Monday, May 23, 2011

Buat bondaku ..

20.05.2011, Jumaat.

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat emak yang tersayang.
Doa dari adik (nama manja daku huhu), semoga emak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah, semoga Dia merahmati hidup emak, semoga Dia memberi kesempatan kepada emak untuk melihat anak cucu membesar dan semoga Dia melindungi emak dari musibah atau dugaan di hujung usia ini, aminn ..

walau adik dah kawen dan punya anak sendiri, adik tetap anak manja emak yang masih rindukan pelukan emak, masih menangis setiap kali melangkah masuk kereta nak balik Shah Alam, sentiasa mengasihi emak walau apa jua keadaan sihat atau sakit, sentiasa mendoakan kebaikan buat emak, sentiasa mengingati kesusahan, kesenangan kita tempuhi dari dulu. adik sentiasa mengingati emak tiap saat nafas ini kerna tiada emak tiadalah adik ..

"Ya Allah, Kau limpahilah rahmat ke atas ibu ku, berikan dia keredhaanMu dalam ibadahnya, berikan dia cahaya keimanan hingga hujung usia" .. amin yarrabbal alamin ..

** moga emak tak kecil hati tahun ni daku terlewat wish besday dia sebab masa tu juga Alya admitted. kelam-kabut masa tu. harap emak faham.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...