Tuesday, August 30, 2016

From my kitchen; Ikan semilang goreng bercili

Kebetulan balik kampung minggu lepas, dapat ikan sembilang. Pekerja kebun mak gi menjala kat kolam ikan. Dapatlah dalam 10 ekor kot. Size kecik-kecik, isinnya manis dan tidak kasar. Alya suka ikan keli goreng bercili so malam tadi jom la goreng ikan ni. 

Memang sedap, boleh buat lagi lepas ni. Faveret Alya, kalo boleh hari-hari dia nak makan ikan keli erkkk :)


Haaaa Sabtu lepas buat lagi salad. Nugget ada balance lagi so bolehlah buat. Hubby pun suka, dulu mananya dia nak makan salad tapi demi nak support isteri jaga pemakanan marilah makan jugak sambil pejam-pejam mata hahahhaa :)


Malam tadi kerajinan datang lepas siap kayuh basikal ngeeeeeeeeee .. Nampak rambutan macam banyak lagi dalam bakul so mari kita buat jeruk rambutan. Dulu mempelam kan? Kali ni kita try rambutan pulak, harap-harap sedap dan menjadilahh ..

Cili api potong kecik-kecik
Limau nipis hiris-hiris nipis
Asam boi


Lama tak share pasal kakton kan?? Ingat lagi tak Najjah dress ni? Rasanya dulu ramai juga yang beli melalui blog ni. Dress ni fully lining, kain pun selesa dipakai. Saja nak share, errrrrrr dulu tak muat hehe :) Okay tu je nak update. Bukan senang korang nak tengok full picture kakton kannn?? Selfie memanjang ajer selalunya hehe :)


Monday, August 29, 2016

Jom balik Seri Menanti!

Sabtu lepas balik kampung. Tu pon dah malam sebab hubby keje. Ni la payahnya kalo kerja hari Sabtu macam rugi je kan. Tapi nak buat camne. Tu la sebabnya kadang2 kami balik 3 beranak ajer sebab papa kerja. Tapi since Aryan dah membesar ni wohoo tak sanggup nak drive sebab melasak pastu bergaduh aje dengan Alya. Malas nak bergaduh bertempik dalam kereta hehe.

Minggu ni balik disambut rambutan yang masak ranum yeayy .. Alya dan Aryan memang happy sakan. Pokok rambutan rendang berbuah pastu senang nak capai. Takyah pakai galah pun just petik je omggg seronoknyaaaa. Kalo beli RM5/kg tu pon makan tak puas berebut-rebut hehe.


Alya kemain lagi, siap angkut kerusi ngan kotak nak petik buah. Rajin dia sebab dia memang suka rambutan. 


Then suruh pekerja kebun mak potong dahan-dahan yang tinggi, senang nak amik. Lagipun elok dipotong dahan-dahan ni supaya tumbuh lebih rimbun.


Lepas petik buah, kita duduk bawah pokok sambil layan perasan hehe.


Meanwhile, I sebok masak kat dapur. Mak dah siap salai daging. Ni la specialnya mak, asal tahu anak nak balik memang dah prepare lauk-pauk. Dah banyak kali cakap tak payah susah-susah nanti kami balik kami siapkan. Takdenya dia nak dengar. Sayang mak!

Gulai daging salai campur belimbing buluh dan terung telunjuk. Pastu mak ada beli burung puyuh then salai. Gulai burung puyuh buh serai je. Memang sedap sangat. Apa yang tak sedap kalo mak yang masak kan? I tolong kacau aje :)


Errrrrrrrr terliur pulakkk :)


Zoom sketttt gulp gulp gulp :)


Huwaaaaaaaaaa rasa nak balik kampung lagi hehehe :)


Nahhh hasil rambutan yang dipetik pagi tadi. Alhamdulillah rezeki kami makan buah rambutan sebab dulu rumah mak mana ada pokok rambutan. Rumah mak atas bukit dalam dusun, tanah laterit. Katanya tak sesuai tanam rambutan tapi lepas tambak tanah hujung kampung barulah pokok rambutan tumbuh. Ni hasil dari 2 pokok. Yang sepokok lagi malas nak amik sebab macam tak menjadi sangat. Mungkin disebabkan cuaca panas beberapa bulan lepas.


Alhamdulillah juga dapat panjangkan sedekah mak pada kawan-kawan dan opis. Yang mana sempat bagi, I bagi. Biar tahun depan lebih lebat lagi buahnya :)


Monday, August 22, 2016

From my kitchen; Nugget green apple salad

Assalam semua ..

Isnin kembali bersua. Ada ke yang monday blues??? Lambat ke opis sebab rasa malasnya nak tinggalkan tilam empuk. Bestnya landing kat katil sambil berangan. Opssss .. kalaulah cuti kan best tapi apakan daya kena jugak poi kojo hahaha :)

Okay, nak share menu Sabtu dan Ahad. 1st time try buat salad. Terliur tengok kat google hehe mulalah berangan nak buat. Dulu rasa macam erkkk tak makan sangat tapi sejak diet (read:control makan) mulalah terasa nak buat dan amalkan.

Google sana sini. Tapi bila check ada je bahan-bahan yang macam takde dalam esbok so marilah kita buat apa yang ada jer. Tak sangka pulak sedap dan hubby thumbs up!

Nugget green apple salad. Amboi nama kemain panjang hehe :)

Bahan-bahan:

1. Nugget ayam. Goreng dengan sesudu minyak. Nak gantikan dengan finger chicken pun boleh takdak masalah. Nak tukar dengan ayam fresh pun boleh tapi kalo nak cepat guna je nugget tu.
2. Epal hijau. Sebiji or 2 biji ikut suka. Takyah buang kulit pun takpe. Takde lagi orang mati makan epal dengan kulit kan?? Yang penting cuci bersih-bersih haha.
3. Tomato. Sebiji or dua biji tak kisah. Belah 4 pastu potong dadu.
4. Bawang merah dihiris nipis-nipis. Potong bulat tau.
5. Daun salad jangan dilupa. Kalau takde salad, jadi resipi nugget ayam je kang hehe :)
6. 3 sudu mayonis. Thousand island I lupa nak beli. Kalo ada boleh bubuh jugak ehh ..

Okay dah letak semua bahan-bahan di atas, gaulkan bagi rata.
Siap. Gila senang mak enon nak buatnya kan??
Selamat mencuba.



Ahad. Alya request nak spagetti. Kebetulan dia nak gi tuition so sempatlah breakfast dulu. Then buat jugak nugget green apple salad. Sebab Sabtu dah buat then habis. Hubby tak rasa lagi so marilah mengulang buat semula. Again.

Happy breakfast!


Friday, August 19, 2016

From my kitchen; my 1st cake

Salam Jumaat semua ..

Malam tadi I ada projek malam Jumaat hehe korang mesti fikir ke laut la ni kannn hehe .. sebelum projek bermula kenalah sediakan dinner dulu. Kang ada yang mengadu "lapar mama, saya lapar mama, saya lapar mama", mau berzikir kat telinga mama beratus kali huwaaaa .. so buat ikan kembung bakar cicah cili kicap pedas. Sup kentang sebagai hidangan tambahan gitu.

Alhamdulillah ikan bakar menjadi and paling senang nak buat sebab ada magic pan yeayy .. Bakar dalam 15 minit kot lebih kurang, terbalik atas bawah pastu check la ikan dan masak ke belum. Bahan-bahan nak perap senang ajer, serbuk kunyit, serbuk kari dan serai. Lumurkan kat ikan pastu buh daun kunyit. Wangi jer bau masa bakar nanti. Terliur pula bila taip ni hehe :)





Okay dah sediakan makan malam, mari kita bersedia untuk next project. Ni namanya project tahun gajah hehe sebab dah beli mixer, oven tahun lepas. Beli hari ni macam esok nak buat tapi amik masa bertahun baru nak guna. Nasiblah kena perli, sindir dek laki :(

Okay malam ni kita buat. Kita mesti buat hahaha semangat ni peluh-peluh dahi kakton. Nak pasang mixer pun terkial-kial tapi kena control depan Alya yang tengah excited tu. Kena tunjuk maknya terer barulah dia konpiden nak tolong. 

Oven dan mixer brand Butterfly ni beli dari LAZADA. Harga yang reasonable, cepat dan dijamin kualitinya. 


Ehh dah siap masuk oven? Haaa tu la kelebihannya. Beli je tepung segera tu. Telur 3 biji, butter 250gram. Pukul telur selama 2 minit dah kembang masukkan butter pula. Dah kembang adunan ni baru masukkan tepung segera. I beli je tepung segera kat supermarket, brand lupa pulak nak snap picture maklum kalut macam nak terbalik dapur walhal buat kek guna tepung segera je pun hahahaha :) Alya excited nak tolong masukkan telur, masukkan tepung then tekan mixer. Maknya pun excited jugak kikikihh ..

Panaskan oven selama 20 minit dengan suhu 180'c then masukkan adunan kek tadi. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180'c (bergantung pada oven korang) eleh korang dah terer takyah la nak poyo sangat bagi resipi kan? I ni je 1st time buat kek umur dah 35 tahun kihkihkih :)


Tadaaaaaa .. Alhamdulillah siap masak, kek menjadi rasanya. Rasa kek. Nasib takde rasa buah oren kikikih. Naik dengan jayanya. Cuma merekah sikit kat tengah-tengah small matter la kira okay jugak tu kan :)

Nahh silalah telan ailiooo kikikihh .. lepas ni projek cup cakes pulak kata Alya *gulp*



Thursday, August 18, 2016

From my kitchen; Roasted Chicken Hani :)

Assalam semua ..

Korang rajin tak melayan kerenah anak? Terutamanya anak dara. Hermm Alya dah darjah 2 tapi pemikiran kadang-kadang tu tak tercapai dek akal. Ada jer benda dia tanya, dia argued. Adakalanya tak terjawab hehe atau malas nak layan. Tapi mostly kalo boleh jawab I jawab. Unless tanya soalan merepek memang koserr nak melayan sebab tu pun boleh jadi sebab nak bergaduh kang hehe :)
Paling selalu dia tanya atau perli maknya ialah "bila mama nak guna oven ni?" .. atau "mama ni bazir je duit beli tapi tak pernah pun masak guna oven ni" atau paling sadis "mama Mayessa tu rajin tau, hari-hari buat cupcakes. Mama ni macam malas ajer" .. OMGGGG dush dush dushhh kena tumbuk muka kakton hahaha yelah anakkk .. mak kau ni pemalas benarnyaaaaaa .. hahaha beli dah dekat setahun kot oven Butterfly ni. Beria buat entry nak beli oven pastu bila dah sampai, lupa pula nak explore apa benda nak dibuat dengannya haha .. Hajat hati macam-macam. Nak buat cupcakes la kek la bakar ayam la ikan laaaaaaaaa .. semua laaaaaaa .. tapi nan hadooo ..

Kebetulan Isnin lepas bawak Aryan ke klinik sebab demam on off. Risau pulak sebab skang virus influenza merebak so buat test segala. Alhamdulillah negatif. Lepas settle urusan kat klinik, singgah Mydin yang berdekatan. Terdetik dalam hati nak buat roasted chicken. Perghhh cita-cita tinggi ni. Tak pernah buat tapi terus roasted. Takdenya nak bakar-bakar dahhh hehehehe ..

So beli la ayam yang bahagian paha yang seksi-meksi tu 3 ketul. Tomato, karot, cendawan sume beli tapi boleh pulak brokoli terlupa nak capai. Tapi takpe tu bukan masalah besar pun sebab sayur ni I dengan Alya je yang makan. Hubby bukannya suka sangat makan sayur hehe :) so sampai rumah terus bersihkan ayam dan sediakan bahan-bahan apa yang patut. Excited kau nak masak ni. Dah la first time bukak oven ni. Sambil tu google la mana-mana resipi yang mudah. Kau tahu kan kakton mana suka resipi yang berjela-jela ni koserrrrr .. kalau ada method 1, 2 & 3 memang kakton campak je resipi tu haha :)

Perap ayam dengan white pepper, black pepper, buh heinz sauce, tabur rosemary pastu jangan dilupakan oyster sauce. Garam gula tak payah. Perap sejam kot lebih kurang. Olive oil I sapu kat ayam gantikan butter, kata nak diet hermm .. Then untuk menambah perisa, madu buh sket. Yummiehhh .. 

Panaskan oven dengan suhu 200'c selama 20 minit. Pastu start bakar ayam dengan suhu 250'c selama 40 minit dengan api atas bawah. Ala korang dah terer dahh takdenya nak baca details kan hehe :)

Then asyik la tengok takut ayam rentung pulak. Sambil tu celur kentang dan karot. Cendawan jangan lupa rendam juga. Lagi 10 minit before tinggggggg .. tu silalah masukkan kentang, karot dan cendawan tadi bagi sekata.

Tadaaaaaaaaa .. jadik tak jadik takkk?? hubby kata jadikk pastu dia cakap ni kena makan dengan nasi Arab. Amboi bang, perli isteri ke sebab dah buang perencah nasi arab mandy yang expired tu? kikikikihh .. Alya cakap, "sedapnya ayam ni mama, lepas ni kita buat kek coklat ye" gulp telan ailiooo maknya haha :)



Wednesday, August 10, 2016

Home sweet home; My favourite corner

Assalam ..

Sambil walkblogging sambil check blog sendiri yang sendu jarang berupdate. 
Errr bukan malas cuma masa kadang2 terlalu cepat berlalu. Sedar-sedar dah petang, bergegas balik.
Ni lunch time tak keluar so marilah kita update blog supaya tidak sendu hehe :)

Takde citer gempak pun. Yang hot pun takdak. Citer pinggan mangkuk korang nak baca tak?? Haha itu aje la yang ada nak dikongsi.

Jom tengok my corner - me time!

Memang I suka duduk area sambil berangan nak beli Noritake ntah tahun bila tatau lagi tapi berangan kan free .. hehe so mari berangan kejap. Sambil susun Vision yang ada 2 ketul. Tu pun satu lagi kat ataih dapur kadang-kadang. Kena gunakan jugak buat masak hari-hari kalo tidak jangan harap dapat menambah nanti. Hubby kalo nampak I guna pinggan or vision or corningware yang dok terperap dalam almari, dia okay jerrr. Cuba kalo tak guna? Kena perli je la nanti. Tapi dont worry bang, time makan-makan memang I bawak kuar semua tu kan??

Korang ada ke favourite corner?? Mestilah ada kann?? hehe :)

Ni la favourite corner kakton. Buffet and hutch dari IKEA. Nak beli yang exactly buffet and hutch around RM2000, tu pon yang biasa-biasa jer so simpan dulu hajat tu, kita beli yang mampu milik ajer. Janji buffet and hutch jugak. 

Letaklah segala mala pinggan, vision, corningware. Ni sebelum arrange, sumbat aje la dulu. Skang dah susun lain tapi tak snap pulak picture hehe nanti naaa ..


Then beli rak besi putih ni sebab teringin nak letak pinggan kat tepi dining area. Senang capai ajer bila nak guna tapi make sure habuk tarak. Yang tu tugas cik abe vakuum hehe :).
Corelle memang collect design Country Rose cuma tea set aje takdak. So simpan angan-angan kemudian ada rezeki baru beli. Sementara tu match dengan mug IKEA dan pinggan plain IKEA juga. Mix and match so takdak la nampak caca-marba pinggan kakton kan :)

Then letaklah jar isi kerepek. Senang orang mai rumah hidang ajer ni kalu tak sempat goreng keropok. Then kakton kan supplier kerepek so wajibunlah ada benda ni. 



Ni latest orkid dalam rumah. Beli kat romantika. Pastu ngelabah cari daun ngan buluh kat SSF. Tapi macam gonjeng je pulak, kena tambah lagi orkid tu barang 1-2 batang kot baru nampak gojes.


Yang ni bunga lama tapi redesign balik, tukar pasu tukar susun. Letak kat console table depan cermin. Tapi I tak suka merimbun depan cermin sampai tak nampak muka sendiri so buat yang simple ajer sudahlahh kannn ..


Yang ni masa Syawal hari tu. Tetamu pertama, Kakngah Jirah datang ngan kawan nak beraya. Kebetulan baru sampai dari Kelantan so apa yang ada je la ehhh .. 
Simple ajer kan dining I?? Tengah fikir nak tambah apa lagi. Tu pon cik abe kata mana letak lagi dahhh .. so biarkan ajer la begini pun okay rasanya.


Haaa ni nak share. Dah share kat fesbuk pun tapi ni dengan korang pulak. Pasu ni dah lama beli, buat letak orkid kat luar tapi orkid macam hidup segan mati takmo hehe so kakton bawak mai opis. Amik bunga tepi opis. Beli tanah RM2, batu kecik-kecik RM2. Kos RM4 ajer kauuu tapi hasill wahh ramai kata macam mahal. Dorang kabo kalo beli kat nurseri dalam RM60 kot. So kakton share hasil jimat disini yeayyyy :)

Hasil pun wowwww sangat kannn .. 



Wednesday, August 3, 2016

Selamat hari raya; my open house

Assalamualaikum semua :)

Ada ke yang masih buat open house?? Hehe rasanya Ahad lepas berlumba-lumba memasing buat open house kan??? Sana-sini jalan jammed. Sabtu-Ahad memang berpeluh drive kete dalam jammed haha penangan open house.

Hani dan family buat open house jugak pada Ahad, 24hb yang lepas. Just invite jiran-jiran area rumah, kawan-kawan, adik-beradik dan saudara-mara. Yelah, kalo tak dijemput korang ni tak datang walhal rumah sentiasa terbuka, ni kan raya??? hehe :)

Actually, ada yang dah datang before open house pastu memasing tanya bila nak buat bila nak buat bila nak buat cewahhh .. okaylah jom la bang kita open houseeeeeee :)

Macam biasa, Hani masaklah apa yang patut. Merendang ayam dalam 5 ekor. Nasib baik ada kuali hikmat mak bagi masa pindah rumah dulu hehe tu pon kena guna kuali extra jugak sebab 5 ekor ayam memang tak muat. Lenguh tangan dan bahu nak menggaul ayam sebelum masukkan santan. Kali ni try resipi negeri luar pulak. Kalo resipi Negeri Sembilan takde bawang merah bawang putih. Rendang nogori memang simple ajer - cili api, kunyit hidup, serai dan santan. Kali ni buat rendang ayam daun kunyit. Alhamdulillah sedap ceewahhh :)


And kali ni teringin nak makan ketupat palas. Hari Jumaat baru terhegeh-hegeh survey kat mana nak beli ketupat palas. Ada juga ketupat palas frozen tapi kalo last minute ni manjang je la dah habis, takde stock kikikikihh .. Tapi kalo dah rezeki tu tak ke mana orang cakap hehe dapat juga ketupat palas ni kat Seksyen 13. Cantikk .. dah dekat sangat la tu and boleh pick up hari Sabtu yeayyy Alhamdulillah rezekiiiii :) 


Pastu goreng mee basah. Mee ni dalam 5kg. Perghhhh terus lengan berotot sebab menggoreng mee 5 kilo hehe :) licinnn sukanyaaaa :)


Ni sempat la snap bila dah hidang dalam tureen yang cantik ni hehe :) bila lagi nak guna kan?? 


Yang ni prepare kat meja makan. Brownies, kek tak sempat nak hidang sebab dah kalut. Ntah apa-apa la kakton ni walhal dah siap potong dan letak kat atas tray. Kek buah pun ada sebab kakton teringin. Dah macam mak-mak je suka kek buah ni padahal dulu manade suka. 


Roti jala, kuah kari, kuah kacang, kuih-muih, nasi impit, mee goreng, rendang ayam, serunding antara hidangan hari tu. Kan dah cakap masak simple ajerrrr :)





Tergelak kalo tengok gambo bawah ni sebab my boss kat whatsapp boleh pulak tanya "bunga apa tu miza?"
I tanya balik "bunga apa boss?" ohoo rupanya tu haaa bunga sawi. Actually tu sawi cina, bila dah dipotong daunnya tinggal batang so I buat hiasan je sebab nampak cantik. Boss ni takde benda lain kot nak perati hahaha :) 


Alhamdulillah majlis went well and makanan habis licin. Sedap or tidak tu not sure but I happy sebab kawan-kawan datang and makcik dari Kuala Pilah pun sempat datang. Tq ummi, makcik, ayong, pakteh. Mak tak datang sebab kurang sihat nak travel. Its okay mak :)


Ni antara yang sempat selfie heheeh amboi sejak tukar henpon yang ada mode selfie ni kemain lagi ye kaktonnnn :) yelah, dulu buat open house busy ke hulu ke hilir sampai lupa nak snap picture. La ni ada mode selfie marilah berselfie sampai muka berminyak pun boleh ajerrr hihi :)

Masa ni nampak flawless kauuu .. hakikatnya????? hahaha :)
Memang seronok berkumpul, kawan-kawan datang bersembang even tak sempat nak catch up semua its ok thanks you all :) nanti one fine day kita buat gathering makan-makan lagi Insyallah. Gossip pun hado katanya hehe sempatttt ..


Well, my boss tak sempat datang sebab busy uruskan anak kat Melaka. But, big boss datang dengan wife. Tak sangka big boss pun sudi datang, TQ En Zul! Ada juga bekas kawan sekerja yang dah berhijrah ke company baru but still not lost contact. Itulah dia kelebihan open house ni, peluang bertemu dengan mereka yang terpisah jauh or dekat. And Fatin Muzi, adik kesayanganku yang bakal berkahwin. Tq dik sebab sudi datang menjemput. Ingat lagi kes MH370? Fatin ni anak salah seorang penumpang yang masih belum ditemui. Okay lets move on :)


Okay, tu je la yang sempat snap. Aksi anak-anak berguling takdan nak snap sebab busy layan tetamu. Tu pun ada gak yang tak sempat nak berbual panjang. Ada je nak buat sambil masak air, prepare teh la pastu nak top up makanan. Memang kalut tapi nasib baik jugak hubby cekap. I dah kepenatan memasak dari pagi. Cuma, bila semua habis licin memang berbaloi rasa. Terus hilang sakit bahu sakit kaki semua tu hehe :)

Tq kepada semua tetamu yang datang. Ailebiuuu :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...