Assalamualaikum. Agak lama jugak tak update blog. Kebelakangan ini amat sibuk dengan macam-macam urusan, kerja pun bertambah sekarang bila projek baru bermula. Cerita balik raya haji pun terperap je kan. Nak juga cerita sambutan raya haji tapi masa terlalu pantas ada je kerja yang harus diselesaikan. Kadang2 bila terlalu penat or stress, amik jugak masa bukak blog jalan2 baca blog yang menghiburkan hati atau forum semata-mata nak rehatkan otak. Tapi bila nak update, nak mengarang cerita adoi bekuuu hehe :)
Diharap semua pembaca blog Hani ni sihat walafiat dan ceria selalu. Walaupun cuaca tidak menentu dengan jerubu yang masih menyelubungi udara Malaysia, diharap semua menjaga kesihatan diri, jangan lupa pakai mask dan cubalah kurangkan aktiviti di luar. Kalo takde apa yang penting kita duduk di rumah saja lebih baik. Semoga kita dan seluruh negara sentiasa dalam lindunganNya insyallah terhindar dari penyakit mahupun musibah-musibah diluar jangkaan kita, amin.
Okay, ni Hani nak share sambutan hari lahir Alya yang dah genap 7 tahun pada 29.09.2015. Birthday dia genap pada hari Selasa which is sekolah pagi cuti so dia stay kat nursery and I tanya let say dia nak celebrated kat nursery tapi Alya takmo. Dia kata "takpelah, nanti sambut kat rumah je, beli kek tiup lilin. Kat nursery tak seronok, lagipun papa kan belum balik lagi" .. and bila I tanya dia nak hadiah apa.
Mama: Alya nak hadiah apa birthday nanti?
Alya: Saya nak TAYAR.
Mama: Tayar? Tayar apa? Kenapa tayar pulak ni?
Alya: Tayar basikal saya dah rosak. Kalo beli basikal kan mahal, takpelah beli tayar ajer.
Mama: *speechless*
Tapi hati seorang mak ni kan lembut macam tisu, mana la sampai hati kan. Konon nak sambut simple jer, beli kek dan potong. Tapi I tahu Alya suka sambut kat rumah, kawan-kawan datang then ramai auntie uncle yang sporting pun datang :) so last minute plan. Rabu baru start invited jiran-jiran dan sedara terdekat area rumah, mini party for Alya :)
Jumaat baru sempat nak mop lantai nak bukak langsir yang dah koyak kena cakar dek kucing huwaaa kucing saper nihhh?? pastu kemas la serba sikit untuk menyambut tamu nanti kann hehe :) kain nasib baik dah dilipat hari-hari so takdelah banyak sangat kerja kecuali laman je lom siap dikemas. Plan nak buat garden pun ntah bilanya nak siap hemm :) but its okay bersyukur dengan apa yang ada kan, terima kasih atas pujian rumah kakton yang cantik katanya Alhamdulillah rezeki dari DIA buat kami sekeluarga :)
Pinggan cawan kertas yang dah siap disusun begitu juga tisu dan sudu. OCD ke aku nih?? Tak kot hehe :)
Percaya tak sambil goreng nugget sambil tiup belon?? Hahaha multitasking macam tu la kot, supermak kann haha :) maklumlah tangan ada 2 je tapi kerja berlambak nak dibuat so pepandailah nak arrange cemana janji Alya happy kan sayang :))
Sambil menunggu tetamu sempatlah snap gambar-gambar dulu pastu luruskan pinggang dan kaki yang dah lenguh sejak subuh tadi tak berenti buat kerja. Tapi syukur Allah beri tenaga dan sihat sehingga majlis selesai :)
Nampak sikecik tu yang excited check meja makan. Kali ni letak meja dan kerusi diluar sebab nak elakkan cramp kat dalam. Kesian tamu nak makan tak selesa kalo semua bertumpu kat dalam jer. Kat dalam pun bukan besar sangat, kat meja makan pun takat 8 orang je boleh duduk. So bila ada meja kerusi kat luar Alhamdulillah semua dapat duduk dan makan dengan selesa. Meja pinjam kat jiran depan yang baik hati hehe tq kak zana :).
Menu pun simple ajer, mee goreng, roti jala, creampuff, brownies, karipap, nugget, buah-buahan, kek. Yang penting semua dapat makan dan tak membazir hehe :)
Brownies order dari kenalan di Bukit Subang. Sedap. Dah 2 kali order, puas hati dengan harganya :)
Roti jala dan kari ayam. tak sempat snap kari ayam pulak. ni order dengan katerer yang biasa kat ofis.
Creampuff yang sedap dan lemak manis dalamnya ada jagung. Pun order dengan katerer kat ofis.
Then cake pun sampai yeayyy sangat cantik sangat menepati kehendak kakton hehe ni mak yang over excited bukannya Alya ni hehe :)
Kek ni seperti biasa order dengan Kak Maizatul, favourite bakery yang dah bertahun-tahun setia amik order I. Sejak birthday Alya yang pertama. Ni yang ketujuh, hasilnya sangat superb. Harga pun kalo cakap mesti korang tak percaya kot hehe :) kalo kat luar confirmlah mahal rasanya.
Then kat bawah ni semua gambar Alya dan kawan-kawan yang hadir Sabtu lepas. Ada yang 1st time datang tapi dah lama kenal, ada yang dok sebelah rumah, ada yang saban tahun tak pernah miss birthday Alya tengkiu anak-anak auntie sayang uolss laaa kecuali yang suka terjun tiruk meja makan auntie tu haaaa yang tu tak suka tak suka tauuu hahahha :)
Tengok wajah gembira Alya, aduhai hilang letih penat mama buat semua kerja-kerja bagi memastikan mini party Alya berjalan lancar, sungguh berbaloi. Alhamdulillah ini rezeki Alya yang mama dapat yang mama kongsikan untuk semua Alhamdulillah terima kasih ya Allah atas nikmatMu ini :)
Alya, mama sentiasa doakan Alya membesar dengan sihat dan bijak, menjadi anak yang solehah, menjadi anak yang terbaik buat mama dan papa dan kakak Aryan. Alya teruskan menjadi anak yang rajin walaupun mama tahu Alya tak suka jaga Aryan kadang-kadang tu macam nak debik Aryan kan hehe :) tapi mama tahu Alya kakak yang boleh diharap :) thanks sayang, love you :)
Alya Nur Zahra (Ketinggian Cahaya Yang Berseri) penyeri hidup mama dan papa. Allah bless Alya dunia dan akhirat Insyallah :)
Layan gambar-gambar mix dari instagram dan photogrid :)
Alhamdulillah majlis berjalan lancar.
1 comment:
Happy birthday Alya......dah besar dah Alya...nama pun sama macam anak wa ..Alya jugak...majlis ni nampak simple..tapi meriahkan....
Post a Comment