Yeahh .. nak continued citer ke Genting Highlands semalam. Hani and family ke sana semalam tapi tak tido pon sebab takdak apa yang menarik melainkan theme park. sampai dalam pukul 2.30 petang. main sampai lebam dalam pukul 8mlm theme park dah tutup so baik balik ajer. lainlah kalo ada banyak tempat nak visit or sightseeing kan. lagi pulak tengok ramai betol manusia kat lobi First World Hotel, sebab Hani parking kat sini. so dah discuss ngan hubby, kita gi balik hari ajer la, bukan jauh pon dari umah lebih kurang 45 minit ajer hihihi.
ni hubby and Alya, mula-mula sampai. menapak dari hotel ke theme park. masa ni tengah hujan renyai-renyai. tiket skang berharga rm46/seorang dewasa. untuk kids bawah 12 tahun plak, rm30/seorang. oh ya tiket yang Hani and family ni unlimited untuk outdoor theme park ajer. kalo nak main indoor kena beli harga lain.
korang nampak ada orang dewasa (read;debab) dah tukar jadik kanak-kanak ribena macam tak sedar diri naik buaian berpusing nihhh? hihihi sumpah acik terus dizzy lepas turun buaian nih. padan le muka tak sabar-sabar nak naik mainan nih hahaha. jalan pon bayang jer lepas tu hihi
korang nampak tak minachi baju putih tu? hahaha selamba jer dia naik berpusing-pusing dengan kain sarungnya. aku plak yang ngeri kot le time berpusing tu kain dia terbang kahkahkah memang dia selamba kooo .. time naik cockscrew pon dia naik sama ngan aku hahahhahaa
lepas naik mainan yang aku tatau nama tu, nampak plak Beryls room. ala-ala fantasy chocolate house ler kot. takdak apa pon dalam ni kecuali ada jual coklat Beryls. aku tak beli, mahal mencekik reganya hahaha.
Alya kemain suka dapat pegang coklat yang dah diwrapping cantik-cantik. pas kena marah ngan mama terus lompat kuar dari kedai nih huhu
pastu papa bawak Alya naik kuda ni. tatau nama, tapi ala-ala doll house ajer, cantik dekonya siap bertingkat lagi. tak koser aku nak naik sebab tak mencabar langsung ekekekkeke lagipon kesian kat kuda tu takut tak larat nak angkut aku jer hihihi
pastu jalan-jalan jumpa plak scenery yang cantik ni. ni tak silap selepas cyclelone yang sedang ditutup. cyclelone tu tak silap roller coaster kecik yang antara terawal ada di theme park ni. dulu masa tahun 1991 penah naik menda ni so kali ni kempunan nak naik lagi.
pastu papa bawak Alya naik menda ni, tatau nama (aku ni leka perhati orang jer hahaha). papa ditugaskan lagi sebab mama malas, tak mencabar langsung (walhal aku fobia dah dengan menda berpusing ni, pening tadi lom hilang hahahhaa)
owhhh wajah2 kesayangan hamba. sedang queue menunggu turn nak naik mainan nih. luv both of you .. chup chup muahhhss
bahagianya bila melihat wajah2 kesayangan hamba gembira.
oh ya ni papa tinggal berdua ngan Alya sebab mama berjimba nak naik perahu besar plak. ala perahu yang beralun tu ler. kena amik turn sebab sorang kena jaga budak kecik ni, sorang gi main. kena adil hihi gambo mama naik perahu takde sebab jauh sangat nak snap. tapi dapat tengok kat fujishop yang snap picas time kita tengah naik mende tu, boleh beli jika mahu dengan harga rm15/sekeping. nak beli tapi hubby kata membazir ajer plak. sayang gambo tu acik tengah posing cantik, mulut ternganga, mata terbeliak. sib baik tudung maintain hokayyy ..
tak silap ni around 5.30 petang, kabus selepas hujan. cuaca mula terasa sejuk. tapi pedulik haper, daku tetap nak cuba semua mainan huhuhu
berhenti minum sekejap kat cafe ataih outdoor theme park ni. tercekik tengok air teh o rm3.50. ala bang, takpe kita feeling-feeling kat London skang kahkah
pastu singgah solat Asar dulu kat surau yang ada di level ni. Hani tak ingat ni level mana tapi level ni berhampiran dengan spaceshot, cockscrew dan go kart. kat level ni ada toilet yang bersih, ada lounge kalo nak rehat, surau. Hani sempat lepak kat lounge ni sebab Alya nak minum susu. pas dah settle semua, baru start main semula.
paling syahdu kat sini le. time Hani tengah tunggu hubby, melilau perhati dia sebab call manjang tak dapat. Alya berlari masuk ke area mainan untuk kids. tengok-tengok dia dah queue di belakang budak-budak yang lain. owhhh anak mama .. sebak hokayyy .. budak kecik umur 2yrs++ pandai plak beratur, faham ikot kawan-kawan around her. mama happy sangat. luv you Alya ..
ni plak ada uncle yang jual token mainan yang tarik dia suh peluk bear tu (ke bodek suruh aku beli token tu kahkahkah)
owhh ni cockscrew. Hani naik sorang jer sebab hubby kena jaga Alya. ni penah naik dulu and mencabar betol, jerit macam kena kejar hantu hahahaha. ni pon tak sempat nak snap picas sebab jauh benor dari tempat hubby tunggu tu. tengok juga picas kat Fuji tapi rm30/sekeping. suka le tengok gambo time tengah scary tu, maintain hokayyy .. kahkah dengan mulut lebor menjerit, dengan herot-berot bibir tapi tudung tetap maintain cantek yer puan-puan hahahaa. bila turun lemah lutut kejap poyo jer konon berani ekkk .. kesian hubby tak dapat nak celen mama hahahha.
lepas tu nak naik go kart tapi dah tutup plak sebah dah pukul 7.30malam. Ahad, theme park ditutup pukul 8mlm ye puan-puan. kecuali public holiday, school holidays ditutup pukul 10 mlm.
lastly kami sekeluarga naik mende alah yang macam gondola. berpusing le dalam 5 round kot pastu boring terus turun. yelah takat dok ataih tu tengok cuaca yang semakin gelap apa cerrr hihi
ni budak yang tak reti penat. berlari, memanjat dan nak naik semua mainan. owhhh tak larat le mama .. (baru sedar umur dah 3 series hihi)
pusing-pusing sambil cari jalan hala ke First World sebab parking kat sana. jumpa plak London Bus ni. jakun le kejap nak posing sini plak hahaha.
dalam kul 8 kami dah patah semula ke First World hotel, gi parking. ingat nak lepak mekdi kat level T1 tapi kemain ramai orang dok queue tak sanggup le haku, baik makan kat shah alam jer lagipon perut masih kenyang. so kami pon turun dari Genting and terus balik shah alam. hujan renyai-renyai and kereta pon banyak time turun. kabus agak tebal masa ni.
so cukup puas hati sebab dapat habiskan masa melayan Alya. benarnya kanak-kanak yang lebih happy sebab time ni le dorang nak main sepuas hati, nak lari sana-sini, bebas. memang seronok bila lihat wajah Alya yang happy tanpa rasa penat. dalam kete on the way balik baru le tido, baru rasa penat.
tq pada hubby yang bawak kami ke GH walau plan asal nak ke Penang. takpe maybe next time insyallah. luv you abang more and more ..
so korang ke mana cuti panjang ni? anyway, have safe journey pada yang travel.
jumpa lagi.