Assalamualaikum semua :)
Ada ke yang masih buat open house?? Hehe rasanya Ahad lepas berlumba-lumba memasing buat open house kan??? Sana-sini jalan jammed. Sabtu-Ahad memang berpeluh drive kete dalam jammed haha penangan open house.
Hani dan family buat open house jugak pada Ahad, 24hb yang lepas. Just invite jiran-jiran area rumah, kawan-kawan, adik-beradik dan saudara-mara. Yelah, kalo tak dijemput korang ni tak datang walhal rumah sentiasa terbuka, ni kan raya??? hehe :)
Actually, ada yang dah datang before open house pastu memasing tanya bila nak buat bila nak buat bila nak buat cewahhh .. okaylah jom la bang kita open houseeeeeee :)
Macam biasa, Hani masaklah apa yang patut. Merendang ayam dalam 5 ekor. Nasib baik ada kuali hikmat mak bagi masa pindah rumah dulu hehe tu pon kena guna kuali extra jugak sebab 5 ekor ayam memang tak muat. Lenguh tangan dan bahu nak menggaul ayam sebelum masukkan santan. Kali ni try resipi negeri luar pulak. Kalo resipi Negeri Sembilan takde bawang merah bawang putih. Rendang nogori memang simple ajer - cili api, kunyit hidup, serai dan santan. Kali ni buat rendang ayam daun kunyit. Alhamdulillah sedap ceewahhh :)
And kali ni teringin nak makan ketupat palas. Hari Jumaat baru terhegeh-hegeh survey kat mana nak beli ketupat palas. Ada juga ketupat palas frozen tapi kalo last minute ni manjang je la dah habis, takde stock kikikikihh .. Tapi kalo dah rezeki tu tak ke mana orang cakap hehe dapat juga ketupat palas ni kat Seksyen 13. Cantikk .. dah dekat sangat la tu and boleh pick up hari Sabtu yeayyy Alhamdulillah rezekiiiii :)
Pastu goreng mee basah. Mee ni dalam 5kg. Perghhhh terus lengan berotot sebab menggoreng mee 5 kilo hehe :) licinnn sukanyaaaa :)
Ni sempat la snap bila dah hidang dalam tureen yang cantik ni hehe :) bila lagi nak guna kan??
Yang ni prepare kat meja makan. Brownies, kek tak sempat nak hidang sebab dah kalut. Ntah apa-apa la kakton ni walhal dah siap potong dan letak kat atas tray. Kek buah pun ada sebab kakton teringin. Dah macam mak-mak je suka kek buah ni padahal dulu manade suka.
Roti jala, kuah kari, kuah kacang, kuih-muih, nasi impit, mee goreng, rendang ayam, serunding antara hidangan hari tu. Kan dah cakap masak simple ajerrrr :)
Tergelak kalo tengok gambo bawah ni sebab my boss kat whatsapp boleh pulak tanya "bunga apa tu miza?"
I tanya balik "bunga apa boss?" ohoo rupanya tu haaa bunga sawi. Actually tu sawi cina, bila dah dipotong daunnya tinggal batang so I buat hiasan je sebab nampak cantik. Boss ni takde benda lain kot nak perati hahaha :)
Alhamdulillah majlis went well and makanan habis licin. Sedap or tidak tu not sure but I happy sebab kawan-kawan datang and makcik dari Kuala Pilah pun sempat datang. Tq ummi, makcik, ayong, pakteh. Mak tak datang sebab kurang sihat nak travel. Its okay mak :)
Ni antara yang sempat selfie heheeh amboi sejak tukar henpon yang ada mode selfie ni kemain lagi ye kaktonnnn :) yelah, dulu buat open house busy ke hulu ke hilir sampai lupa nak snap picture. La ni ada mode selfie marilah berselfie sampai muka berminyak pun boleh ajerrr hihi :)
Masa ni nampak flawless kauuu .. hakikatnya????? hahaha :)
Memang seronok berkumpul, kawan-kawan datang bersembang even tak sempat nak catch up semua its ok thanks you all :) nanti one fine day kita buat gathering makan-makan lagi Insyallah. Gossip pun hado katanya hehe sempatttt ..
Well, my boss tak sempat datang sebab busy uruskan anak kat Melaka. But, big boss datang dengan wife. Tak sangka big boss pun sudi datang, TQ En Zul! Ada juga bekas kawan sekerja yang dah berhijrah ke company baru but still not lost contact. Itulah dia kelebihan open house ni, peluang bertemu dengan mereka yang terpisah jauh or dekat. And Fatin Muzi, adik kesayanganku yang bakal berkahwin. Tq dik sebab sudi datang menjemput. Ingat lagi kes MH370? Fatin ni anak salah seorang penumpang yang masih belum ditemui. Okay lets move on :)
Okay, tu je la yang sempat snap. Aksi anak-anak berguling takdan nak snap sebab busy layan tetamu. Tu pun ada gak yang tak sempat nak berbual panjang. Ada je nak buat sambil masak air, prepare teh la pastu nak top up makanan. Memang kalut tapi nasib baik jugak hubby cekap. I dah kepenatan memasak dari pagi. Cuma, bila semua habis licin memang berbaloi rasa. Terus hilang sakit bahu sakit kaki semua tu hehe :)
Tq kepada semua tetamu yang datang. Ailebiuuu :)
No comments:
Post a Comment