Assalam ..
Dah beberapa kali nak share tentang my journey to loose weight tapi takde keberanian. Bukan apa, takut ada yang fikir I ni mengada sangat setakat loose 2kg dah canang satu dunia hehe :) so selama 3 bulan ni bila dah nampak sedikit hasil and ada yang bertanya okaylah I nak share hari ni. Mungkin boleh berkongsi dengan mereka yang tengah diet untuk mengurangkan berat badan.
I bermula dari 1hb Ogos dengan diet tak ambil nasi. Ganti dengan roti wheatmeal. Minggu pertama memang agak sukar tapi semangat dan keinginan membuak-buak selepas jatuh sakit pada Januari yang lepas. I jatuh dan injured kat bahagian kaki. Doktor kata setahun baru sembuh, kaki still sakit sebab ada urat yang putus. So selepas doktor advise untuk kurang berat badan dan I sendiri berfikir memang I kena buat juga so inilah dia. Bayangkan Januari to Ogos aiyoooo berapa lama I fikir? Hahaha :) nampak sangat semangat tak kuat walaupun kaki dah sakit.
Okay since 1.8.2016 tak amik nasi. Serius tak amik langsung. Then air kosong 3 liter sehari. Memang payah mula-mula tu tapi Alhamdulillah lama-lama dah biasa. Air gas, air gula segala kopi nescafe semua tak amik. I cuma amalkan green tea setiap hari, masukkan dalam air kosong tu then minum sampai ke petang.
Malam-malam I kayuh basikal senaman statik kat rumah dalam 1 jam setiap hari. Adakalanya I rehat 1 hari thats mean 1 jam x 6 hari seminggu. Hasilnya minggu pertama I turun 2kg omgg macam tak percaya hehe :)
I sanggup beli penimbang, sampai 2 youuu haha :). I timbang setiap Isnin untuk setiap minggu. Setakat hari ini I dah loose hampir 19kg. Nasib baik kat hospital ada rekod berat yang diorang amik masa gi check up to so I amik rekod itu. Insyaallah doakan moga I istiqomah untuk terus turunkan berat sehingga dapat berat yang ideal.
Kuruskan badan, turunkan berat bukan untuk cantik atau seksi tapi lebih kepada kesihatan diri sendiri. Cantik itu bonus. InsyaAllah semoga Allah permudahkan niat I dan juga kepada mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan di luar sana.
Alhamdulillah bersyukur sangat sebab hubby sangat supportive. Bila I prepare makanan dia pun join sama. Even I still masak setiap hari tiada apa yang berubah cuma malam I tak ambil makanan kecuali salad atau buah atau sup. Salmon antara hidangan yang sihat dan I sangat suka termasuk Alya dan hubby :).
Ada yang tanya menu diet I so hari ini baru berani nak share kat facebook. Ini antara sarapan pagi I termasuk roti, buah epal dan juga salad. Kalau rajin bolehlah buat setiap pagi. Tapi, dont worry I still juga makan bihun goreng hehe :) tapi berpada-pada juga. Ayam goreng pun makan jugak :)
Hemm .. actually I tak banyak amik gambo full macam ni. Ni gambo masa open house company July 2016. Yang sebelah tu awal Oktober tak silap I. Part paha, lengan, perut dan punggung memang nampak perbezaannya. Kalau dulu size 22US skang I dah boleh fit into 16US yeayy :)
Bila dah kurus memang akan ada part yang kendur atau mengelebeh err apa ayat yang sesuai??? Okay nanti I akan share sesuatu yang sangat berbaloi.
Tunggu next entry ye :)
No comments:
Post a Comment