Wednesday, June 8, 2011

Alya; selepas recover ..


Ni budak domok yang kekenyangan lepas makan nasi goreng sardin. terus lelap kat meja makan ekekekke. tatau le kekenyangan sebab sedap ke atau memang full perut dia hahahaa.


Salam ..

Wahh minggu ni kering-kontang takde idea nak tulih apa. dah tu plak kemalasan sungguh. payah kalo penyakit M ni datang. kalo M besar lagi hebat, kalo m kecik okay sket hihi. nak keje pon malas, giler betol. nasib baik jugak big boss cuti panjang minggu ni, haku pon jadik tikus mondok ler, suka hati nak masuk lambat hihi. alasan; bukan selalu boss cuti panjang so amik le kesempatan nak bercuti juga. ni ler masanya nak dok umah dengan tenang tanpa diganggu sms atau call. hiiiii jangan diikut perangai tak semenggah ni hokayyy ..

Minggu cuti sekolah ni memang seronok. walau tak ke mana tapi rasa lengang, sunyi-sepi jer. kawasan rumah pon sunyi jer, nak tido pon selesa. tak dengar kereta menderu, budak-budak memekik, bas sekolah (eh ada kena-mengena ker? hahha).

Sabtu lepas, dok umah ajer. berkemas. ni ler masanya nak mendobi baju, nak mop lantai. memang Hani selalu buat kerja-kerja rumah hari sabtu. kalo boleh nak siapkan house core hari tu jugak. sebabnya, Ahad kami selalu kuar. tak kira la kuar berjalan ker shopping groceries ker. so kena siapkan awal-awal supaya tak kelam-kabut. pagi-pagi kena 2 trip load washing machine. sambil tunggu kain diputar, sapu sampah tiap ceruk rumah. pastu mop. mop plak buat schedule. macam sabtu lepas cuma mop hall ngan dapo sahaja sebab every bilik dah mop minggu sebelomnya. yelah bilik cuma guna waktu malam ajer so hall yang kena beri tumpuan sebab memang melepak kat sini tiap malam. lepas mop sambil tunggu kering, sidai baju. pastu turunkan haiwan dalam fridge untuk masak lunch. sapu sudah, mop sudah, sidai kain sudah, lap tingkap pon sudah, hanger baju simpan dalam almari pon sudah.

so masak plak. masak ringkas ajer, goreng bihun. sebab Alya yang request. so kena ikot ler perintah dia supaya dia happy and makan banyak. maklom since 2 minggu recover dari diarrhea, berat badan dia susut banyak. skang ni memang dia berselera makan, vitamin C pon dia suka amik so bagi ajer apa yang dia suka. janji dia makan makanan yang berkhasiat dan bersih. suka sangat tengok dia makan banyak, 2 kali tambah tu. Alhamdulillah selera makan dia dah kembali. bukan la suka tengok dia debab tapi sekurang-kurangnya dia berselera makan dan sihat.

tengok, makan sendiri takmo mama suap. bersepahnya takyah cakap hehe and Alya pandai amik kain kat sink untuk lap meja. memang dia dah biasa buat tu sebab tengok mama selalu buat tiap kali lepas makan. bagus bagus senang sket mama, lepas ni cuci pinggan plak ye Alya hahaha ..

oh ya ini kebetulan sempat snap picas dia masa tengah tunggu kawan datang amik kat rumah. ni masa nak gi kenduri minggu lepas. Alya bukan faham pon kalo cakap nak gi kenduri, dia janji dapat pakai gown feveret dia ajer hahaha. kat kenduri pon behave ajer sebab dah cakap kat dia, once dah pakai baju cenggini mana bleh lari-lari, tak cantik hokayyy .. faham ajer dia hehhe ..


errrr itu jer la nak update pasal anak dara Hani. melalut plak pasai kemas rumah ahahha. okay le tu dari takde citer kan. nanti la kita citer lagi (eh ada ke orang nak tau citer Hani nihh hehee).

nanti sambung ek.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...