Monday, November 23, 2015

AirAsia; Ho Chi Minh trip 24-26 Oct. 2015

Assalam

Godek-godek picture laa rupanya aku tak sempat lagi nak update trip ke Ho Chi Minh bulan lepas hehehe :) busy sangat la konon. Yelah, pindah office ni ingat tak penat ke? Penat la even mover ngan cleaner yang tukang angkat tukang susun kotak. Tapi tukang susun dengan tukang carik file tu sape?? Hakakkk laaaa :(( Okay jom kita cuci mata sikit. Maaf lah gambar tak banyak, ntah apa-apa henpon nak jahanam kot asik reset-reset langsung hilang semua gambar. Mana yang ada je la selamat yang takde tu takyah la ditangisi hahaha :)

Kami; aku, Barda, Abg Tham dan Kak Ina - officemate. Kecuali Kak Ina tu wife Abg Tham. Tetiba plan nak ke Saigon. Dalam masa seminggu pulak tu plan giler tak giler??? haha :) pastu kalut la nak survey hotel, nak tukar duit, nak cari driver hantar kami ke airport pastu kang balik sape nak amik. Tu sume kena arrange kalo tidak melopong la kang bayar limo mahal-mahal. Last minute tapi nak jimat, acaner tu?? Kami ke sana pada 24 hingga 26 Oktober (Sabtu, Ahad dan Isnin). Nasib baik la hubby ok je bila I cakap I nak fly ke sana. Berkobar-kobar nak pegi ni so takde sape boleh halang ceewaahh :)

Flight pukul 11 pagi. 2 jam je dari KL-Saigon. Cuaca cerah, bye jerubu. Stay kat Blessing 1 Hotel Saigon, berdekatan Malaysian Street. Jalan kaki ke Ben Thant 5 minit jer, kalo berlari jadi 3 minit hehe :) memang dekat. Kalo rasa nak kencing time shopping terus balik hotel ajer hehehe :)

Okay, honestly pegi ke sana semata nak amik stock instant shawl naelofar. Sorry Neelofa cant help you, there's lot of type instant shawl. Sangat banyak dan murah. Kira bahagi darab termasuk amik kira kena bayar extra luggage memang masih berbaloi ke sana untuk jual shawl ni. 

Ni antara instant shawl Naelofar yang sempat disambar. Comei takk?? Tudung tu tentunya comei kann hehe :)


Malas nak citer banyak tapi korang tengok ajer lah hasil belian di sana tempohari. 

Cotton ni kiriman biras. Malas nak beli banyak-banyak so mana yang bagi order je I beli.


Antara instant shawl Naelofar yang I beli di sana. Chiffon ni semua dah habis dijual. Repeat order? Insyallah dalam masa terdekat, tunggu jika anda berminat boleh whatsapp 0122281418 Hani. Tunggu ye :)




Yang ni instant shawl naelofar printed, cotton lycra. Pun dah habis jual. Ada yang minat ke? Tunggu repeat order ye :)


Telekung lycra yang ni memang cantik dan material berkualiti. I beli 6 pasang jer antara warnanya - turqoise, baby blue dan purple. RM60.00 jer. Berbaloi la kann??


Pastu sempat jugak ke Hard Rock Cafe sambil carik supplier Kipling. Dari District One ke HRC ni dekat ajer, just inform kat Vinasun Cab tu nanti dia hantarkan kita. tak silap RM6 satu cab tu ke sana. 


Yang ni saja gedik-gedik depan shopping mall dorang. Tak masuk pun sebab tengok harga nak tercekik hehe :) Diamond Plaza tak silap nama mall ni. Tengok signboard Diamond pun tahu dah confirm barang2 mahal kann hehe :)


Eh dah habis?? hahha ampun la gambo memang dah banyak hilang termasuklah gambar bersama pemilik kedai makan Hajjah Basiroh. Adoi haaa takleh nak share ngan korang cemana rupanya pemilik kedai tu hehe :) 

Ni gambo before gerak ke aiport. 


Masa pegi tu duit kita rm202 = 1 juta dong. RM masih diterima di kedai-kedai or butik-butik tapi kat pasar Ben Thant dorang nak USD or Dong ajer. Bila kira balik rugi dalam rm4 kalo guna dong huhu :) pastu kena pandai minta tawar kalo tak pitamlah harga barang 3 kali ganda mahalnya. 
Cotton pun mahal skang. Unless beli banyak baru dapat murah tu pun bergaduh jugak nak menawar.
Tapi next trip lebih bersedia insyallah. 

Banyak lagi nak taip ni tapi nak godek gambo dulu kut ada lagi. Nanti kakton update lagi. 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...