Wednesday, March 21, 2012

Kembali semula berblog .. yeahooooo ..

Salam kepada semua readers yang singgah di blog Hani.
Terima kasih jika ada yang masih mengikuti blog ini, yang dah lama takde update. terima kasih diucapkan.

dah nak masuk suku tahun 2012 barulah terbuka hati nak jengah blog ni. dah bersawang kalo ibarat rumah tinggal hehe. adakalanya tergerak hati nak update blog tapi kekangan masa, ditambah pula laptop belum sempat diperbaiki, memang terbatas jejari ini mengarang kata sepatah dua.

alhamdulillah, hari ini Dia membuka hati saya menulis semula. banyak cerita, peristiwa dan memori sepanjang 3 bulan pertama tahun ini. yang pertama dan terbesar ialah saya sekeluarga akhirnya berpindah ke kediaman bertanah penghujung Januari 2012. yelah hampir 7 tahun menetap di apartment alhamdulillah Allah mengurniakan rezekiNya peluang untuk kami memiliki landed house pula. yelah, dengan memikirkan jangka masa panjang dan perancangan untuk menambah bilangan ahli keluarga, maka kami memilih untuk memiliki terrace house. untuk keselesaan kami sekeluarga insyaallah. seronok lihat Alya dah boleh berbasikal di laman depan huhu.

hemm fasa pertama perubahan terbesar dalam hidup kami sekeluarga berjalan dengan baik namun masih banyak kerja-kerja pengubahsuaian yang belum selesai. kami mengambil keputusan untuk berpindah masuk sebaik sahaja kerja-kerja wiring, cornice, painting, kitchen cabinet dan beberapa kerja asas selesai. masih ada baki kerja2 yang belum siap sepenuhnya seperti garden, parking, wall paper etc etc (duit pon dah berkurangan hahaha) ..

insyallah dalam masa terdekat hani akan update pictures dan cerita seterusnya. owhh saya tidak mahu dikatakan menunjuk2 atau show off sebab bukan beli banglo pon hanya terrace 20" x 70" sahaja hehe and tidaklah berhabis ratusan ribu hehe mana ada duit sebanyak tu hehe

banyak nak diceritakan and seronok untuk dikongsi bersama namun biarlah saya perlahan-lahan menulis setelah lama tidak muncul. harap2 masih ada kawan2 yang sudi membaca cerita saya ini.

oh ya anak dara saya Alya Nur Zahra semakin membesar dengan sihat dan bijak masyaallah. ada saja keletahnya yang selalu buat saya speechless and terkedu. terkedu sebab diluar kotak fikiran saya yang dia hanya berusia 3yrs 6mth. bila dia berceloteh, seronok mendengarnya. pandai pula menyakat saya. owhh dah pandai komplen "mama ni gemok" owhhh makanya mama kena berdiet sekarang jugak. hehe. paling comel bila dia advise uwannya masa call "uwan jangan lupa lock pintu ya" omg my adoreable princess.

well, saya pula baru sembuh dari batuk dan asma. malah didianogsis hormon tidak stabil serta high blood pressure. terpaksa admitted selama 4 hari di hospital. alhamdulillah saya dah okay skang and perlahan-lahan cuba mengubah gaya pemakanan. do the best insyaallah.

baiklah, saya nak blogwalking dulu. sambil mencari idea malah mencari semangat berblog semula haha. terima kasih sekali lagi.

insyallah kita jumpa lagi .. daaaa ..

salam ..

1 comment:

Unknown said...

salam , kalau blogging lagi nanti cerita la pasal pengalaman pindah umah baru tu.
byk boleh kongsi tu.
:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...