kan bang *my laki kabo membazir beli tak guna so I kuarkan segala mak nenek harta I dalam gobok tu*  


pastu letak kuih raya dalam balang comel ni. balang ni ntah tahun bila beli yang pastinya duet bonus rasanya. tak silap harga dalam RM100++ tapi memang berbaloi beli sebab tahan lama, kalo bubuh kerepek ke rempeyek ke tak lemau. semut pon tak dapek masuk. korang gi beli jugak tau. comel sangat. pastu ada le coklat ngan gula-gula untuk budak-budak termasuk mak pak budak hahaha.  


and, kali ni I buat puding oreo. dah try and error a week before hehe. kesian kan pada orang yang jarang buat kuih nihh hehe. memang ngaku la I ni bukan jenis pembuat kuih or dessert. tapi since nampak macam sedap and Alya suka, I rasa happy sangat sebab berjaya buat. simple je benonya tapi tu la kalo dah jarang buat tu yang kena try and error. Alhamdulillah menjadi and S.E.D.A.P. :))



oh ya ada gambo yang I amik dari FB kawan2 sebab; tuan rumah busy giler tak sempat snap. so kalo yang tak sharp ke tak clear ke tu dari kamera orang wahh takmo kalah hehe. yang edit tu pon dari my Insta je. gambo kami anak-beranak? takde sekeping pon huwaaaaaa :) serious ni.

yang ni tatau sape amik, share kat FB I. TQ la kawanku. comel kan food station I? mampus orang muntah baca hahahaha.


ehemm ni pon gambau dari FB. tu Kak Ana, antara kawan ofis yang datang. dia datang awal, dalam hujan. Ya Allah terharunya rasa. terima kasih Allah memberikan kawan-sahabat-kakak yang baik. ada sorang lagi kakak yang tak dapat datang - Kaktie maybe ada program lain. Kak Sarina pon ada tapi takde lam gambau. adoi lew lengkali kena amik photog laaaaa rugi the best moment tak capture kan huhuhu. TQ Kak Ana, Kak Sarina. ni semua kakak-kakak yang I sayang. dulu sama2 dok satu opis la nih dah berpindah bertukar ofis but still contact each other.


yang ni je sempat snap. tu pon sebab memasing dah nak balik bila tetamu dah berkurangan. so sempatlah I jumpa and borak-borak sket pastu amik gambau. TQ semua. I love you all. Kak Shidah. Kak Ikin. Kak Gee, Kak Liza - TQ all. ye I paling muda tu pasai pangge depa kakak hehehe manja kan I. gedik.




Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat dengan kehadiran kawan-kawan yang tak diduga. maklum Ahad tu hujan pastu confirm banyak open house pastu jalan jammed pastu rumah I ni di hujung dunia plak kehkehkeh tapi korang datang juga *sampai goreng bihun 3 kali* wakakakaka. serious I love you all. Alhamdulillah.

Maaf lew jika ada kekurangan, makanan kurang sedap ke, termasin ke termanis ke hehe. atau lambat top up ke. harap maaf tapi I sebagai tuan rumah sangat gembira sangat beryukur atas kehadiran semua. sangat bermakna pada I. hubby I pon cakap every year kami buat gathering, dia gembira and terharu dengan jemputan yang sanggup meluangkan masa datang ke rumah kami.

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga :)

Friday, August 23, 2013

Yang terindah - part one

Salam semuaaa :-)

Dah lama teringin nak tulis pengalaman bersalin kali kedua. pengalaman terindah :).
Tapi masa cuti 3 bulan tu, nak update guna note memang payahlah. dah la keypad kecik, pastu asik terklik X je hahaha. so simpan je niat nak menulis panjang-panjang karangan 15ribu patah perkataan wahh gituu.

Tapi hari ni ada kelapangan nak menulis. Nak jugak share even maybe ni pengalaman biasa-biasa je bagi orang lain. pedulik haper ahkak, ni kan blog ahkakk ehehe :)

Muhammad Aryan Zahin; 10.06.2013, Isnin bersamaan 1 Syaaban 1434H :)


Mengandung kali dua selepas 4 tahun kelahiran Alya Nur Zahra. awal kehamilan memang tak disangka. selepas kes darah tinggi dan hormon tak stabil (Dr Delaila diagnos my estrogen -100 yang memang dijangka sukar untuk preggy). bulan mac admitted due to darah tinggi/hormon tak stabil. April, menses kembali semula setelah 2 tahun tak stabil (rasa macam lama juga tak period). ni jadi selepas I amik non-preg jab since 2010. yelah memang kena family planning sebab I cser semasa lahirkan Alya. ofkos kena jarakkan kehamilan kan?

April sehingga Ogos, period okay, muncul on time and circulation around 28 days. memang take note dalam buku kecik. nasib baik tulihh hehe ada hikmahnya.

September. a very busy month. hubby ke Jepun. pastu busy prepare birthday party Alya 4th yrs old. and, noticed period delay. tapi maybe sebab I penat sangat kot?

Oktober. sempat buat urine test sebab I rasa curios. tapi negatif. so boleh proceed ubat migrain sebab nak travel ke Langkawi. travel long hours pegi balik dengan bas hokkay. hehe masa ni takde tanda apa-apa pon. pening ke mual ke serius takde. My baby is a good boy.

November. check up dengan physician untuk darah tinggi. wahh bacaan ok, 120/80 normal. tapi physician - Dr Sidek advise pegi gym, kurangkan berat badan. aiyooo gemok sangatkah daku huhuhu :((. okay, I bersemangat beli baju, seluar, kasut, stokin, spender nihh nak gi gym kat kawasan rumah :))

1 Disember 2012. ye, I akan ingat date sampai bila-bila.
punyalah excited nak jumpa Dato' Dr Siti di SDMC sebab plan nak buat pap smear. ok, I memang buat every year selepas berkahwin. bagus untuk mengetahui tahap kesihatan dalaman kita sebagai wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. jangan rasa takut or ngeri, takde apalahh. chill okay.
bagi tau kat her assistant yang I nak jumpa for medical check up only. dengan konfiden I jawab not preggy masa dorang tanya nak amik berat and air kencing kehkehkeh. yelah mana lah sangka kan??
so bila jumpa Doc Siti, sambil sembang-sembang sambil tengok my file, dia kata your daughter 4yrs old, dah besar. hehe. and sambil check tiroid sembang sket pasal perut I selalu cramp since 2-3 bulan ni. I takut fibroid or csyt. dia kata its ok nanti check guna scan machine.
Then doc check perut belah kiri, no cyst no fibroid. but bila check belah kanan?? guess what?
- "You have a baby inside" - I macam nak terlompat dari katil.
siap tanya semula "are you sure doc?" Doc Siti gelak. ofkos lahhhh ..
bape minit I tengok scan machine tu. serius, betapa pelik bin ajaibnya. then I amik handbag and cari note book yang I bawak selalu tu. I cari date yang I dah tulis. yup, my period start on April 2012 until 2 September 2012. so Doc Siti kira my pregnancy based on my note :)))
I sms hubby. memasing still macam tak percaya. tak percaya sebab dah 11weeks and I macam tak mengandung pon?? takde mual, takde muntah, takde sakit kepala. memang takde tanda-tanda normal macam ibu mengandung yang lain. Alhamdulillah betapa besarnya kuasa Dia :))

ehh ok, nak kuar lunch. mengada kannn hehe.
Nanti sambung part 2 lahhh gitewww *kot le ada yang nak baca lagi*

Thursday, August 22, 2013

Nahas bas jatuh gaung di Genting Highlands

Seramai 37 orang terkorban dalam nahas bas terburuk di negara ini apabila bas yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.6 Jalan Genting Highlands hari ini. Kemalangan itu juga mengakibatkan 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) (lima), Hospital Sungai Buloh (dua) dan Hospital Bentong (satu).
  
Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan yang  menawarkan perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu menuju ke ibu kota, lapor Bernama.

Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas bas itu ditamatkan 9.30 malam ini dan ia diumumkan Menteri Kesejahteraan  Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan. "Gerakan untuk menyelamat telah selesai dan laporan yang kita terima ialah seramai 37 terkorban, 25 lelaki dan 12 perempuan," katanya.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S. Jeyaindran berkata lima pakar dan lapan pegawai perub atan dari unit forensik HKL sedang bersiap-sedia untuk melakukan bedah siasat mayat mangsa yang dihantar ke hospital berkenaan. Pasukan mencari dan menyelamat yang melibatkan kira-kira 450 anggota termasuk bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terpaksa menggunakan kren, pengusung, tali dan unit anjing K9 untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa.
  
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk  Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian untuk meninjau operasi.

Insiden itu turut mengakibatkan kesesakan lalulintas teruk di laluan berkenaan. Meskipun pihak berkuasa belum mendedahkan punca sebenar kemalangan, bagaimanapun antara mangsa yang cedera mendakwa brek bas gagal  berfungsi sebelum terjunam ke dalam gaung itu seperti yang diceritakan warga Bangladesh, Ali Haider Shyed Haider, 46, yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
  
Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata berdasarkan pemerhatian, dengan keadaan cerun yang agak menjunam, bas boleh tergelincir ke gaung sekiranya tidak dikawal dengan sempurna. "Keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung. Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya.
  
Kemalangan buruk lain yang pernah berlaku di kawasan Genting Highlands ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.
  
Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia.  





Berita dan gambar kredit kepada:  http://www.malaysiakini.com/news

Wednesday, August 21, 2013

Ramadhan & Syawal; all about food

Ahaaaa .. tora datang lagikkkk hihi ;)

ada banyak cerita nak tulih. kalo bulih semua benda nak share dalam ni tapi apakan daya bila mula bekerja, setelah sekian lama cuti memang ada je nak dibuat. takkan datang opis pastu bantai tido konon2 throwback 3 bulan lepas dok senang-lenang macam kat rumah? siyes nak tempah pelempang boss hahahaha.

okay hari ni tengok dalam folder macam banyak gambau makanan. biasalah Kak Ton dengan makanan ibarat kembar tak boleh dipisahkan hahaha. I love foodssss :))

before that, tengok gambau anak dara I nih Alya Nur Zahra. bulan depan Insyaallah genap 5 tahun. sekejapnya masa, masih teringat dia dilahirkan 29 Ramadhan, 29.09.2008. ehehe semalam juga baru maknya teringat nak register persekolahan untuk tahun 1 - 2015. hehe maklom anak pertama, semua benda blur. nasib baik ada kawan-kawan yang baik hati dok kasi tips cemana nak register, camne nak pilih sekolah and so on. okay, dah register and by nextweek boleh gi school minta guru beso cop pengesahan :) lega mak si Alya nihh hehehe :)

Alya cuti sekolah dari bulan 6 lagi sebab mama kan cuti bersalin so takde sapa nak arrange hantar dia. terpaksalah bercuti sekolah. and skang sambung lagi sebab dia ada masalah eczema :(. agak teruk di jari kaki. jari tangan ada sket. dah amik reference letter, by nextweek nak bawak dia gi specialist. dah beberapa ubat or krim kami guna try n error but still macam tu takde perubahan. kejap ok kejap teruk. kesiannya anak mama :( hope cepat recover ye sayang :) nanti mama bawak gi specialist okayy ..

nih budak yang dah pandai posing. banyak aksi terlampau dia dalam note and dslr. kemain ko ye dah macam budak besar hehe


okay jom kita cuci tekak ngan mata pulak. terasa lapo pulak bila tengok gambau nih adoii menyesal hokayy hahaha. ni puding oreo. try n error. maklom kakton ni memang tak pandai buat kuih-muih, puding bla bla. masak nasi ngan lauk sempoi boleh tahan lagi, kalo kuih-muih memang failed. ni try n error buat ikot resipi kacang nak mampus dari fb mummy rayyan kitchen hehe. kacang gilaaaa .. senang sangat. nasib jadik kalo tak menangis kakton hahahaha gila buat puding pon tak reti. haper nihhh?? hahahaha nasiblah dah kakton tak reti nak buat cemana hahaha :)) nasib jadi and hubby kata boleh buat lagi. nasib baik. kalo tak jadi memang jadi makanan cik tong :((


ehh yang ni lontong. makan kat rumah jiran. masa tu jiran baru nak menghidang. memang tak complete lagi. belasah je amik rendang sebab sambal sotong masa ni belum siap masak hahaha. I memang suka lontong. pastu kalo buat open house, salah satu menu ofkos lontong nehh. sebab senang nak buat. paling tak suka cuma satu je - nak rebus nasi himpit. hahahaha :) bongok. macamlah susah sangat. tak susah cuma leceh nak menjaga takut periuk tumpah meleleh pastu nak mengelap bagai. eh macamlah masalah beso. dah dahhhh haha.


ni hidangan minggu lepas. dah jemu rendang ayam rendang daging. laki I kabo suh masak rebus sotong. dia beli sekor sotong yang besar nak mampuihh sampai I geli nak masak. I dok bayang sotong tu gemok, pastu buntal. dah macam haper je imaginasi kann haha. pastu goreng ayam segera Ayamas, ikan kembung fresh. memang makan 8 pinggan haha.


i closed sotong tu. hiiiiiii kalo nampak before dipotong sumpah I geli. sebab besor. gemok. buntal. hahaha. ni sotong terlebih ternak ke haper bang???


ahaha belasah je nak citer based on gambau. ni hidangan sehari sebelum hari raya. lepas siap masa rendang, lemang I masak untuk berbuka puasa hari terakhir sebelum raya. lauk memang tak boleh lari tema. confirm kena amik juga daging and paru yang balance buat rendang tu. pastu goreng ngan kacang buncing. ada sup tulang. pastu gulai daging buh serai. santan kurang pekat. memang sedap sebab daging fresh - segar dari ladang katanya hehe. arghh lapar bila tengok. menyesal tengok.


ahahaha lagi terbalik. ni gulai ikan semilang salai, hari Selasa masa sampai kampong. 2 hari before raya kiranya. memang faveret I. mak dah masak siap-siap masa I sampai terus ngap je sebab masa tu dah lepas Maghrib maklom jalan jammed. hehe. I love you ikan semilangggg :))


belasah je la. ni masa puasa hari ke bape ehh? serius tak ingat. tapi before balik kampong la. memang suka sangat gulai lemak - tu pasal gemok banyak lemak hikss :).

gulai lemak kobis, beregu dengan sambal gesek ikan bilis pedas tercirit. serius sedap nak mampuih. hahaha.


ahahaha ni lagi kelakar. gambau masa berbuka di Shogun, 26.7 - cuti Nuzul Quran. konon 1st day I dapat berpuasa selepas habih pantang. serius poyo je nak buka kat luar kononnnnnn haha. *and hari ni juga MIL dimasukkan ke ICU ;( *

I jatuh cinta makan kat Shogun ni sebab ada salmon. macam sushi king juga cuma Shogun more variety. pasta memang sedap - Alya suka sangat siap bertambah makan. bagus-bagus tak membazir RM64 hengget seorang :)))


okay sebelum kepala ting tong sebab gambau tunggang terbalik, ni gambau last. ni masakan hari raya kedua. rendang ayam bikin semula sebab rendang daging dah habih licin. so masak freshh. rendang ayam buh daun puding. kalo tak tahu gi cari entry lama-lama dulu I dah cerita pasal daun puding ni. kalo malas carik, I pon malas nak citer panjang lebar hahahaha sengal. tu nampak?? nampak gulai faveret I? Gulai lemak suhun ngan fucuk. ada sambal gesek ikan bilis diperahkan asam limau pedas tercirit. sedap. pastu ada gulai daging salai ngan terung. pastu ada gulai pisang kapas. very de kampung, ada aku kisah??? yang penting sedap. ko penah makan macam ni punya sedap? tak pernah?? kesian ko. hahaha macam bongok je ayat provok orang.


okay, sebelum mengarut merepek ntah apa-apa baik tutup entry dengan ucapan selamat berlapar hahaha




Tuesday, August 20, 2013

Aryan; 2 months old :)

Salam. Masih di bulan Syawal.
Hari ni kembali bekerja setelah hampir 3 bulan bercuti. 2 bulan cuti bersalin ditambah cuti rehat sebelum dah selepas bersalin hehe hoverr ..

Hari ini juga hari pertama menghantar Aryan ke rumah babysitter - mak. Mak ni juga yang jaga Alya masa berumur 2 tahun pastu skang transit bila balik dari school.

Nak citer pasal raya? lepas ni la ehh .. banyak nak update nih huhuhu serius tak best nak taip guna note. dah la jari gemok2 tak syok menaip pastu asik kena edit pastu macam hampeh takleh edit huwaaa ..

jom baca citer pasal anak teruna I nih, Muhammad Aryan Zahin hambikk penoh kotak dalam borang daftar sekolah nanti hahaha. kata nak nama lain dari yang lain takmo Ahmad ke Ali ke kannn hahaha.

Alhamdulillah Aryan sekarang berusia 2 bulan 10 hari. rasa-rasa berat dah 6.5kg sebab ari tu lupa nak timbang tapi berat masa sebulan 4.8kg so skang memang confirm bertambah. budak ni demok, baju pon pakai size 3-6 bulan skang hehe. demok tapi comel. mama le puji kann hehe ..

Tadi call babysitter (mak) dia kata Aryan so far okay tak nangih - tido je. bangun minum susu tido pastu bangun gelak mengekek pastu tido - ulang 24 jam hahahaha. biasalah budak baru 2 bulan, belom kenal sesapa lagi. mama papa pon dia confuse lagi kot?? ke dah kenal? hehe I pon tak pasti.

Aryan dah pandai gelak mengekek bila diagah pastu kalo panggil nama dah pandai pandang ke arah orang yang panggil pastu dia senyummm ohh cair mama. papa lagilah terus gigil lutut maklom anak kesayangan ehh mana ada pilih kasih. Alya still anak mama papa juga kannn :) cuma baby biasalah, perhatian lebih sket. Alya memang nampak berbeza, dia boleh tunjuk jeles atau tak suka. as mama ofkos I perasan and I cuba tak tunjuk hover ke adik kang Alya buat perangai oh nooo still teringat 2 minggu pertama bersalin - horror!

Skang okay sket - much better. dah boleh terima kenyataan kot :). but as mama I faham Alya sedih mama or papa lebihkan adik. so I try seboleh-bolehnya tak tunjuk berat sebelah. kadang-kadang papa take a part. papa jaga adik and I layan Alya. so far okay :)

ni Aryan, Sabtu lepas. baru balik dari open house jiran. lepas minum susu, dok main baring-baring layan mata. dalam 20 minit baru tido. comelnyaaaa :)


Ohh please, baru setengah hari dah rindu kat budak demok nihhh :)) mama meltinggg






alolololo sukanya dia. pantang diagah pastu cakap-cakap ngan dia memang dia sukaaaa .. papa yang paling rajin borak ngan dia. kalo ngan mama gelak sket je huwaaa tak adil tau Aryannn :((




ehemm hencem tak?? ni di hari raya pertama. Alhamdulillah ada rezeki Aryan dapat baju melayu yang boleh muat kat dia. RM45 kat Plaza Alam Sentral. tapi sayang lom sempat nak pose 1 family :( nantilah mama arrange amik gambau kat studio - feeling completed lahhhh :))


I love u sayanggg .. moga membesar sebagai anak yang sihat dan bijak Insyaallah :)
** baru perasan almost gambau budak demok ni tido je kejenya hahahaha :)))

Monday, August 5, 2013

Salam Aidilfitri in advance ♥

Salam.
2 hari saja lagi kita akan menyambut 1 Syawal 1434H. Sekejap je rasanya Ramadhan bertemu kita ya Allah betapa besarnya erti Ramadhan kali ini. 
Ahad lepas 28hb Julai bersamaan 18 Ramadhan ibu mertua I kembali ke rahmatullah. Al Fatihah ke atas rohnya dan semoga dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan umatNya yg beriman insyaAllah :(
Tahun ini kami sambut Aidilfitri dalam suasana serba sederhana demi menghormati pemergian ibu suami. Persiapan pon ala kadar sahaja. Cuma untuk Alya dan Aryan Alhamdulillah tetap ada dan sempat I sediakan.

Okay sebak nihh but hidup kita mesti teruskan. Ya Allah masih teringat wajah tenang hubby bila sampai di hospital dan mendapat berita ibunya sudah tiada. Betapa sabarnya suamiku :( kami terlewat 10 minit saja. 

Okey.

Tahun ni kami beraya berempat ;) bajet pon sudah bertambah hehe. Tahun ni juga takde baju raya from Bandung huwaaaa beli je kat sini macam xde baju pulok hehe

Aryan baru berusia 2 bulan tika 1 Syawal nanti tapi dia demok, dah boleh sarung baju size 6 bulan hehe. Untuk Aryan ada yang I beli online dari US sebab sukakan brand Gymboree. Poney beli sini saja. Alya pula banyak jeans and baby t sebab gaun susah nak cari yg berkenan. Tu pon dapat sehelai dari Miki yg reganya telan ailio huhu sebab tu suka shopping kat Bandung huwaaaaa :((

Untuk I macam biasa hanya baju kurung 11 pasang ehh poyo hihihi biasalah baju kurung memang buat banyak sebab koleksi ke ofis nanti. itu pon termasuk kain tahun lepas yang tak siap2 haha

Untuk papa pula simple je kemeja dan t shirt. baju melayu esok baru cari kat Alam Sentral hehe. seronok juga shopping last minute ehh

Okey di kesempatan yang ada Hani mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua readers yang singgah di blog picisan ni. Mohon maaf andai terkasar bicara. Jumpa lagi. Hati2 di jalan raya. Moga selamat sampai di kampung halaman.

Salam sayang ♥




Alya Nur Zahra; buah hati mama ♥ love you sayanggg ♥ tahun ni Alya request Hello Kitty untuk tema baju raya dia amboiii pandai demand skang ehh





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...