Wednesday, March 30, 2011

Factory Outlets ..

Hari kedua, 30.03.2011. kami memilih untuk ke FOs seawal pagi. opss sempat ke Toko Tiga terlebih dahulu untuk mencari jeans tapi rupanya kedai belom dibuka. mungkin kami ke sana awal and kedai hanya dibuka jam 10 pagi jam sana. Toko Tiga terletak berhampiran Pasar Kosambi. mengikut pemahaman Hani, Toko Tiga dan kedai-kedai yang sewaktu dengannya terletak di dalam sebuah kawasan pasar. lebih kurang Chow Kit di KL nun.

so bila tengok kedai masih tutup terus minta supir bawa kami ke Jalan Riau. dah planned nak ke Jalan Riau, Jalan Dago, Jalan Setia Budi untuk FOs. misi utama memang nak shopping baju anak. baju anak dara ku nan sorang itu hehehe ..

Jalan Riau. masih lengang. maklom pagi lagi. cuaca nyaman jer, angin bertiup manja hihi. so supir berenti di FO yang pertama (dah lupa namanya sebab tak best hikhikhik). kami terus jalan kaki. FO pertama yang kami masuk ialah The Secret. fuh besarnya. dari luar macam buruk jer hahaha sekali dah masuk baru tau deko dalamnya mabeles youuu .. lebih kurang macam resort boutique. bahagian kids memang menarik. tapi bila dah cuit 3-4 helai baju terus otak bagi signal = MAHAL. hehehehe ni Hani nyer tanggapan la yer, jangan pukul rata plak. lain orang lain poketnya. okey.

adalah dalam 20 minit dalam tu terus cuit kawan-kawan tanya nak stay or terus jalan ke FO lain. dorang pon cakap mahal so keluar. jalan jalan jalan kuar masuk FO sampai ke FO hujung sekali, SAHARA. kat sini memang best. Hani beli 6 helai baju di sini. harga berpatutan, choice pon banyak. dah tu deko memang selesa. berkenan dengan kasut tapi takde saiz plaks uwaaaa .. beg LV gred AAAAAAAAAA (giler banyak A koo) pon cantek tapi tak beli sebab takde dalam list hahahaha. sempat juga sambar baju hubby, suka betol dia sebab material memang bagus. harga boleh tahan. baju pon ada size besar so tak perlu risau kita yang big size ni kalo nak cari baju kat sana. Hani ada beli blouse and sangat sedap dipakai. selesa you ..

Antara FO yang Hani ingat and shoppe di dalamnya ialah The Oasis, Renaritti, Sahara and 2-3 FO yang tak ingat nama sebab main masuk jer. yang kelakar depan Sahara tu ada satu hospital private. kami nyaris singgah sebab ingatkan tu FO jugak hahahhahahahahahhaa. 

kelakar jugak bila singgah di salah sebuah FO (mati le tak ingat nama hahaha) sebab takde orang langsung. kami bertiga jer dalam tu hahahahhaa. selamba jer la dok belek segala baju yang ada and terbeli 2 helai baju kat sini. not bad jugak. takde orang sampai Hani terbawa balik keypad letak barang. sebab panggil orang yang jaga barang tu sampai ke sudah takde so main amik sendiri jer la gamaknya hehehe. halal ye pakk .. 

selepas abis pusing tawaf Jalan Riau, kami ke Dago tapi sebab kaki dah pancit so terus je ke Jalan Setia Budi. memasing dah pancit awal sebab letih berjalan, kurang stamina hikhik. Jalan Setia Budi wajib singgah Rumah Mode. bila sampai kat sini terus ternampak pegawai kastam dari Subang Jaya. wah kebetulan sangat sebab baru jer citer pasal passport hahahahha. ada juga jumpa orang mesia yang lain tapi memasing cam sombong@kurang mesra. segan plak nak menegur kang dikata terlebih peramah hihihi. kalo yang senyum kat Hani tu, Hani pon senyum balik and say hi ajer. nak bersembang sampai lebam tak sempat plak sebab sebok membelek kain baju.

abis lepak di Rumah Mode, sempat minum iced lemon tea. wah nyamannya. kat sini Hani ada beli 2 helai baju. actually Rumah Mode okay, boleh bagi 3 bintang tapi agak messy kat bahagian baju kanak-kanak. abis dicampurnya dari baby sampai teenager. tapi baju memang banyak pilihan.

Then, terus minta supir bawak ke Toko Tiga semula sebab masa ni dah pukul 2 petang. kena pegi ke sini juga sebab nak belikan jeans. kang takut terbabas guna jutaan rupiah tu hehe. kebetulan masa ni hujan renyai-renyai. supir tunggu dalam kereta jer sementara Hani dan kawan-kawan berlari menyeberangi jalan masuk ke Toko Tiga. belek-belek and pilih mana yang berkenan terus decide. takyah pikir lama sebab memang tak banyak pilihan pon. 501 langsung takde yang berkenan. jumpa 512 yang rasa okay, harga menarik and design stunning. harga levis 512 straight cut 449k rupiah, ada 10% diskaun. wah menariks .. terus amik and bayar.

kat sini ada juga orang mesia sebok mempertikaikan ketulenan jeans Toko Tiga. abis dah ramai rekemen kedai ni katanya pengeluar jeans kan? kabarnya kilangnya di Jakarta, entah betul entah tidak wallahualam. tak koser plak nak letak pisau kat leher salesman tu suh dia bagi tau ori or not hahahahahhahaha .. yang penting orang yang kirim jeans tu senyum lebar sampai belakang telinga and siap kata kalo tau baik kirim 4-5 helai. waaaaahh larat ke nak ngangkotnya???


kalo bawak anak confirm dorang takmo kuar dari FO ni. tengok, punyalah pandai dorang deko bagi menarik perhatian kita. atleast time kita leka membelek baju, anak-anak boleh main kat horses ni. pastu teddy bear comel-comel belaka. ya ampun kalo tak kuat iman nak jer swipe cc let say tak cukup rupiah sebab nak beli teddy bear sume tu.






ni sesi wajib tayang hehehe
kalo ikotkan memang tak puas hati sebab tak singgah Jalan Dago. sebab kat sana ada banyak FO yang menarik. takpe next trip insyallah memang akan ke sana juga. sesi FO dah abis (walo hati tak puas hikhik) terus mengulang ke Pasar Baru semula kali kedua.

nanti Hani letak semua baju-bajan dari FO letak kat sini okies .. see later ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...