Saturday, May 14, 2011
Resipi Ikan Bakar Hani ..
since ada yang tanya resipi ikan bakar yang Hani dah buat ni so kita share kat sini yer. ala resipi ni biasa ajer tapi tak salah share ngan korang kan? mana tau bleh ubah resipi yang selalu korang buat tu. resipi ni Hani dapat dari kak Niza, kawan kat opis tapi beliau takdek blog or FB so tak dapek la nak link link hihi tapi dia dah bagi kebenaran untuk copyright.
hokayyy .. resipi nya mudah sekali. tak pening kepala nak cari bahan-bahannya.
1. bawang besar - 5 biji (ikot bape ekor ikan yang anda masak ni Hani sukat untuk 5 ekor ikan kembong yang sederhana besar) yang kat ataih ni gambau ikan talapia, lebih kurang jer sukatannya.
2. bawang putih - 7-8 biji
3. halia - sebesar ibu jari anda. tak kisalah jari anda tu gemok ke kurus ke hihi
4. serai - 2-3 batang
5. serbuk kari ikan jenama ADABI - 1/2 paket (jenama lain pon boleh kalo nak derhaka resipi hihi)
6. serbuk kari ayam/daging jenama ADABI - secukup rasa
7. garam - secukup rasa.
8. gula - secukup rasa, lebih sket pon takpe
9. air asam jawa - secukup rasa
10. ajinomoto - kalo suka bleh letak. kalo takut rambut gugur takyah letak kahkahkah
11. kicap tak kisah jenama apa - secukup rasa
12. daun pisang. daun kunyit pon boleh juga, bergantung daun apa yang ada kat kedai mamak rumah anda huhuhu
selepas blend bahan-bahan no 1-8 di atas, tuangkan ke dalam bekas besar and masukkan kicap, ajinomoto tu, gaul sepenuh hati biar sebati hokay.
masukkan ikan yang telah dibersihkan ke dalam bekas tadi dan gaulkan dengan mesra. amik daun pisang/daung kunyit, balut dengan kemas. biarkan sekejap and boleh dibakar di atas api. kalo ada tempat pembakar yang macam orang goreng roti canai tu lagi bagus. Hani guna frying pan ajer, pon dah sedap kata encek asben hehehe.
selamat mencuba. kalo kurang jelas bleh le bertanya jangan memalu hokayyy ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment