Tuesday, April 2, 2013

Short trip to Port Dickson :) - day one

Salam. Hari nih barulah sempat nak update kisah cuti minggu lepas. Alhamdulillah ada rezeki nak bawak Alya gi holiday walaupon singkat and dekat-dekat aje. last minute booking nasib baik masih ada 1 unit apartment yang kosong maybe ada orang kensel last minute kot. memang rezeki Alya lah sebab dah banyak kali dia cakap nak mandi pool, mandi laut. And Alhamdulillah juga sebab I semakin sihat dan larat nak jalan-jalan. jalan dekat-dekat bolehlah tapi kalo nak fly ke Bandung memang tak dapeklahhh huhuhu :)

Patut pegi hari Jumaat sebab booking 3 hari 2 malam tapi macam biasa hubby I kan Menteri Pertahanan so dia kena uruskan superman, ultraman, batman kat Jepon so I kenalah bersabar hingga hari Sabtu wawawa :). lepas settle masak nasi, sambal ayam goreng, mee goreng and sandwich sardin dalam pukul 8.30 pagi kami bertolak ke Port Dickson. highway boleh tahan jammed. macam biasa, waktu cuti jalan mana yang tak jammed? nak gi Giant pon jalan jammed okehh :))


sampai Port Dickson dalam pukul 11 pagi, lepas berhenti sana sini hehe biasalah kata laki I as Menteri Pertahanan kannn :). ampun pa, gurau je :))

terus shoot ke Apartment Seri Menyinsing nak amik kunci takut lewat check in maklom patutnya semalam dah datang tapi postponed. pastu barulah ke pantai nak piknik and mandi-manda. nih semua jadual standard macam korang jugaklah kan kalo ke PD. Teluk Kemang memang crowded, parking pon penuh alangkan wakaf nak lepak pon berebut so tak koser nak ke sana. kami ke Blue Lagoon, takdelah sesak sangat. pantai pon cool ajek. best ..


bentang tikar sebesar alam macam nak baring ajek haha. selesanya boleh duduk bersila sambil menikmati keindahan pantai. Alya mula-mula sebok nak mewarna buku ehh anak mama nih hover rajin pulak sampai ke sini nak mewarna hehe. pastu papa ajak dia beli float and mainan barulah cergas dia bangun. rasanya dia hover excited kot maklom last datang sini masa dia berumur 2yrs, 3 tahun lepas. dia pon tak ingat dahh hehe

pastu asik tengok tv ngan dengar kawan-kawan cerita, kesian dia :) hari nih memang dia excited sangat and happy. papa layan dia macam princess. minta apa je semua dapat hikss :)



cuaca panas terik, air laut dah makin ke tengah. so kami makan-makan dulu pastu decided kembali ke apartment. penat pon ia jugak dahh. lepas makan mata pon ngantuk hehe. balik apartment, mandi-manda, tukar baju and tido. sedar-sedar dah Asar. lepas solat segala, mengulang makan apa yang ada barulah papa bawak Alya turun ke pool. seronoknya budak tu. mandi sampai senja tak reti-reti nak naik haha. kasi can sama dia. then nak maghrib barulah bawak dia naik. tu pon menangis takmo kuar dari pool. alololo comelnya anak mama nihhh :). mama tak mandi pon, turun pon tak, dok melangut dari balkoni je. biasalah montot dah berat kannn hiks :)



lepas Maghrib keluar ke pekan sekejap nak beli barang-barang makanan. ingatkan nak lepak Teluk Kemang sebab ada konsert kat tapak pesta situ tapi memasing macam ehh malaslah hahaha terus balik apartment tido lagi bagus huhu :)

next entry; 2nd day at PD .. stay tune! hover ber part part macam gi Londonnn hikss :))

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...