Monday, November 23, 2015
AirAsia; Ho Chi Minh trip 24-26 Oct. 2015
Assalam
Godek-godek picture laa rupanya aku tak sempat lagi nak update trip ke Ho Chi Minh bulan lepas hehehe :) busy sangat la konon. Yelah, pindah office ni ingat tak penat ke? Penat la even mover ngan cleaner yang tukang angkat tukang susun kotak. Tapi tukang susun dengan tukang carik file tu sape?? Hakakkk laaaa :(( Okay jom kita cuci mata sikit. Maaf lah gambar tak banyak, ntah apa-apa henpon nak jahanam kot asik reset-reset langsung hilang semua gambar. Mana yang ada je la selamat yang takde tu takyah la ditangisi hahaha :)
Kami; aku, Barda, Abg Tham dan Kak Ina - officemate. Kecuali Kak Ina tu wife Abg Tham. Tetiba plan nak ke Saigon. Dalam masa seminggu pulak tu plan giler tak giler??? haha :) pastu kalut la nak survey hotel, nak tukar duit, nak cari driver hantar kami ke airport pastu kang balik sape nak amik. Tu sume kena arrange kalo tidak melopong la kang bayar limo mahal-mahal. Last minute tapi nak jimat, acaner tu?? Kami ke sana pada 24 hingga 26 Oktober (Sabtu, Ahad dan Isnin). Nasib baik la hubby ok je bila I cakap I nak fly ke sana. Berkobar-kobar nak pegi ni so takde sape boleh halang ceewaahh :)
Flight pukul 11 pagi. 2 jam je dari KL-Saigon. Cuaca cerah, bye jerubu. Stay kat Blessing 1 Hotel Saigon, berdekatan Malaysian Street. Jalan kaki ke Ben Thant 5 minit jer, kalo berlari jadi 3 minit hehe :) memang dekat. Kalo rasa nak kencing time shopping terus balik hotel ajer hehehe :)
Okay, honestly pegi ke sana semata nak amik stock instant shawl naelofar. Sorry Neelofa cant help you, there's lot of type instant shawl. Sangat banyak dan murah. Kira bahagi darab termasuk amik kira kena bayar extra luggage memang masih berbaloi ke sana untuk jual shawl ni.
Ni antara instant shawl Naelofar yang sempat disambar. Comei takk?? Tudung tu tentunya comei kann hehe :)
Malas nak citer banyak tapi korang tengok ajer lah hasil belian di sana tempohari.
Cotton ni kiriman biras. Malas nak beli banyak-banyak so mana yang bagi order je I beli.
Antara instant shawl Naelofar yang I beli di sana. Chiffon ni semua dah habis dijual. Repeat order? Insyallah dalam masa terdekat, tunggu jika anda berminat boleh whatsapp 0122281418 Hani. Tunggu ye :)
Yang ni instant shawl naelofar printed, cotton lycra. Pun dah habis jual. Ada yang minat ke? Tunggu repeat order ye :)
Telekung lycra yang ni memang cantik dan material berkualiti. I beli 6 pasang jer antara warnanya - turqoise, baby blue dan purple. RM60.00 jer. Berbaloi la kann??
Pastu sempat jugak ke Hard Rock Cafe sambil carik supplier Kipling. Dari District One ke HRC ni dekat ajer, just inform kat Vinasun Cab tu nanti dia hantarkan kita. tak silap RM6 satu cab tu ke sana.
Yang ni saja gedik-gedik depan shopping mall dorang. Tak masuk pun sebab tengok harga nak tercekik hehe :) Diamond Plaza tak silap nama mall ni. Tengok signboard Diamond pun tahu dah confirm barang2 mahal kann hehe :)
Eh dah habis?? hahha ampun la gambo memang dah banyak hilang termasuklah gambar bersama pemilik kedai makan Hajjah Basiroh. Adoi haaa takleh nak share ngan korang cemana rupanya pemilik kedai tu hehe :)
Ni gambo before gerak ke aiport.
Masa pegi tu duit kita rm202 = 1 juta dong. RM masih diterima di kedai-kedai or butik-butik tapi kat pasar Ben Thant dorang nak USD or Dong ajer. Bila kira balik rugi dalam rm4 kalo guna dong huhu :) pastu kena pandai minta tawar kalo tak pitamlah harga barang 3 kali ganda mahalnya.
Cotton pun mahal skang. Unless beli banyak baru dapat murah tu pun bergaduh jugak nak menawar.
Tapi next trip lebih bersedia insyallah.
Banyak lagi nak taip ni tapi nak godek gambo dulu kut ada lagi. Nanti kakton update lagi.
Friday, November 20, 2015
Tuan Anas Mikael
Assalam semua.
Esok Sabtu, cuti hujung minggu. Selamat bercuti semua, hati-hati dan enjoyss!!
Cuti persekolahan pun dah start yeay .. tapi Alya still kena mengaji kat Iqra' so takde ke mana la kami kot unless last minute plan macam biasa hehe :)
Just nak share latest series kat 104, Tuan Anas Mikael. Lama tak follow cerita bersiri sebab malas nak bergaduh dengan budak 2 orang ni. Sorang nak tengok ultraman zero sorang nak robocarpoli so mak pak beralah laaa :) even ada another tv tapi astro 1 set je kat umah haha :)
So dalam minggu ni try carik novel ni, jumpa jugak kat MPH Giant Seksyen 13. Banyak stok kat sana, ingatkan tak laris rupanya hot selling since this 2 weeks. So korang gi la carik kalo berminat.
Thursday, November 19, 2015
Kambing bakar Sahara, Meru!
Assalam semua.
Rasanya sekarang tengah hangat tentang keputusan UPSR kan? Tahniah kepada anak-anak yang dapat 5A. Untuk anak-anak yang tak dapat straights A tidak mengapa jangan bersedih, terus berusaha. Bersedia berdepan dengan alam persekolahan menengah pula, yang lebih mencabar.
Sebagai mak ofkos I pun berharap Alya dapat keputusan yang baik tetapi takmo la dia tertekan hehe lagipun baru darjah 1. Kena terapkan kat dia yang penting belajar, cari ilmu dan buat yang terbaik untuk keputusan yang cemerlang.
Isnin lepas ada jamuan akhir tahun kat Iqra' so I just gorengkan bihun je untuk bawak ke jamuan tu. Jamuan sekolah kebangsaan dah buat lastweek, meriah betul budak-budak skang. Tapi bagus juga sekurang-kurangnya mereka dapat bergaul dan makan sama-sama sebelum cuti sekolah bermula. Tengoklah muka moncong jer hehehehe :) Alya ni marah mamanya sebab silap suruh pakai jubah masa kat Iqra'. Masa ustazah whatsapp mama, bagi tahu jamuan sekian sekian ingatkan bolehlah pakai baju biasa macam jamuan sekolah kebangsaan yang kena pakai baju warna pink/merah. So mama pakaikan Alya jubah kononnya hari ni tak belajar la kot sebab ada jamuan, sekali bila turun kereta nampak kawan-kawan still pakai uniform sekolah hahahaha moncong ler Alya. Tapi mama whatsapp la ustazah bagi tau tersilap nasiblah ustazah kabo its okkk :))
Nih jubah beli masa kat Vietnam tu hari comei takkk??
Pastu tudung yang cute tu Aidijuma lewww gitteww :)
Well, macam biasa jom le tengok apa yang I masak selama seminggu ni. Balik awal jugak sekarang so sempatlah nak defrost haiwan-haiwan dalam esbok tu. Minggu ni tekak macam suka sambal pulak.
Buat sambal ayam berlada. Takdelah pedas sangat sebab Alya pun makan jugak tapi dia bubuh kicap lagilah sedappp :)
Hidangan lengkap dengan sayur walaupun hubby macam kurang makan sayur. Dia tatau kot sayur ni ada khasiatttttt :)) hahahaha :) matiklahh kutuk laki sendiriii :)
Pastu Alya asik sebut nak makan salmon. Ini yang bagusnya bila since kecik didedahkan dengan ikan yang ramai tak suka. Ada yang kata tawar la hanyir la tak sedap laaaa tak cuba tak tahu hokkayy :) Alya sangat suka. Just goreng biasa, buh white pepper dan garlic atau oregano, perah lemon memang sedap. Jangan lupa gorengkan bawang putih konon2 macam makan kat sushi king gitteww :)
Then teringat hubby ada beli 2 ekor sotong gergasi. Ye sungguh ni, sotong besar sungguh, lagi besar dari tapak tangan. 2 ekor jer dah dapat 1 bowl besar. Masak singgang kegemaran hubby. Budu ofkoslahh tak kelate la takde budu katanya kann hehe :)
Pastu sempat juga kami gi jalan-jalan carik makan kat Meru. Dekat bebenor dengan rumah tapi jarang ke arah sana kalo takde apa nak carik hehe :) tapi since hubby teringin nak cuba so jom le kitaaa :)
Pergi carik kat Meru, senang je nak jumpa silalah on waze hehe :) tapi masa tu ramaiiiii sangat orang tambahan pula hujan, tanah lecak. Adoii nak bawak pulak pendekar kecik tu memang hubby pun tak sanggup so kami decided pegi Jusco dulu, Balik nanti try singgah kot tak ramai orang and tak hujan. Lepas beli barang-barang sambil makan kat Jusco, hari hujan lebat. Dalam pukul 9 baru gerak balik. Hubby kata jom le singgah sekali lagi. Masa ni orang ramai juga tapi meja still ada and hari tak hujan, parking pun senang so jom le kita try.
Kambing bakar Sahara di Jalan Kassim, Meru. Harga makanan kat sini murah-murah. Contohnya set kambing bakar ni hanya rm8.90 sahaja. Pastu ada jugak menu pecal lele, ayam penyet dan bakso. Semua menu ni tak sampai rm10 murahhh dan sedap. Hubby cakap puas hati sangat dapat makan kambing bakar, takyah gi hotel kalo setakat nak makan kambing bakar.
Nanti update lagi dari dapur kakton yeeee skang busy sket. Maklumlah dah pindah ofis baru, nak unpack file-file, dengan new project dengan new chart lagi. Tapi takpe, azam tahun baru cewaahhh kerja keras akan membuahkan hasil yang memberangsangkan Insyaallah :)
Jumpa lagi!
Friday, November 6, 2015
Mai la sembang-sembang :)
Assalam semua. Ada ke yang singgah blog kakton ni? Balik-balik jual tudung. Tak tudung aidijuma tudung naelofar pastu kain pastu tudung hehe :) cari rezeki gittew lerr :)
Dah 2 minggu busy. Busy dengan pindah office, pastu I fly ke Ho Chi Minh pulak - last minute plan memang memenatkan. Pindah pun short notice, sekejap jadi sekejap hold sekejap on adoiii .. Tu pon nasiblah ada remover dan ada cleaner yang tolong so kita jadik mem ajer laaaaa hehe :)
Lepas pindah pening pula mikir nak repack dari kotak, pingsannnn :(
Pastu gatal pulak kaki nak berjalan so decided fly ke Saigon dengan officemate, semua gang sehati kental berjalan lepas pindah hahahaha :) Kat Saigon memang heaven untuk shopping. Ko cakap apa je semua ada, cotton-sutera-telekung-tudung semua laaa termasuklah naelofar yang femes hot in town syyyhh jangan report kat Neelofa tauuu hehehee :) sempat juga ke Hard Rock Cafe tapi tak beli apa pun sebab mahallll :)
Well jom tengok princess nak pegi school. Ni gambau lastweek, hari exam sekolah kebangsaan. Kemain excited pegi school bawak beg baru yang mama belikan dari Saigon tauu hehehe :)
Then seperti biasa, hari-hari masak untuk dinner karang kalo tak masak umat-umat dalam rumah ni mulalah komplen mama pemalas adoii :) kalo beli mesti ada yang komplen itu ini so marilah kita memasak yang senang-senang ajer. Ada gulai ayam, ada gulai ikan tenggiri buh petai. Alhamdulillah masing2 berselera makan walaupun hubby balik kerja kadang2 agak lewat. I akan makan dulu dengan anak-anak sebab hubby balik dalam pukul 10. Dah la kerja kat Sungai Besi pastu skang ada handover new phases lagilah banyak kerja, kesian hubby. See, kalo I tak masak memang rasa bersalah sangat. Yelah, dia balik jauh-jauh about 1 hour travel pastu perut lapar, tengok-tengok atas meja takdak makanan ko rasa suami mana tak bengang kan? I feel you hubby so I masak, sediakan makanan kegemaran dia. (henbeg jangan lupa masuk dalam list tau) hahaha :)
Ikan tenggiri digulai bubuh petai perghh hubby cakap gulai ni lagi sedap dari kari. Okay noted - hubby tak suka kari.
Gulai labu. Alya request sebab dah lama teringin nak makan. Dia memang suka gulai lemak ni terutamanya bila pegi kenduri kat kampung kan ada gulai labu. Dia kata orang takde gigi boleh makan gulai ni macam uwan hehe :) kalo uwan dengar kang ada yang kena sekeh kangg :)
Kurma ayam kegemaran Alya dan suap terus ke mulut Aryan senang kerja mak kau ni hehe :) sempat jugak buat jelatah timun dan nenas aumm sedapnyaaa :)
Menu ulangan sebab hubby suka. Gulai ikan tenggiri buh petai. Masak ni senang jer takde nak susah-susah step 1 step 2 i likeeee :) pastu goreng sayur which is I je yang makan. Dorang ni tatau khasiat sayur mencantikkan kulit huishh :)
Then, one day about lastweek tiba-tiba muncul si gadis comel kat ofis baru. Fatin, hampir setahun tak jumpa. Fatin, jika ada yang tak tahu inilah anak kepada salah seorang penumpang MH370 yang masih menjadi misteri. Fatin, kak sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Fatin dan keluarga. Kita sama-sama berdoa semuanya akan terjawab suatu hari nanti. Namun, kak sangat-sangat faham - mudah untuk akak menulis, berkata-kata tetapi hanya Fatin dan keluarga yang memahami apa yang mereka lalui setahun ini. Al Fatihah!
Last but not least muka tuan tanah fresh hari ni tau. Hari ni berbawal Aidijuma. Suka sangat sebab tudung ni mampu membuatkan muka kelihatan ceria dan muda -puihhh- alah sesekali nak perasan apa salahnyaaaa :) hikss :)
Monday, November 2, 2015
KedaiKakton - Naelofar
Antara yang tengah hot in town skanggg hew hew hewww
100% hampir sama seperti Naelofar.
Malas nak elobrate details kang kena kecam but love to share semua boleh merasa pakai.
100% serupa so kenapa harus spend almost hundred as u can save almost RM50???
whatsapp 012 228 1418 details yaa :)
Lady angelina - chiffon
Babes & Basic lycra cotton
Babes & Basic printed lycra cotton
Subscribe to:
Posts (Atom)