punyalah lama terperap gambo ni disebabkan excited menayang entry henpon wkakaka. ni majlis besday anak kawan merangkap jiran rumah aka opismet, kak nana. ha ko betapa akrabnya hubungan kami kan. tak sangka dah hampir 11 tahun kami kenal dan berkawan. dari dok kat Damansara hinggalah berpindah ke Shah Alam. rumah pulak dapat dekat2 memang tak sangka al ajaib kann .. oh ya kak nana ni ler mak andam yang aku promote ari tu. sila ke http://kaknanamakeup.blogspot.com/ untuk info lebih lanjut.
tapi selepas ni kawan yang juga boleh dianggap kakakku ini (daku tiada kakak) akan berpindah ke Sijangkang. tu pon sebab mak paknya dah beli tanah lot dan buat sebijik banglo di sana. orang tua biasalah, mana betah dok umah terkurung tambah2 rumah merpati ehhee. wah best la ko kak nak pindah dok area sana, ala ala kampong. aku pon dah banyak kali ke sana, memang syok. pakcik tentu tak sabar2 nak packing barang ek.
ok, citer pasal majlis ni. kak nana jemput jiran terdekat dan kawan2 yang dok area sana jer. ni majlis besday dan majlis farewell nak pindah. yelah, kenalah inform jiran terdekat kan. rumah ni pon dah nak dijual khabarnya. sedihnya sebab takde kawan baik yang dok dekat2 dah. dulu aku selalu lepak umah dia kalo malas nak manjat tangga balik umah hehehe. lepak-lepak, makan minum, tido pon ada hahahhaa. lepas ni hilang sorang jiran aku.
ye cite pasal majlis. melalut betol aku ni. hehe. jiran terdekat tapi datang dah dekat kul 2. majlisnya makan tengahari so bermula dari 12.30 tengahari hingga 5 petang. aku lambat biasalah kan dah ada anak ni (alasan lapuk).
ni kek untuk besday boy, Firdaus ni anak kedua kak nana. hepi besday in advance Firdaus!
tu suami kak nana, Fakharudin yang sudah ada hobi baru, DSLR.
kali ni maklang, mak sedara kak nana pon datang. lama tak jumpa dia. aku suka sangat dapat jumpa dia sebab dia ni kelakar, peramah. lagi satu sebab apa aku suka? sebab dia ni Datin tapi very humble person. punya dia marah kalo aku pangge "DATIN". bagusnya maklang ni. dah sepuluh tahun juga aku kenal dia since aku berkawan ngan kak nana. punyalah sporting dan baik hati. ni aku puji dia pon tatau so bukan kira bodek ke ampu ke (dia tatau pasal blog aku hehe). then, bagusnya dia ni dah berusia lewat 50an dah pencen pon stil bergaya cantik dan slim. alalalla jeles betol. maklang meh bagi tips ekk ..
tak sempat nak snap nasi beriani yang dibuat sendiri oleh tuan rumah. sedap betol sampai menjilat jari. thanks to kak nana sebab invite hani!
No comments:
Post a Comment