Friday, November 12, 2010

Mama, jom naik bas!


gambo file sekadar pencuci mata. ahaks ..


kisahnya aku tengah sengal ni memikirkan anak dara sorang ni asik menyebut "mama jom naik bas". dari bangun tido sampailah ke nak tido tetengah malam tu memang syahdu je dengo dia sebot cenggitu. rasanya ari tu aku ada tulih kat sini pasal Alya dah reti ajak naik bas. pastu pantang pakai shoes, pakai jam, pakai beg (hari-hari gini le pesen dia kalo nak umah bbsitter) mesti sebot "naik bas".  yang kelakarnya, beria sebot "let's go mama" jadik "lekkos mama" hahahhaa .. bestnya sebab dia dah tau kalo mama sebut "kakak go to school by bus" and dia akan faham so takdelah merengek meraung-raung. sebab dia selalu nampak anak jiran bawak bag pakai school uniform then tunggu bas kat post guard.  


nasib baik ajak naik bas, kira kes ringan je la ni. buatnya dia ajak naik plane? tak ke haru aku nanti hahahaa .. skang ni memang pantang nampak bas, memang laju je dia sebut naik bas. eh tapi semalam nampak plane tapi dia takde plak ajak mamanya naik hahahahahhaa ..


aku ingat esok Sabtu tak keje so nak bawak dia naik bas rapid kl tu la. bape tambang skang ek? lama berkurun aku tak naik bas ni. kalo naik dari rumah then turun kat subang airport pastu ronda-ronda dalam tu kejap sambil makan mekdi (makan lagi?) pastu tunggu bas balik umah. okay tak? kurang2 terlepas gak hajat puteri berlian saya tu kan. haru betol ler since dah pandai bercakap, pulak tu dah reti fungsi transport ni muakakakaka ..


pernah tak korang ada pengalaman cenggini? sila bantu saya. hahahhahaa ..

** mama sengal **

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...