Sunday, June 13, 2010

Majlis bersanding 2 pengantin ..


 

Selamat Pengantin Baru .. (sambil nyanyi ikot lagu Saloma)

Ni entry bersambungan dengan entry dua minggu lepas yakni; http://hani81.blogspot.com/2010/05/selamat-pengantin-baru-kakak.html 

yelah, ari tu majlis nikahnya. udah selamat bernikah majlis kendurinya pula menyusul. bersandingan sekali dengan adik lelakinya yang bernikah dengan pasangannya; Maryam pada 06.06.2010. tahniah Ijun & Maryam yek. maafi daku kerna terlambat wish almaklom minggu lepas telepon ku kehabisan bateri dan chargernya kerosakkan. nak pengsan mencari charger baru. sumpah lepas ni ku kembali ke NOKIA!

okies, mari kembali ke cerita dua pasangan pengantin baru ini. Ahad, 13.06.2010 majlis persandingan dua pasangan adik-beradik ini berlangsung di Bagan Datoh. kali ini ku berpergian bersama encek suami dan Alya. daku time ni tengah batuk, selsema yang agak heavy. cuaca panas kedengkung!

haa sampai rumah pengantin dalam pukul 1 setengah, tengah laporrr .. apalagi kebetulan masuk dalam rumah, pengantin tengah nak makan, daku terus tumpang 2 kaki ekekke .. dah kata tetamu khas kan?? ekekek .. nampak tu udang beso? depan acik je apalagi kena kekah la akakkaa .. memang langkah kanan kali ni.

lepas makan baru ler sambung berjongket snap picas. itu pon daku lega sangat2 sebab ada Ayie, cousin pengantin yang dah standby snap picas sume. yelah, daku memang kurang aktif time ni sebab batuk, selsema yang buat kepala berpinar. tu pon kira nasib baik sebab tak sempot.

ini pasangan Khirzun & Maryam. (Maryam, sila copy & paste dalam FB kamu hihihih)

memang meriah majlis di sana. cuaca yang terang-benderang pon faktor penting. makanan semestinya sedap-sedap (acik ni makan memang nombor wahid) hihihi .. teman-teman pon ramai yang datang meraikan. ada yang datang jauh dari KL, Shah Alam, Teluk Intan, Perlis. maklom majlis istimewa ni ditunggu sekian lama. boss pengantin pon turut datang.


selamat sudah segalanya. selamat pengantin baru, semoga kekal hingga hujung usia keduanya. moga rumahtangga yang dibina ini diberkatiNya dan cepat2 dikurniakan zuriat yang soleh serta comel-comel belaka. terima kasih juga kerna berikanku kepercayaan untuk menjadi penyumbang tenaga dalam majlis ini.

adios!

1 comment:

journey of life said...

sis.....sudah copy the piccas....hehe...thanks...baru je bace entry ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...