Thursday, March 31, 2011

Sayonara Bandung ..

31.03.2011, Khamis. last day di Bandung. trip kali ni cuma 3 hari ajer. maklom pertama kali pergi, tatau cemana situasinya. tapi alhamdulillah, dari info kak zuraidah, kawan di ofis yang saban tahun pegi ke Bandung (kami kata dia balik kampong every time dia ke sini hihi) memang kami manfaatkan sepenohnya info dari beliau. bila dah every year pegi Bandung, kak zuraidah ni siap lukis peta dari Hotel Cemerlang ke Pasar Baru dan FO sekitarnya penuh confident. memang terer. dah otai Bandung.

and, terima kasih secara tak langsung kepada kawan-kawan di forum cari (thread pelancongan). walau tak kenal muka atau siapa tapi info dari mereka memang mantap. itulah orang kata, pengalaman dikongsikan ibarat ilmu yang perlu disebarkan. thanks all ..

info dari sumber-sumber di atas memang Hani compile, siap simpan dalam notebook and bawak dalam folder ke sana. bukan apa, pertama kali pegi ke negara luar and tempat tu pulak asing so kenalah ada maklumat yang tepat dan penting. nak shopping pon kena ada schedule okiesss hihi. tapi dengan info semua tu la yang menjayakan trip kami ni. selamba je sebut nama jalan-jalan tertentu dengan confident macam penah sampai haha. and, alhamdulillah juga kami selamat dari musibah seperti penyeluk saku, kecurian, kecuaian, penipuan atau kehilangan barang serta kemalangan. walau trafik kat sini berani mati tapi kami tempuhi jua dengan selamat, aminnn ..

Hani pon cuba berkongsi info dengan kawan-kawan yang sudi singgah di blog ni. insyalah jika ada soalan, boleh jer tanya. nak add kat fb pon boleh, jangan segan-segan eh. maybe ada info Hani tak lengkap, harap dimaafi insyallah akan cuba diperbaiki dengan kadar segera.

well, perjalanan pulang ke Malaysia selamat dan tiada sebarang masalah. berat bagasi pon tidak melebih 30kg. nasihat ikhlas Hani, tidak mengapa jika kamu amik berat maksimum 30kg walau rasa tak beli barang banyak. bimbang nanti terlebih shopping, terlebih berat dan kamu dikenakan bayaran bagasi yang berganda-ganda mahalnya. so, bayarlah hanya RM25 sahaja instead of beratus ringgit (ramai kawan-kawan Hani terpaksa bayar time kat airport, ni kes terlebih berat). yelah sampai sana semua menggoda, semua nak beli. tak cukup rupiah yang dibawa, boleh swipe cc kalo tak cukup uanggg hihihi .. hah menjawab la ko nak bayar extra luggage tu nanti.

ni muka yang happy sangat bila selamat di negara terchenta. oppsss jerawat pon ado penangan kacang Bandong yang shedappp tuuuu ... hihi


jumpa lagi. jika ada lagi info, gambo yang terselit later Hani masukkan dalam next entry.

Kartika Sari; brownies wajib beli ..


rasanya rata-rata yang ke Bandung mesti datang ke sini kan? Hani masa mula-mula dengar nama Kartika Sari ingat ni kedai jamu hahaha. iyalah bunyi pon dah ala-ala Mustika Ratu yang jual jamu tu. rupanya jual kek. boleh dikatakan ramai yang rekemen suh ke kedai ni so Hani pon minta supir bawak ke mari. mula tu ingatkan kedai kecik jer sekali bila sampai haaa macam hotel kooo .. dalam kedai yang ala-ala butik shoppe ni siap jual baju-bajan bagai. sambil pilih kek sambil pilih baju youuu .. ada mainan juga so budak-budak dilarang dibawa di sini hahahah kejam kann ..

tak silap butik kek ni 2 tingkat. bahagian atas ada lagi stok baju-bajan bahagian orang dewasa. so boleh cuci mata sambil tunggu order kek. masa Hani ke sini brownies tinggal bape kotak je. tak silap brownies kukus yang ada ari tu cuma perisa coklat marble, pisang and coffee. so hani amik marble and coffee saja. ada banyak kek yang lain tapi yang popular brownies ni je menurut kawan-kawan yang pernah ke Bandung. brownies lebih elok dibeli yang dikukus sebab tahan lama, sehingga 4 hari. harga dari 33k rupiah. harga berbeza mengikut jenis brownies. lain rasa lain harga. tapi memang tak rugi beli di sini sebab rasanya memang enak dan tahan lama. kalaulah boleh beli sampai sepuluh kotak tapi bila memikirkan tanganku hanya 2 so sapa nak angkut? jangan letak dalam luggage takut hancur nanti. Hani angkut brownies dan kacang-kacang dalam plastic bag and hand carry saja. selamat takde kena charge apa ke.

tu 3 kotak brownies kukus yang hani beli. kotak warna coklat tu. rasanya berat kek tu dalam 1/2 kilo je kot. tapi boleh tahan gak jinjit bag plastik masa nak naik flight hehe.



ni tengah tunggu supir amik kete. sini kena bayar parking 2000k rupiah. muka dah penat sangat la tu.
so Kartika Sari boleh dijadikan hot spot jika anda suka membeli kek, coklat, brownies, sweet atau apa saja makanan termasuk kacang-kacang dan kerepek. tak silap Kartika Sari ada banyak cawangan atau cabang dorang panggil. yang Hani singgah ni kira antara yang terbesar di Jalan H. Akbar 4, area mana dah lupa hihi.


 

Factory Outlets .. continued ..

Okey kita sambung citer shopping di FOs. kat sini banyak beli t shirt untuk Alya and anak abang ipar (sori lupa snap gambo sebab dah pass kat mereka). mula tu risau juga nak amik kiriman biras sebab takut takde masa nak cari tapi rupanya okay je sebab pilihan memang banyak and anak dia kebetulan girl juga. lagi senang nak pilih and kebanyakan baju anaknya sama je ngan Alya (beza umur je) hehehe senang kojo den.

kat FOs memang banyak pilihan dari segi design, corak atau harga. kalo rasa-rasa poket tu tebal bolehlah amik range harga 100k ke atas. tapi bawah harga tu pon ada juga yang cantik terutamanya baby t. memang rambang mata memilih. Hani prefer Gap, Oshkosh, Next and Guess. ada juga nampak mickey disney sume tu tapi bila fikir kat malaysia pon ada so takmo le beli kat sana. alang-alang amik je la brand yang femes and okay sket hehe. kat sini kalo nak memilih pon senang sebab salesgirl peramah and bukan jenis mengekor kita ke mana saja. so kita tak rimas and kalut. paling best shopping di Sahara. memang cool there.

Bab size pon takdelah jauh beza dari sini so tak perlu risau kalo badan anak kita bam bam ke tiny ke sume ada size and tak perlu beli yang besar extra, atleast beza besar 1yr pon dah kira cantik nak pakai raya nanti. wahhh Alya dah ada baju raya gitu. leh caya ke mama Alya ni? (ni pon dah ada yang Alya pakai okehhh .. hikhikhik)

jom lihat .. taste kita berbeza okies ..


tak silap ni dalam 15 hengget duet Malaysia. murah kan? ari tu tengok lam Gap website tak silap 20++. sukanya tapi ni je tinggal satu. kalo ada kaler lain memang acik sambar lagi.
Guess 3 quarter jeans. memang aim sebab kat sini susah nak cari yang okay. dulu beli Poney tapi skang macam tak menarik jer dah la harga mencekik sampai 70 hengget kann .. jumpa yang ni memang sambar jer.
yang ni feveret gown acik hehe (macam maknya plak yang nak pakai kannn ..)
ni gown pertama di beli tak silap di Oasis. kat sini tak banyak pilihan tapi yang ada memang cantik-cantik. berkenan yang itu, takde size plak. berkenan yang ini, display je yang ada. lastly sambar jer yang ni.
seingat Hani baby t harganya bermula dari 69k rupiah above. gown plak 120k above. jeans guess tu dalam 79k rupiah. so kira berbaloi sangat sebab jika compare dengan harga disini berganda-ganda youu .. takyah la citer yang off season ofkos murah juga kan. yang penting Hani puas hati dengan harga, material dan design yang dipilih. Alya pon suka sangat bila tunjuk sume baju ni dia yang punya. wahhhh sakan anak mama berbaju baru yer. simpan stok raya nihhh .. ehehe kalo tahan la hahahha ..

Wednesday, March 30, 2011

Untuk my Alya ..


letak spoiler dulu hikhikhiksss ..

Factory Outlets ..

Hari kedua, 30.03.2011. kami memilih untuk ke FOs seawal pagi. opss sempat ke Toko Tiga terlebih dahulu untuk mencari jeans tapi rupanya kedai belom dibuka. mungkin kami ke sana awal and kedai hanya dibuka jam 10 pagi jam sana. Toko Tiga terletak berhampiran Pasar Kosambi. mengikut pemahaman Hani, Toko Tiga dan kedai-kedai yang sewaktu dengannya terletak di dalam sebuah kawasan pasar. lebih kurang Chow Kit di KL nun.

so bila tengok kedai masih tutup terus minta supir bawa kami ke Jalan Riau. dah planned nak ke Jalan Riau, Jalan Dago, Jalan Setia Budi untuk FOs. misi utama memang nak shopping baju anak. baju anak dara ku nan sorang itu hehehe ..

Jalan Riau. masih lengang. maklom pagi lagi. cuaca nyaman jer, angin bertiup manja hihi. so supir berenti di FO yang pertama (dah lupa namanya sebab tak best hikhikhik). kami terus jalan kaki. FO pertama yang kami masuk ialah The Secret. fuh besarnya. dari luar macam buruk jer hahaha sekali dah masuk baru tau deko dalamnya mabeles youuu .. lebih kurang macam resort boutique. bahagian kids memang menarik. tapi bila dah cuit 3-4 helai baju terus otak bagi signal = MAHAL. hehehehe ni Hani nyer tanggapan la yer, jangan pukul rata plak. lain orang lain poketnya. okey.

adalah dalam 20 minit dalam tu terus cuit kawan-kawan tanya nak stay or terus jalan ke FO lain. dorang pon cakap mahal so keluar. jalan jalan jalan kuar masuk FO sampai ke FO hujung sekali, SAHARA. kat sini memang best. Hani beli 6 helai baju di sini. harga berpatutan, choice pon banyak. dah tu deko memang selesa. berkenan dengan kasut tapi takde saiz plaks uwaaaa .. beg LV gred AAAAAAAAAA (giler banyak A koo) pon cantek tapi tak beli sebab takde dalam list hahahaha. sempat juga sambar baju hubby, suka betol dia sebab material memang bagus. harga boleh tahan. baju pon ada size besar so tak perlu risau kita yang big size ni kalo nak cari baju kat sana. Hani ada beli blouse and sangat sedap dipakai. selesa you ..

Antara FO yang Hani ingat and shoppe di dalamnya ialah The Oasis, Renaritti, Sahara and 2-3 FO yang tak ingat nama sebab main masuk jer. yang kelakar depan Sahara tu ada satu hospital private. kami nyaris singgah sebab ingatkan tu FO jugak hahahhahahahahahhaa. 

kelakar jugak bila singgah di salah sebuah FO (mati le tak ingat nama hahaha) sebab takde orang langsung. kami bertiga jer dalam tu hahahahhaa. selamba jer la dok belek segala baju yang ada and terbeli 2 helai baju kat sini. not bad jugak. takde orang sampai Hani terbawa balik keypad letak barang. sebab panggil orang yang jaga barang tu sampai ke sudah takde so main amik sendiri jer la gamaknya hehehe. halal ye pakk .. 

selepas abis pusing tawaf Jalan Riau, kami ke Dago tapi sebab kaki dah pancit so terus je ke Jalan Setia Budi. memasing dah pancit awal sebab letih berjalan, kurang stamina hikhik. Jalan Setia Budi wajib singgah Rumah Mode. bila sampai kat sini terus ternampak pegawai kastam dari Subang Jaya. wah kebetulan sangat sebab baru jer citer pasal passport hahahahha. ada juga jumpa orang mesia yang lain tapi memasing cam sombong@kurang mesra. segan plak nak menegur kang dikata terlebih peramah hihihi. kalo yang senyum kat Hani tu, Hani pon senyum balik and say hi ajer. nak bersembang sampai lebam tak sempat plak sebab sebok membelek kain baju.

abis lepak di Rumah Mode, sempat minum iced lemon tea. wah nyamannya. kat sini Hani ada beli 2 helai baju. actually Rumah Mode okay, boleh bagi 3 bintang tapi agak messy kat bahagian baju kanak-kanak. abis dicampurnya dari baby sampai teenager. tapi baju memang banyak pilihan.

Then, terus minta supir bawak ke Toko Tiga semula sebab masa ni dah pukul 2 petang. kena pegi ke sini juga sebab nak belikan jeans. kang takut terbabas guna jutaan rupiah tu hehe. kebetulan masa ni hujan renyai-renyai. supir tunggu dalam kereta jer sementara Hani dan kawan-kawan berlari menyeberangi jalan masuk ke Toko Tiga. belek-belek and pilih mana yang berkenan terus decide. takyah pikir lama sebab memang tak banyak pilihan pon. 501 langsung takde yang berkenan. jumpa 512 yang rasa okay, harga menarik and design stunning. harga levis 512 straight cut 449k rupiah, ada 10% diskaun. wah menariks .. terus amik and bayar.

kat sini ada juga orang mesia sebok mempertikaikan ketulenan jeans Toko Tiga. abis dah ramai rekemen kedai ni katanya pengeluar jeans kan? kabarnya kilangnya di Jakarta, entah betul entah tidak wallahualam. tak koser plak nak letak pisau kat leher salesman tu suh dia bagi tau ori or not hahahahahhahaha .. yang penting orang yang kirim jeans tu senyum lebar sampai belakang telinga and siap kata kalo tau baik kirim 4-5 helai. waaaaahh larat ke nak ngangkotnya???


kalo bawak anak confirm dorang takmo kuar dari FO ni. tengok, punyalah pandai dorang deko bagi menarik perhatian kita. atleast time kita leka membelek baju, anak-anak boleh main kat horses ni. pastu teddy bear comel-comel belaka. ya ampun kalo tak kuat iman nak jer swipe cc let say tak cukup rupiah sebab nak beli teddy bear sume tu.






ni sesi wajib tayang hehehe
kalo ikotkan memang tak puas hati sebab tak singgah Jalan Dago. sebab kat sana ada banyak FO yang menarik. takpe next trip insyallah memang akan ke sana juga. sesi FO dah abis (walo hati tak puas hikhik) terus mengulang ke Pasar Baru semula kali kedua.

nanti Hani letak semua baju-bajan dari FO letak kat sini okies .. see later ..

Singgah di galeri lukisan ..

 

okies, puas cuci mata dengan kain baju. jom tenangkan fikiran, rehatkan minda. dan cuci mata lagi. kali ni dengan lukisan yang chantek-chantekkkkkk .. memang indah. relaks, duduk santai sambil berfikir camne nak angkut kesemuanya hahahhaaha .. tamak haloba betol sampai lukisan pon nak hangkot balik mesia hihi.

benarnya ada jiran sebelah rumah yang sudi nganto ke LCCT telah mengorder lukisan ini. dia memang peminat seni. untuk dihias dinding rumah kata beliau. so, dia dah bagi cash siap-siap sungguhpun aku segan nak ngambik (tapi tangan ngulur gak nak ngambik kahkahkah) jiran ku itu berpesan carikan lukisan pemandangan yang cantik. so setelah berpusing, menonggeng, meniarap untuk membelek keindahan lukisan maka aku memilih salah satu lukisan di galeri ini. berharga 200k rupiah sahaja setelah ditawar. memang jauh murah dari bajet yang jiran tu bagi kira okaylah sangat.

Galeri lukisan ni terletak di Jalan Braga. tidak jauh dari Pasar Baru (jika kamu naik angkutan). ni dibantai jalan kaki sebab dengar cakap orang katanya dekat kahkahkaha. merah tapak tangan menjinjit hasil belian sambil menapak ke arah Jalan Braga. bila tanya orang lagi, dia kata depan sana dekat sahaja. amik ko 30 minit rasanya dari Pasar Baru tu pon jalan laju gila sebab tak tahan dengan pengemis yang mengejar nak duit. adoi sakit kaki mak. berpeluh-peluh den.

bila dah jumpa galeri ni baru lah lega. ni pon mengenangkan jiran yang baik hati and sudi ngantor ke LCCT. ditambah pulak dia bagi duit sebab serius nak mengirim kalo tak memang acik tak sanggup nak cari jalan ni. tapi hati memang sejuk, nyaman je duduk dalam galeri ni belek lukisan. memang cantik. memang penduduk indonesia ni berbakat seni.

selesai membeli sehelai lukisan, kami bertiga terus mencari angkutan pulang ke hotel. tamat agenda hari pertama di Bandung. capek dong!

Kain Kapas idaman kalbu ..cotton Bandung!

Ini antara cotton yang Hani beli. cantik di mata ku le semestinya hehe. lain orang lain citarasa so kalo rasa tak cantik di mata kamu, abaikan saja hihi.

cotton ni memang banyak, sampai rambang mata dibuatnya. buka yang itu, belek yang ini. and, yang penting kena bentangkan luas-luas kain ni barulah nampak coraknya. kalo ikotkan hati dan nafsu tamak haloba ni memang nak angkut kesemuanya tapi bila memikirkan jutaan rupiah makin menyusut maka cukuplah dengan 8 pasang cotton sahaja. selebihnya, tunggu next trip. insyallah .. (mode berangan nak ke Bandung)

eh eh jangan salah faham yer, cotton ni ada di antaranya nak dibuat baju Alya, ada yang nak bagi mak, nak bagi kakak and selebihnya baru baju raya Hani. bagusnya korang dapat tengok baju raya ku in advance hehe.

sila cuci mata hehe ..



















memang banyak pilihan kan? kualiti pon boleh tahan. nak mahal dan berkualiti boleh pilih range harga dari 90k rupiah ke atas. tapi yang 100k rupiah untuk 4 meter pon dah kira cantik. jangan terkeliru dengan bidang, ada bidang 45 and 60. so kalo bidang 60 rasanya harga lebih sedikit dari bidang 45. tapi yang penting, harga memang masih murah jika dibandingkan di sini. oh ya sempat juga berbual dengan tokei kedai, mereka kata JAKEL pon import kain dari sini untuk market Malaysia. so tak heran la kalo JAKEL boleh jual murah-murah di sini. lace pon sama jugak. sapa nak kawen, boleh shopping di sini. memang murah dan banyak pilihan. tukang jahit pon ado cumanya tak pasti sedap atau tidak jahitan mereka. ala, beli je kain pastu jahit je kat taylor kita. pon puas hati nanti kann?

so raya tahun ni berbaju cotton la kita hihi .. (benarnya dari tahun lepas lagi dah bercotton bagai ni hihi)

Bandung - Pasar Baru

Pasar Baru Trade Center.

wah gah sungguh nama dan tempat ni. Hot Spot. Wajib singgah kalo datang ke Bandung. memang tak sah trip kalo tak ke sini hehe. dulu dengar dari kawan-kawan yang dah pernah ke sini so bila tengok sendiri memang excited betul.

Paling Hani suka kat sini ialah, Lantai 5 sebab banyak kain cotton. di Bandung mereka panggil kain katun. memang murah, cantik dan banyak pilihan di sini. bukan setakat cotton tapi lace, crepe atau apa sahaja material nak dibuat baju ada di sini. kawan ai Kak Nana make up tu pon meronta-ronta tak sabar nak jejak kaki ke sini Jun nanti. ohhhh kalo lah ada tambang semurah rm113 yang pernah ai dapat, memang ai datang lagi ke sini ikot Kak Nana hahahahhaa .. sabar aje la penangan Bandungggg ..

hemmm bila dah masuk ke sini memang tak sempat nak toleh kiri-kanan. terus meluru ke lantai-lantai yang dah dihighlight dalam schedule. pilih punya pilih, hari pertama baru dapat 3 pasang telekong, 4 pasang kain cotton, sepasang baju renang muslimah dan spentot Alya haha. esoknya sambung lagi shopping di sini, menambah koleksi cotton. wahhhh suka betul tengok kain-kain bersusun cantik ni. cantik ke? ikot citarasa sendiri la ye. so baju raya sudah ada and tak perlu pening kepala lagi. tema tahun ni hijau pink. wahhhh ..

itu hari pertama di Pasar Baru. nanti citer tentang FOs plaks. capek sungguhh .. oh ya Pasar Baru ni dibuka sehingga 7 malam. ada juga info kata sehingga 5 petang, jangan risau ye kawan-kawan, kamu boleh shopping sehingga pukul 7.

kedai-kedai memang happening cuma kita akan pening mencari tangga untuk turun atau naik hehe. berpusing-pusing terutama jika pergi pertama kali atau di hari pertama di sini. tetapi yang bagusnya pekedai di sini mesra sungguh. tanya saja mesti mereka sedia membantu. memang happening, heaven shopping di sini.

Tuesday, March 29, 2011

Canon instead of NIKON ..

Selingannn .. ada yang tahu rumah Hani kena pecah masuk awal januari lepas kan? and my NIKON pon kena rembat jugak huwaaaaaaa .. so memang ralat sangat sebab NIKON tu baru pakai bape bulan jer. so bila trip ke Bandung ni jadi makin hampir, Hani dah kalut. sebab memang suka snap picas. takkan nak snap guna henpon cabuk tu? survey 2-3 tempat and lastly pegi kedai beli NIKON last year. yeaaa tokei tu bagi best price untuk CANON. so kali ni selamba je amik CANON plak.

memang tak rugi la pilih CANON ni. gambo okay, features pon cantik. senang guna atau friendly user. lebih kurang NIKON juga. memang tak pikir 10 kali pon masa pilih kamera ni. yelah nak angkut NIKON D90 memang takde bajet. gile nak beli beriban time nak ke Bandung hihi. so amik yang mampu ikot bajet yang ada. tu pon paras hidung hihi ..


okay sambung citer shopping selepas iklan .. hihi

Hotel Cemerlang di Bandung ..

Okay, kami dah sampai di Hotel Cemerlang terus check in sebab dah hampir pukul 1 tengahari. perut pon dah lapo. nasib baik juga hotel ni boleh check in awal. yelah, selalunya lepas pukul 2 petang baru bleh masuk bilik kan? so lepas check in, bayar deposit dahulu dalam 650k rupiah jer.

Hotel Cemerlang ni terletak di Jalan HOS Tjokroaminoto, 45 (Pasirkaliki) bersebelahan dengan hotel Hilton. boleh dikatakan terletak di tengah-tengah bandar and senang kalo nak naik angkutan atau bluebird.

kami amik superior room + extra bed = 388k rupiah + 150k rupiah bersamaan dengan RM377.00 (bahagi 3 orang = RM126.00 sahaja) termasuk sarapan pagi. rasanya amat berpatutan sangat dengan servis dan kualiti yang diberikan. nak hotel best, rega pon best la. tu sebelah jer Hilton hahahaha.

gini le ghupernya Hotel Cemerlang (Gemilang, Terbilang hihihi) tapi memang puas hati sangat la. bersih dan selesa. sila klik HotelCemerlang@com.my . oh ya aku  nak bukan promote ke haper takde dapat duit komisen pon just nak share ngan readers let say korang nak ke sana. so boleh lah tambahkan list hotel yang okay dalam booklet korang. kalo tak okay tak koser aku share sini kang kena kondem balik kangg hihi ..

ni time nak check in. rasanya hotel ni tengah buat ubah suai so lif tak dapat digunakan and kami bernasib baik dapat bilik di tingkat 1 ajer so takdelah mengah panjat tangga hehe.

tadaaaa .. ni dalam bilik hotel. wahhh rasa nak landing jer time ni tapi perut lapo hahaha. so kemas-kemas apa yang patut and snap picas 2-3 keping and terus blah. hehe Pasar Baru dah panggil hahahhaha .. extra bed dorang anto lepas kami kuar tapi sempat nampak dorang nak masukkan bed dalam bilik. memang dorang care about customer sebab cepat buat keje bila tau kami dah sampai.


aik dalam toilet pon sempat snap? poyo betul hahaha ..

yang ni plak dining hall. luas dan selesa. nak amik makanan pon senang ajer. pastu kat sini memang ada WIFI. berinternet le sampai lebam, dorang x kisah pon hihi


oleh kerna hanya makan semasa sarapan sahaja so ini je la menu yang ada. kira boleh lah nak alas perut. takleh nak demand gulai ayam masak lomak cili api ko, mee goreng mamak nasi pattaya ko hahahha .. roti pon ada kalo tak lalu nak makan nasi goreng cina dia. tapi nasi goreng cina dia boleh tahan. tahan la nak sampai tengahari lunch karang. takleh demand yer melainkan ko duduk kek Hilton hahaha ..

ni yang daku makan. nasi goreng cina, kuetiew (takleh blah hihi), goreng ayam. and roti yang agak sedap.


senyum tu tanda senang hati. makan pon sodappp .. hahahhaa ..

okies, citer hotel dah abis, lepas ni nak citer pasal shopping plak. ai tahu ramai yang tunggu segmen ni ek. ye ke? (perasan je aku ni hihihi) mode Bandung still in.

oh ya lupa plak, hotel ni juga ada spa. yang kelakarnya spa tu bersebelahan ajer dengan bilik kami. so bila balik ke bilik, mandi bersihkan badan terus terjah spa nak urut kaki yang dah lenguh ni. hani sempat amik pakej Facial + Relaxing Massage berharga 185k rupiah. memang best. terbaik youuu ..

daaaa ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...