Wednesday, March 30, 2011

Singgah di galeri lukisan ..

 

okies, puas cuci mata dengan kain baju. jom tenangkan fikiran, rehatkan minda. dan cuci mata lagi. kali ni dengan lukisan yang chantek-chantekkkkkk .. memang indah. relaks, duduk santai sambil berfikir camne nak angkut kesemuanya hahahhaaha .. tamak haloba betol sampai lukisan pon nak hangkot balik mesia hihi.

benarnya ada jiran sebelah rumah yang sudi nganto ke LCCT telah mengorder lukisan ini. dia memang peminat seni. untuk dihias dinding rumah kata beliau. so, dia dah bagi cash siap-siap sungguhpun aku segan nak ngambik (tapi tangan ngulur gak nak ngambik kahkahkah) jiran ku itu berpesan carikan lukisan pemandangan yang cantik. so setelah berpusing, menonggeng, meniarap untuk membelek keindahan lukisan maka aku memilih salah satu lukisan di galeri ini. berharga 200k rupiah sahaja setelah ditawar. memang jauh murah dari bajet yang jiran tu bagi kira okaylah sangat.

Galeri lukisan ni terletak di Jalan Braga. tidak jauh dari Pasar Baru (jika kamu naik angkutan). ni dibantai jalan kaki sebab dengar cakap orang katanya dekat kahkahkaha. merah tapak tangan menjinjit hasil belian sambil menapak ke arah Jalan Braga. bila tanya orang lagi, dia kata depan sana dekat sahaja. amik ko 30 minit rasanya dari Pasar Baru tu pon jalan laju gila sebab tak tahan dengan pengemis yang mengejar nak duit. adoi sakit kaki mak. berpeluh-peluh den.

bila dah jumpa galeri ni baru lah lega. ni pon mengenangkan jiran yang baik hati and sudi ngantor ke LCCT. ditambah pulak dia bagi duit sebab serius nak mengirim kalo tak memang acik tak sanggup nak cari jalan ni. tapi hati memang sejuk, nyaman je duduk dalam galeri ni belek lukisan. memang cantik. memang penduduk indonesia ni berbakat seni.

selesai membeli sehelai lukisan, kami bertiga terus mencari angkutan pulang ke hotel. tamat agenda hari pertama di Bandung. capek dong!

1 comment:

AMIIZAA@Mieja said...

salamsshani,

satu lukisan brp RM?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...