Monday, June 13, 2016

Happy Birthday Aryan; 3yrs .. Ramadhan ke 6

Assalam

Tahun ni kebetulan birthday Aryan jatuh pada hari Jumaat, 10.06.2016 bersamaan 5 Ramadhan 1437H. Memang plan nak buat simple ajer maklumlah bulan puasa. 
Aryan pulak semakin bijak dan keletah. Hari-hari dia tanya mama "bila besday saya mama?" bayangkan budak nak masuk 3 tahun sebok tanya besday dia hehe comelnyaaaa anak mama nihh :)
So discuss dengan hubby, okay ke nak buat besday anak ni? Bulan puasa maklum ajer laa kan. Pastu hubby kata buat ajer la, jemput yang terdekat ajer.
Aryan pulak asalkan bukak henpon mulalah google carik gambau kek. Kejap nak kek tobot, kejap nak superman kejap nak robacarpoli kejap nak superhero hahaha pening makkk :)

So, masak la sket. Plan nak masak itu ini tapi memikirkan kekurangan tenaga sapa nak masak sapa nak buat semua kerja so kita buat ajer la yang mana mampu.
Gulai ikan tenggiri campur tomato, ayam goreng sambal, ayam bbq, salad tomato telur dan mee goreng. Kuih-muih beli ajer maklum kakton pemalas *tak reti*


Tengah menaip ni tengok gulai ni terliur pulak adoiii :)


Happy birthday Muhammad Aryan Zahin. Mama dan papa doakan semoga Aryan membesar dengan sihat, bijak dan menjadi anak yang soleh. Mama loves you sayang :) my cheeky boy.


Macam biasa kek ditempah dari Kak Maizatul - mylilcafe. Since 2005 collaborate dengan akak baker ni, keknya sedap dan berbaloi beli. Tengkiu kak!
  

Bila tengok wajah-wajah gembira anak-anak ni, hilang penat hilang letih seharian menyiapkan semua hidangan. Alhamdulillah majlis berbuka puasa dan sambutan hari lahir Aryan berjalan lancar dan meriah walau 3 keluarga ajer yang meraikan. Yang penting Aryan happy asik cakap "I love you mama"

"How I can resist this cheeky boy?"


Salam Ramadhan :)

Salam Ramadhan uolsss ..

Lama tak update blog. Kemalasan melanda pulak skang ni *ntah bila rajinnya?*

Ramadhan kali ni macam meriah maklum la dapat balik kampung sambut puasa dengan emak tersayang. Emak siap buat lemang dan rendang daging yeayyy ..

Orang Negeri Sembilan kalo sambut puasa memang akan 'mantai' sembelih lembu pastu kita beli daging buat rendang. Meriah macam esoknya nak raya dah hehe :)


Isnin memang amik cuti sebab nurseri Aryan tutup. Alya pulak masih cuti sekolah. So marilah bercuti sambil sambut puasa di kampung dengan emak. Kesian mak berbuka sorang-sorang :(

Puasa pertama. Tengok lauk terliur takkk???
Gulai daging salai campur bacang dan terung. Gila tak terliur.
Pastu ada gulai udang dengan pucuk gelugur. Orang Negeri memang menggulai ajer la kaedahnya hehe :) Pastu mak kata teringin nak buat kuih kelopong. Orang luar pangge onde-onde. Sedap.
Mak masak apa yang tak sedap kan??


Then Selasa berbuka di rumah sendiri. Mula la buntu nak masak apa padahal sama je macam hari biasa kan? Masak ajer la janji ada benda nak dihidangkan untuk berbuka. Kurma jangan dilupakan. Tu pun ihsan dari office hehehe :)

Gulai lemak kobis, ada sambal ikan bilis perah asam limau perghhh kegemaran semua orang dalam rumah ni. Ada budu ada ikan masin confirm regu yang matching laaa :)


Rabu. Puasa ke 3. Masak kari ikan bawal. Buat sayur campur.. Simple. Tapi kenyang dan senang sahur nanti hanya panaskan lauk ajer. 


Ni Ramadhan ke 4 atau ke 5? Lupa. Tapi biasalah takdak idea ajer haha :) Kerang rebus ngan sambal cili kicap. Alya suka makan. Dia puasa yang yok. Puasa sampai pukul 5 pastu nampak Aryan minum air 100+ mulalah dia terguling meraung adoiii :(


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...