Saturday, October 29, 2016

Happy Deepavali :)

Assalam.

Hari ni kaum India menyambut perayaan Deepavali. 
Manakala cuti sekolah sehingga Selasa so rasanya ramai yang ambil kesempatan sambung cuti. I tak ke mana sebab hubby kerja kecuali Sabtu ni memang public holiday. I cuti Isnin pun sebab nurseri tutup, teachers mintak cuti sebab memang ramai parents yang sambung cuti. 

So hari ini jom balik ke kampung Kuala Pilah. Ada kenduri kahwin 2 buah rumah. 
Kebetulan my tailor dah siapkan baju kurung moden pucci inspired dari @adlineshoppes so marilah melaram hehe :)

Happy Deepavali to all Indian readers!


Friday, October 28, 2016

Colorful of my life ;)

Assalam ..

Lama tak menulis. Biasalah, kadang-kala sibuk dengan kerja. Bila boss ada kena selesaikan apa yang penting dulu. Bila free baru nak bukak blog dah ada pula benda lain nak dibuat. Tengahari kalut nak ambik dan hantar Alya ke sekolah. 

Tapi adakalanya curi-curi juga masa baca blog yang lain-lain untuk rehatkan fikiran. Selalunya bacalah blog yang kelakar, yang cerita pasal family dan share menu nak makan apa. Yang heavy macam politik ke gaduh-gaduh ke memang I takkan bukak, koser nak semakkan kepala otak ni.

Cerita pasal menu, hari-hari I masak even I tak makan disebelah malam ececehh haha :) yelah ada 3 lagi mulut nak makan kan? Diorang bukannya diet pun so I still kena masak. Tapi kebiasaannya menu simple aje. Ada satu lauk satu sayur dah cukup. Hubby pulak kalau ada budu dan ulam memang confirmlah berselera makan. Dia makan 3 pinggan pun badan maintain, menyampah pulak tengok :) I makan 2 sudu badan macam anak gajah :(



Adakalanya buat mee goreng juga untuk dinner. Diorang bertiga ni memang jenis tak kisah, belasah ajer janji atas meja makan ada makanan jangan ada bola sudahh :)


Pastu kebetulan masa ke Speedmart 2-3 minggu lepas kot, terjumpa KitKat special container ni ohmy comeinyaaa so beli satu buat collection letak kat dapur. Dalamnya ada KitKat green tea chocolate so boleh je kalau nak makan time diet hehe :) 


Then, lunch di Sushi King. Dah jadi favourite place untuk makan sebab I rasa portion untuk diet sesuai kat sini. Kali ni dating dengan kakak kesayangan, Kak Ayu. Kak Ayu ni pernah duduk di sebelah partition I tapi sekarang dah transfer ke HQ Ara so jarang dapat jumpa. Kakak ni sangat baik, sangat special buat I hemm :)



Jumpa lagi next entry. Banyak gambar ni hehe :)

Monday, October 24, 2016

Myself; my journey to loose weight :)

Assalam ..

Dah beberapa kali nak share tentang my journey to loose weight tapi takde keberanian. Bukan apa, takut ada yang fikir I ni mengada sangat setakat loose 2kg dah canang satu dunia hehe :) so selama 3 bulan ni bila dah nampak sedikit hasil and ada yang bertanya okaylah I nak share hari ni. Mungkin boleh berkongsi dengan mereka yang tengah diet untuk mengurangkan berat badan.

I bermula dari 1hb Ogos dengan diet tak ambil nasi. Ganti dengan roti wheatmeal. Minggu pertama memang agak sukar tapi semangat dan keinginan membuak-buak selepas jatuh sakit pada Januari yang lepas. I jatuh dan injured kat bahagian kaki. Doktor kata setahun baru sembuh, kaki still sakit sebab ada urat yang putus. So selepas doktor advise untuk kurang berat badan dan I sendiri berfikir memang I kena buat juga so inilah dia. Bayangkan Januari to Ogos aiyoooo berapa lama I fikir? Hahaha :) nampak sangat semangat tak kuat walaupun kaki dah sakit. 

Okay since 1.8.2016 tak amik nasi. Serius tak amik langsung. Then air kosong 3 liter sehari. Memang payah mula-mula tu tapi Alhamdulillah lama-lama dah biasa. Air gas, air gula segala kopi nescafe semua tak amik. I cuma amalkan green tea setiap hari, masukkan dalam air kosong tu then minum sampai ke petang. 

Malam-malam I kayuh basikal senaman statik kat rumah dalam 1 jam setiap hari. Adakalanya I rehat 1 hari thats mean 1 jam x 6 hari seminggu. Hasilnya minggu pertama I turun 2kg omgg macam tak percaya hehe :)

I sanggup beli penimbang, sampai 2 youuu haha :). I timbang setiap Isnin untuk setiap minggu. Setakat hari ini I dah loose hampir 19kg. Nasib baik kat hospital ada rekod berat yang diorang amik masa gi check up to so I amik rekod itu. Insyaallah doakan moga I istiqomah untuk terus turunkan berat sehingga dapat berat yang ideal.

Kuruskan badan, turunkan berat bukan untuk cantik atau seksi tapi lebih kepada kesihatan diri sendiri. Cantik itu bonus. InsyaAllah semoga Allah permudahkan niat I dan juga kepada mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan di luar sana.

Alhamdulillah bersyukur sangat sebab hubby sangat supportive. Bila I prepare makanan dia pun join sama. Even I still masak setiap hari tiada apa yang berubah cuma malam I tak ambil makanan kecuali salad atau buah atau sup. Salmon antara hidangan yang sihat dan I sangat suka termasuk Alya dan hubby :).


Ada yang tanya menu diet I so hari ini baru berani nak share kat facebook. Ini antara sarapan pagi I termasuk roti, buah epal dan juga salad. Kalau rajin bolehlah buat setiap pagi. Tapi, dont worry I still juga makan bihun goreng hehe :) tapi berpada-pada juga. Ayam goreng pun makan jugak :)


Hemm .. actually I tak banyak amik gambo full macam ni. Ni gambo masa open house company July 2016. Yang sebelah tu awal Oktober tak silap I. Part paha, lengan, perut dan punggung memang nampak perbezaannya. Kalau dulu size 22US skang I dah boleh fit into 16US yeayy :)


Bila dah kurus memang akan ada part yang kendur atau mengelebeh err apa ayat yang sesuai??? Okay nanti I akan share sesuatu yang sangat berbaloi. 
Tunggu next entry ye :)

Sunday, October 23, 2016

From my kitchen; apa yang kakton masak??

Assalamualaikum.
Lama tak bersiaran. Kakton is busy :)

Okay kali ni update dulu segala menu dari dapo Kakton sepanjang beberapa minggu lepas. Menu biasa aje takde yang luar biasa hehe :)

Ayam masak kurma kegemaran Alya :)


Ikan kembung goreng taucu. Pengajaran takyah letak garam hihihi sebab taucu sendiri dah masin uolss :) 


Siakap stim. Dapat resipi paling senang tapi menjadi, sama macam kat kedai. Thank you pada yang share resipi kat facebook tu. Sangat berguna!


Kali kedua buat stim siakap, Kali ni buat 2 ekor sebab kat rumah ni ramai peminat siakap tambahan pula rasa yang sedap ehem ehem hehe :) nanti I share resipi yang sangat mudah tapi wallaaaaa sedap macam kat kedai seafood. Tunggu ehh :)


At last nak share muka tuan tanah kedaung hehe :) kalau rindu tengok gambo ni dulu ye :) 
*macam ada yang rindu*


Tuesday, October 4, 2016

Monday, October 3, 2016

From my kitchen :)

Assalam

Lama jugak tak update masakan I kat blog. Nak update tapi banyak kerja skang maklumlah bulan ni bulan Bonus hehe .. takde kena-mengena pun hehe .. Okaylah jom I belanja stok seminggu (ke lebih) masakan dari dapur kakton gituu .. Masakan simple aje pon. Tu je la ulang tayang hehe :)

Ni tak ingatlah exactly bila tapi lastweek. Asam pedas ikan kembung. Time tekak teringin asam pedas memang macam orang mengandung. Tahap mengidam teringat-ingat sampai tak sempat nak tunggu balik rumah hehe. Tapi asben tak bape gemar sangat kot. Tapi dia kena makan jugak dah itu ajer yang ada hehe :)


Then aglio seafood ni sebab nak bagi perabih lala dalam esbok. Nasib baik la dorang suka. 


Oleh kerana daging korban dapat banyak so kena bagi perabih la sikit demi sikit. I tak makan daging so buat masakan kegemaran hubby, daging goreng kicap. Hubby cakap sedap!


Yang ni breakfast Ahad lepas before pergi ke kenduri. So kenalah heavy sebab dari pagi dok berkebun, kemas rumah, laundry bagai so masak siap-siap lepas subuh. Alya pun tuisyen pukul 8.30 so memang kena prepare breakfast sebelum dia gi tuisyen. Try bihun Faiza, boleh tahan sedap. Lembut gebu.


Haaaa yang ni pun tahap mengidam. Bukan mengandung ye puan-puan tapi adakalanya tekak teringin nak cuba something. Contohnya ni la apa ke namanya taucu?? Beli ikan tenggiri 3 keping RM15 amboi apsal mahal sangat ni tenggiri?? Sekilo RM36?? Nasiblah beli sesekali aje. Masak taucu, simple aje tapi hubby cakap sedapnyaaa :)
Ada orang tanya nape takde kuah? Oh actually I mmg tak pernah masak ala taucu ni so just buat yang simple dulu. Kalau betul sedap next time I buat yang lain pulak. Then baru tau taucu ni memang dah masin so takyahlah letak garam lagi. Nasib baik ari tu baru letak sikit kalau tak mau darah terus naik haha :)


Yang breakfast Sabtu lepas. Nasi leftover malamnya so boleh goreng. Hubby pun bawak bekal ke opis. So kenyang sampai petang, melampau tak? Hehehe :)


Sabtu, bestfriend datang ke rumah, saja melayan budak-budak yang kebosanan tu so I masaklah apa yang ada dalam esbok - daging.
Sambal kerang tu Julia bawak so takyah banyak-banyak lauk, makan ajelah apa yang ada. Senangkan kerja kakton minggu ni? Heheheeh ..


Nah closed up daging goreng kicap - again. Okay daging dah habis yeayyyy .. 


Sunday, October 2, 2016

Happy Birthday Alya!

Assalam

Happy Birthday to you Alya .. 
Our sweet heart, our princess ..

29.09.2016 Khamis, hari lahir Alya. Disebabkan sekolah agama tengah bercuti so Alya stay kat nurseri. Mama pun plan nak celebrate kat nurseri aje la sebab ramai kawan-kawan. tapi budak Alya ni mana nak. Dia kata "hari ni takde kek kan ma? Ahad baru ada kek kan ma?" adoi saja nak psiko mama hehe :) 
So mama just buat goodies bag untuk kawan-kawan kat nurseri. Wish Alya happy birthday. Seronoklah dia semua orang wish happy birthday, bagi goodies dah macam gaya Kakak Kawasan hehe :)


Alya, semoga Alya membesar dengan sihat, cerdik dan menjadi anak yang solehah InsyaAllah. Mama dan papa sayang Alya sepenuh hati. Walo Alya ni kadang-kadang suka pedajal Aryan tapi mama tau Alya kakak yang baik, tolong mama kemas rumah, baking cake dan jaga Aryan. 
Happy birthday sayang!


Ahad, belikan KFC kegemarannya dan kek yang jadi sebutan sejak 2-3 bulan lepas. Takde buat party kali ni sebab agak kelam-kabut sikit. Konon nak gi somewhere Melaka or PD tapi papa ada kerja kat site so tak berani nak plan. So kita sambut 4 orang aje lah kan Alya, janji ada kek kannn .. :)


Aryan dah pandai skang, siap nyanyikan 'Happy Birthday' untuk kakak. Sporting sangat takde nak berebut kek sebab dia tau keknya Tobot haha bukan Shopkins. I love you both !


Ni pun dah happy sangat. Meriah juga walo berempat ajer kat rumah hehe :)


Macam biasa kek order kat regular bakery - mylilcafe. Moist choc kegemaran mama hehe. Alya request shopkins putih pink tapi bakery buat design yang ni kira bolehlah. Alya pun happy sebab tengok comei sangat. 
Perfecto!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...